Friday, September 30, 2016

Bento I've prepared

The 1st week after bibik dah takda tu, semangat bukan main. Buat mini burger la, frozen begedil la... Terpengaruh tengok orang lain buat untuk anak-anak mereka. Then after a few weeks, aku still bekalkan the kids, cuma tak secanggih masa 1st week tu la. Sebab Jasmin pernah cakap kat aku 'mama buat jek yang simple-simple, tak yah nak bento-bento sangat!' Haha! Nak tergelak aku. Agaknya dia kesian tengok aku.... atau aku buat tak sedap? Muahaha!

Anyway, alhamdulillah aku rasa seronok prepare bekal dan masak meals untuk dioghang. Seronok bila tengok makanan abis la. Irdina pun ada cakap 'gemuk la camni. Tiap-tiap hari makan sedap!' Hihi! Kembang sekejap... Aku masak biasa-biasa jek. Alhamdulillah, anak-anak boleh terima. Kalau time malas atau penat atau takda idea, aku beli je. Dalam seminggu tak termasuk weekend, adalah satu hari 'cheat day' either makan lauk yang x abis semalam, atau masak frozen fried chicken atau beli lauk. OK lah tu. Aku bukan nak jadi the perfect housewife.....

Berjalan ke Satun

Raya Haji aritu kami amik cuti seminggu balik Perlis. Memang ada plan saja nak jalan-jalan ke Satun masa cuti tu. Ye la, alang-alang dah dok sempadan why not pi jalan-jalan ke seberang. Lagipun Jasmin dah abis UPSR. Kebetulan tiada siapa yang buat korban tahun ni so by day 1, dah takda aktiviti sangat. Kalau ada yang buat korban, kami akan tunggu daging korban untuk dibersihkan, dipotong dan dimasak.

Naris Phu View yang comel
Kitoghang pegi dalam pukul 11 pagi lalu Wan Kelian. Rasa excited sebab dah lama tak gi jenjalan camni. Pergi 2 kereta dengan family abang ipar. Dari Jelempok ke Wan Kelian maybe dalam 45 min. Sebelum jumpa sempadan, kena lalu jalan berbukit yang agak curam. Tak sangka kena lalu jalan camtu. Then from sempadan imigresen ke bandar Satun maybe dalam setengah jam. Well, sebenarnya dari sempadan ke hotel yang kami duduk tu setengah jam. Kami duduk di Naris Phu View hotel. Highly recommended! I would say 3 start hotel at a 1 star price! Bilik yang kami duduk is a good size for a double bed, with bathroom, hot water, aircond, tv and fridge for RM120 with breakfast. Takda almari, cuma tempat hang baju which is good enough for me. Tempat tu nampak macam baru and condition bilik pun nampak bersih. Ada kolam renang jugak untuk anak-anak. Kalau orang dewasa nak join, boleh aja. Suasana sangat tenang berbackropkan bukit dan sawah/ tanah lapang.

Makan di Tanjung Pauh
Before kitoghang check in, kitoghang pi dulu makan tengahari kat Tanjung Pauh. Orang sana panggil Tan Yong Pao. Kakak ipar recommend makan kat Restoran Pak Tam. Famous tempat ni for its seafood. Alhamdulillah, dapat kami merasa. Yang best tempat ni, dia bersih, tak cramp. Dengan angin laut yang berhembus nyaman, bunyi ombak memecah pantai...fuh! memang syok. Pastu makan pulak sedap (ke aku memang dah lapar?) Seronok budak-budak dapat tangkap ketam. Try ice cream kelapa. Tapi kami tak boh dalam kelapa pun sebab harga tinggi sikit dalam10 baht (dlm Rm1++) compared makan dalam cup biasa. Untuk kami yang ada 5 dewasa 5 kanak-kanak makan, kurang sikit dari 2,000 baht which was maybe dalam RM200++ lebih sikit. Masa ni exchange rate 10 baht = RM1.20 (8.46)

Ketam order 10 ekor, udang, tom yam, ikan siakap sweet sour, kerabu mangga, kailan ikan masin, telur dadar. Ketam tu bakar dan masak bawang. Maybe dari segi harga lebih kurang di Malaysia tapi dengan harga yang sama portion kat sini lebih besar dan banyak. Pada pendapat aku lah. Bebudak enjoy agaknya dok tepi pantai, mintak kami repeat so we did pada hari ketiga sebelum balik Jelempok. Try restoran sebelah Pak Tam pulak.

Aktiviti
Aku pergi 3 hari 2 malam. Satun ni macam takda apa sangat nak buat. Bukan tempat untuk bershopping. Tapi kami adalah pergi melawat muzium Kuden Mansion kat bandar, pi Pak Bara, beli barang sikit kat Big C dan Tesco Lotus. Kuden Mansion tu asalnya rumah seorang pembesar Melayu (Satun sebenarnya ramai orang Melayu. 70% penduduk Satun adalah muslim. Dan Satun asalnya sebahagian daripada kerajaan Kedah. Baca sejarah Satun di sini.

