Projek Kemahiran Hidup
Memang dia ada bagitau awal tahun aritu, dia kena jahit baju untuk subjek Kemahiran Hidup. Aku excited sebab aku enjoy belajar SRT (Seni Rumah Tangga) masa form 1-3 dulu. Aku dok kata 'Bestnyer! Bestnyer! Dia tanya kat rumah ada mesin jahit ke? Aku kata ada tapi dah lama tak pakai. 'Yessss!' dia kata. Dalam hati rasa mungkin Irdina minat menjahit agaknya. Pastu citer projek menjahit abis kat situ
Then hari Sabtu baru ni Irdina habaq kata dia kena siapkan projek baju dia. Aku mintak tolong dia turunkan mesin jahit dari bilik atas. Dia tak buat-buat sampailah lepas Zohor. Pastu dah bawak turun, aku tengok la mesin tu. Sebenarnya aku tak pernah menjahit guna mesin jahit eletrik. Aku pun tak paham apa maksud menda-menda kat mesin jahit tu. Aku try jahit, pastu benang bergumpal kat belakang kain walaupun benang atas nampak OK. Hmmm.... aku kata aku kena google dulu camna nak guna mesin jahit elektrik.
Kebetulan petang tu memang aku tak sempat google sebab ada orang datang. Lepas orang datang aku tengok movie pulak citer 'Divergent' pastu sambung ' Insurgent' sampai kul 9 malam. Bila dah pukul 9, Irdina tanya aku 'boleh tak google sekarang?' She must be very desperate. Rupanya projek dia kena antar hari Isnin!
Panic attack?
Aku pun rasa nak marah sebab ini sudah kira last minute. Dengan aku tak tahu kenapa benang tu bergumpal, cuba-cuba adjust sekoci, bergumpal jugak. Esok ada Lutfi nyer Sports Day pulak 1/2 hari. Hai! Sempat ke nak menjahit ni! Disebabkan aku pun dah kepenatan, aku give up dan kata kat dia mungkin dia tak dapat abiskan projek dia tapi aku tengok dia selamba jek. Aku kata as last resort, nak antar service kat kedai Singer sebelah restoran Haslinda Sim lepas Sports Day Lutfi esok.
Sekali tu, kedai tu tak buka hari Ahad. Aku dah nak give up and kata kat Irdina nampaknya dia tak dapat abiskan projek dia. Rasa macam nak bebel kat dia: kenapa last minute, kenapa tak turunkan mesin jahit awal-awal, lain kali plan, buat sikit-sikit, jangan dah nak antar baru nak buat....tapi aku pikir balik. Dia tak siap sebab dia atau aku? Memang projek dia tapi aku macam ada rasa bersalah dan ada contribution jugak dia tak dapat siapkan projek dia.
Mak jugak yang tolong
Masa tu dah pukul 3.00 lebih. Aku decide nak call mak aku tanya pasal masalah benang bergumpal tu. Bila call, mak aku kata aku kena pandai-pandai adjust benang tapi mak aku kata agak susah dia nak explain kat aku. Halamak! Apa maksud 'pandai-pandai adjust benang' tu? Tapi aku rasa a bit better sebab ntah-ntah mesin jahit tu tak rosak dan tak perlu service pun. Aku jek kena paham mesin tu. Semacam aku dapat semangat balik untuk terus cuba sampai Irdina boleh siapkan projek dia.
Yang kiri tu contoh benang bergumpal. Yg kanan dah OK. |
Tension in the tnread
Aku search dan search kat YouTube dan akhirnya keyword google aku 'tension in the thread' membuahkan hasil. Sekarang baru aku paham bahawa tension benang tu memainkan peranan pada kekemasan jahitan. Benang atas kena tegang sikit, jangan longgar sangat dan kena tahu macam mana nak insert benang pada tepi sekoci mesin jahit letrik. Alhamdulillah! Pada pukul 4.30 Irdina dah boleh mula menjahit. Aku rasa lega sesangat..
Pastu dalam pukul 8 malam, Irdina kata problem benang bergumpal tu jadi balik. Hmmm... Aku nervous and rasa nak give up lagi sebab tiada apa-apa yang diubah masa Irdina menjahit...... kecuali aku notice benang kat sekoci dah tinggal sikit. Aku agak mungkin sebab tu, benang bawah kurang tension dan lambat naik ke atas. Aku refill sekoci and try balik. Alhamdulillah, jahitan jadi OK balik.
Thank you Allah!
Aku rasa sungguh bersyukur sebab aku tak marah, bebel or blame Irdina. A few things aku belajar dari insiden ni:
- Irdina came to me for help. Kalau aku marah dia, mesti lepas ni dia tak mau mintak tolong aku lagi, takut dengan aku.
- Sebelum aku nak marah, baik aku bermonolog dengan diri sendiri dulu. Apa effect kalau aku marah? Sebenarnya kemarahan aku tu hanya nak blame orang sebab tak nak mengaku kesilapan sendiri.
- Do your best. Aku nearly give up dan Irdina mungkin dapat markah tak best untuk projek dia. Tetapi semacam ada yang terngiang-ngiang di telinga kata jangan give up. Cuba dan cuba selagi ada masa. Aku bersyukur kepada Allah SWT kerana aku rasa ini adalah pertolongan daripadaNYA. Allah SWT semacam mendengar monolog aku dan niat aku sebenarnya ingin sangat membantu Irdina tetapi jika aku bertindak mengikut cara aku selama ini (melenting dan blame anak), aku tidak akan menjadi ibu yang penyayang kepada mereka.
Wow! How she has grown! |
No comments:
Post a Comment