Aman rasa bila pegi keja tapi ramai yang cuti. Kalau tiap-tiap hari camni kan bagusssss....
Cuti raya seminggu!
Kali ni rasa puas berhari raya kat Batu Pahat. Cuti seminggu mula dari hari Sabtu 2hb sampai 9hb Sabtu. Saja balik hari Sabtu (bukan Ahad 10hb) sebab bila bibik dah takda nanti, rasa kena balik awal nak settlekan hal sekolah anak-anak dan rumah pada hari Ahad. So macam nak biasakan la ni.
Syukur dengan memberi
Kebetulan 2hb tu birthday anak yang sulung, Irdina. Mintak tolong adik yang dah ada kat rumah belikan kek. Pastu belanja orang Batu Pahat Nasi Arab Saba. Alhamdulillah, lama dah nak beli untuk ayah sebab ayah asyik sebut-sebut jek. Dia dah pernah makan sebelum ni dan dia suka sangat. Pastu passkan sekali baju kemeja baru pada ayah, kat mak RM700 kami share adik-beradik untuk belanja open house hari raya kedua nanti. Juga passkan kat adik ipar Iza, brand new shopping bag for her, undersized Lutfi's shirt for her youngest and tudung budak untuk Damia, anak Amat. Alhamdulillah, semoga aku maintain memberi tanpa banyak berkira. Moga-moga dengan langkah kecil ini, aku dimurahkan rezeki untuk memberi lebih banyak lagi....Aminnnn.
Mengemas
Sebab raya jatuh hari Rabu, sempatla aku mengemas rumah mak. Adik-adik pun ada so bolehla aku mengarah (in the end aku jugak yang kena buat). Kebetulan rumah mak memang macam dah lama tak kemas. Mungkin sebab mak aku tengah fokus dekat kesihatan ayah aku. Ayah akan buat angiogram pada 14hb ni kat JB. Sian tengok mak....
Puas hati dapat kurangkan baju lama-lama yang tak pakai dalam almari. Baju-baju tu Amat amik untuk didermakan ke rumah orang-orang tua. Almari lama yang dah takda baju tu sekarang jadik storage untuk toto, tilam dan bantal. In sha Allah ada rezeki nanti, nak revamp bilik tengah and beli wardrobe baru untuk bilik depan. Bilik tengah tu tempat lepak adik-adik ipar perempuan. Kesian tengok dioghang ramai-ramai dalam bilik tu dengan beg beratur kat lantai, nak tidur bawah pun spacenya kecik.
Aku sempat kemas 2 bilik yang kat atas. Satu guest room untuk Amat (aku suka decorate guest room!) and satu lagi bilik Radhi. Radhi pun dah dapat kerja, akan jaranglah duduk bilik dia lepas ni. Masa dia duduk rumah lepas abis belajar pun, bukannya dia kemas bilik dia. Berhabuk gila! Orang bujangkan, bukannya dia kisah bilik dia macam stor! Kalau aku tak kemaskan, confirm jadi bilik tinggal. Barang sebenarnya tak banyak, kotak-kotak kosong jek sume. Aku kumpul dulu mana yang aku rasa nak buang, tunjuk kat dia dulu. Takut nanti dia kata aku memandai-mandai buang barang dia.
Pastu kat hall memang aku puas menyedut habuk guna vakum Samsung mak. OK jugak vacum tu, sedut kuat jugak. Tu yang terlebih rajin nak vacum. Memang ada beza sebelum dan selepas aku kemas. Puas hati!!! Tapi sama ada menepati piawaian mak ke tidak, tak tahu la. Harap-harap OK. So far mak takda berbunyi pun. OK lah kot! Haha!..
Dapur
Aku memang tak tengok langsung apa yang berlaku kat dapur. Dapur ada mak,bibik, Iza dan Ida. Aku macam tak reti nak buat apa kat dapur bila dah ramai-ramai. Aku rasa macam aku orang yang paling tak reti duduk kat dapur. Ironik sebab aku suka jugak masak-masak. Tapi main campak-campak je la!
Raya dan Laksa
Mungkin sebab tahun ni bibik last kat Msia, mak aku ada cakap awal tahun aritu nak buat open house tahun ni. Mak nak buat menu 3 jenis laksa: Johor, Penang dan Timur (laksam). Aku tolong belikan ikan kecik-kecik dan siap rebus kat Bangi dulu, buat tambah-tambah walaupun mak aku dah beli kat Parit Haji Salam.
Ingat masa 1st time buat 2 tahun lepas,Masa tu buat laksa jugak, mungkin aku yang suggest. Mak aku kata OK. Tapi manalah aku tahu awal-awal raya susah nak dapat ikan. Mak aku banyak berleter dan aku rasa tak berapa best. Aku rasa macam mak aku marah aku sebab tak tolong dia dan menyusahkan dia dengan suggestion laksa tu. Sebab aku rasa tak best, aku kata dalam hati lepas ni aku tak nak suggest apa-apa, nanti aku yang kena. Tapi nasib baik Allah SWT beri petunjuk... Dia mak aku, aku sepatutnya cium kaki dia. Apalah yang aku nak terasa sangat berbanding dengan kasih-sayang yang dia bagi sejak dia mengandungkan aku sampailah aku dah beranak-pinak. Lama-lama pikir, sebenarnya kami ni macam tak berapa pandai interact with each other. Sedihkan.... But I know my mum loves me a lot.... And I love you too mummy, you've done so much to raise me. Sedihnya....
Perasaan berbaur
Raya kali ni perasaan gembira tu berbaur dengan sedih. Sedih mengenangkan ayah dan mak, ada lagi tak tahun depan...sedara-mara dan adik-beradik... dapat jumpa lagi tak... Ada a few aunties yang dah tak berapa sihat. Suasana akan sama ke bila bibik dah takda menolong kat dapur.
Sekarang episod raya dah lepas. Next episod is Life With No Bibik! Nanti kan....
No comments:
Post a Comment