Pak Bara tempat makan seafood jugak. Famous sebab ada jeti nak ke Koh Lipe. Kami tak makan pun di Pak Bara sebab dah kenyang makan lunch dalam pukul 3 petang. Saja jek pegi sebab sebelum ni husband dok sebut-sebut nama Pak Bara ni. So pergi just nak tengok tempat jek. Kat Pak Bara pun famous dengan makanan jugak. Sempat la singgah tengok pasar malam kat sini, tapi tak beli apa-apa.

Selain dari itu, bebudak seronok mandi kolam la. Memang tak ramai orang kat hotel kami. Maybe sebab kami pegi masa bukan cuti sekolah so kolam tu, memang rombongan kami saja yang dok berendam kat situ!

Yang best trip kali ni ialah bab makan! Macam masa kami pegi Krabi. 'Roti Canai' coklat (pankek Thai) pun ada kat sini jugak. Rasa seronok bila boley merasa makanan tempatan (mana-mana yang boleh diterima tekak la...haha!)

Memang ada rasa nak repeat lagi....

Post Raya weight

Things is getting out of hand. I'm back at my initial weight before starting the Herbalife program. Oh My! I desperately need to get back in shape now that I've gone through the challenges of Jasmin sitting for UPSR and facing the days without bibik. I seriously need to work on losing weight now.

Even if the effort needed is bigger this time due to my age of over 40 when my metabolism drops at a higher rate. Aku memang kena kurangkan makan. Aku kena start disiplin macam mana aku buat masa Herbalife Challenge 2013 dulu.
  1. Nak try tukar dari beras biasa ke basmathi. Nak tengok ada perubahan tak
  2. Start pergi aerobic class balik starting tomorrow. No more excuse!
  3. Start cari 15 min buat Tabata 3 kali seminggu
  4. Kurangkan gula
Target nak nampak kurus by early December which means ada 2 bulan lagi. Sebulan target turun 5kg. Seminggu turun 1.25kg. Amacam? Ada bran?????

Muhasabah Hari Jumaat: Pengorbanan

So many things happened within the span of 2 weeks between last post dengan this one:

  1. cuti seminggu untuk Raya Haji, balik Perlis. Syoknye!
  2. pergi Satun, sempadan Thailand-Malaysia. Did things last minute, accomodation, currency. Best!
  3. kenduri Apit, anak Pak Tam
  4. Dek Mi accident

I'll write separately on the above items.... apa yang aku nak muhasabah hari ni? Let's talk about pengorbanan

Pengorbanan sebagai isteri
Dek Mi accident dah 2 minggu tapi dia belum sedar sepenuhnya sebab masih ada ubat bius kot. Kesian kat Mak Tok and Tok Abah sebab depa tinggal berdua sekarang ni since adik ipar perempuan dah dapat kerja kat Kajang. Weekend lepas husband balik kampung sorang-sorang sampai hari Selasa nak bagi moral support pada parents dia and tolong apa-apa yang patut. Kalau dulu mesti aku melepaskan dia dengan hati yang berat sebab pikir serabut nak urus rumah sorang-sorang. Tapi kali ni aku tahu ibubapanya lebih memerlukan dia jadi aku redha. Aku ada rasa macam aku semakin matang. Sebab umur agaknya.

Pengorbanan berkongsi suami? 
Malam Jumaat yang sebelum husband aku pergi tu, aku ada mimpi husband aku kahwin lagi, pastu duduk kat rumah yang kami duduk ni. Aku ingat perasaan aku dalam mimpi tu, bila ternampak husband aku bercumbuan dengan isteri muda.... Ya Allah! Mimpi tu semacam betul, Nauzubillah! Perasaan aku ketika itu Ya Allah! Pedih gila!  Rasa luluh kat jantung. Aku menangis teresak-esak. Teringat-ingat saat manis kami dan sekarang dia memberi dan mengukir saat manis untuk isteri muda pula. Ketika aku menaip ni, aku masih rasa kesedihan itu. Aku boleh menangis kalau teringat perasaan ketika aku bermimpi tu. Aku doa kat Allah SWT berharap yang mimpi ini bukan petanda tapi hanya mainan tidur. Jika ada pengajaran yang Allah SWT nak tunjuk, maybe

  1. nak bagi aku rasa apa perasaan kebanyakan isteri yang bermadu
  2. aku takkan kuat jika perkara ini berlaku kat aku

Aku ada beritahu husband pasal mimpi tu. Aku tak expect any denial from him or say I'm the only one sebab ini semua aturan Allah SWT dan husband aku pun tak berani nak bagi such assurance sebab dia pun tahu ini semua kerja Allah SWT. Siapalah kita untuk menidakkan jodoh, pertemuan dan ajal. Ya Allah! Aku mohon kepadaMu jadikanlah aku satu-satunya isteri dia kerana aku tidak cukup kuat Ya Allah!

Pengorbanan sebagai hamba Allah SWT
Selain daripada mengungkit, aku juga perlu belajar untuk berkorban (sesuai sangat since baru jek celebrate Raya Haji....haha!) Aku kena tanya diri sendiri, apakah pengorbanan yang aku dah buat untuk suami, anak-anak dan ibubapa.... Aku pun dah rasa aku ni jenis introvert so aku kena belajar buat banyak pengorbanan. Buat sesuatu tanpa perlu berfikir 'what's in it for me' (tapi kat tempat kerja aku nak berkira jugak! Haha!) Aku kena banyak ingatkan diri sendiri, Allah SWT yang berkuasa dan sebaik-baik perancang so just leave it to Almighty sebab fokus aku sekarang bukan untuk dunia ini.

Aku kena aim untuk benda yang tak nampak i.e pahala dan syurga. Bukan duit, kekayaan dan pangkat. Aku kena aim untuk silatulrahim i.e berbuat baik denga jiran dan rakan. Aku kena aim didikan anak-anak sekarang kerana ia akan membentuk jenis apa anak-anak aku bila dah besar nanti. Aku kena aim berbakti kepada parents aku sebab mereka sudah tua dan akan pergi bila-bila masa. Jangan sampai menyesal bila mereka dah tiada.....

Friday, September 9, 2016

Jasmin dah UPSR: Merdeka!

Semalam tamatlah peperiksaan UPSR untuk Jasmin. Sepanjang hari periksa tu, aku amik half day leave petang. Alhamdulillah, no objection from the office. Kalau ada pun, aku akan buat donno jek. Anak aku nak periksa kot! (walaupun UPSR jek! Heh)

Aku amik petang sebab nak sambut dia lepas dia abis kertas periksa untuk hari tu. So far kalau aku tanya, dia kata ok jek. Semalam abah dia tanya perasaan dia dah abis periksa.... dia kata 'takda perasaan!'....Aik! Seram pulak aku. Selalunya, at least kita rasa bebas sebab dah tak payah nak mengadap buku. Hmmmm.... apa-apa lah Jasmin, asalkan bahagia!....

Belanja makan kat Miyagi Bangi
Aku tahu dia suka makanan Jepun, so malam semalam aku terus belanja makan kat Miyagi Bangi. OK jugak sebab suasana tu ada rasa macam kat Jepun gak la. Aku belanja sekarang sebab nak menghargai usaha dia, result tu lain kira. Sebab kalau ikut konsep tawakal, memang dah boleh celebrate sekarang. Result tu nanti biar Allah SWT yang tentukan. Semoga anak aku mendapat keputusan yang cemerlang, Ya Allah!

So aku rasa aku dah boley tarik nafas lega untuk tahun ni. Kami sudah selesai menempuh cabaran yang aku dok risau untuk tahun ini:

  • Life without bibik
  • Jasmin UPSR
Tahun depan Kakak PMR pulak!

Jangan ungkit
Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan. Aku belum rasa 'tak boleh cope'. Semoga perasaan ini kekal. Bila rasa nak mengungkit ke atau nak complain orang lain tak put effort, aku ingatkan diri aku yang Allah SWT put me in this situation for me to learn to be patient. Dan aku ingatkan diri aku, whatever yang aku buat dan tak ungkit, Allah SWT akan beri ganjaran yang besar buat aku sebagai ibu dan isteri. Ganjaran akhirat yang aku tak nampak... Syaratnya, JANGAN UNGKIT!!! Heh! sebab kekadang rasa geram tu ada... Contohnya pagi tadi, complete dengan Kasyif muntah, Lutfi kencing tilam, hujan pepagi....Imagine, aku baru jek kemas hall and nak masuk dapur masak breakfast. Sekali Kasyif muntah daaaa... Ishh...aku ada berbunyi jugak tapi tak seteruk sebelum-sebelum ni. Tapi kali ni aku bebel suh dia bagi aku sapu Vicks kat dia (sebelum ni dia tak mau).

Pastu adik dia turun, aku tengok seluar dia basah. Kencing tilam la tu!....Masa tuh dah pukul 7.00 pagi. Husband aku tak bangun lagi (dalam hati dah geram dah ni!) And pagi tu siap ngan hujan lagi. Aku budget aku boleh keluar rumah awal pergi office arini.... Tetttt! Wrong! Aku lambat sampai opis dalam 6 min.

I kept reminding myself, so I didn't utter any condemning words, membebel etc. I just did what I had to do. Lap muntah, mandikan Lutfi, kemas tilam yang kena kencing tu and mandi.... sabar, sabar aku cakap kat diri aku sendiri.... I was not this composed when I was young. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memberi aku peluang belajar membetulkan kesilapan diri... Tapi adat manusia kan, selalu terlupa...termasuk aku!