Back to Kasyif, husband is on work trip to Japan and Hanoi this whole week. Although he'll be back by Friday afternoon, he won't be able to see Kasyif sebab Kasyif kena pegi kem pengawas for 3 days Friday to Sunday. Kesian Kasyif....
Nak Abah!
Kasyif ni bila abah dia takda, dia akan menangis bila kita ajak tido. "Nak abah! Nak abah! Huwaaah"....Kasyif memang tido bawah ketiak abah dia, so bila abah dia takda dia akan menangis la. Ha'ah kan....bila pikir balik, macam toddler pulak....budak-budak bila nak tido kena ada botol susu la, bantal peluk la. Kasyif kena ada abah dia...Haha!
Kalau sebelum ni aku hanya bercakap benda yang logik dengan dia:
- "Abang nangis kuat mana pun, abah memang takkan datang!"
- "Abang nak tido ke tidak ni, mama dah mengantuk la!"
- "Abang tak yah nangis lah, nanti jiran sebelah marah tau tak!"
Semua dengan nada menyindir dan garang.
Tapi semalam aku perasan aku deal cara lain. Aku memang kesian dekat Kasyif sebab teringat nanti dia kena pegi kem pengawas tu 3 hari 2 malam. Camna la nanti dia kat sana (kem kat Enstek), pastu abah dia takda pulak pada hari yang dia nak pergi tu.
Kesian aku kat Kasyif. Dia kan anak aku. Anak lelaki aku yang pertama. Bakal penghuni syurga in sha Allah. Sayu hati bila teringatkan aku dok marah-marah dia. Masa kecik punyalah tatang-tatang.... tapi kenapa sekarang bila dia ada buat perangai sikit, aku selalu sangat naik hantu?
Bedtime ritual and console
Semalam, terdetik hati untuk console Kasyif (instead of using logics phrases) by offering my right arm and let him sleep on it. Dia tak menolak. Ya Allah! Itu yang dia nak sebenarnya! Maafkan mama sebab tak paham sebelum ni and marah-marah Abang! Kids kan ada bedtime ritual dia. Macam Abang, Abah is part of his bedtime ritual. So bila takda Abah, dia tak mau or takleh tido. Now I get it!
When he was in my arms, he stopped crying. Aku tepuk-tepuk manja lengan dia, macam kita buat kat toddler bila kita nak suruh toddler tido. Dia tak cakap apa-apa and tido after a few minutes. Aku cium ubun-ubun dia, doa yang baik-baik untuk dia.
Rasa bersalah dan nak menangis.... Pastu malam tu aku mimpi Kasyif diculik orang... Nauzubillah!
Azam baru
Aku nak berbaik semula dengan Kasyif. Aku nak dia selesa dengan aku. He only turned 8, 2 months ago, masih mahu bermanja. Budak lelaki kan memang lambat mature sikit. Tak sabar nak tunggu malam ni, nak tengok betul tak teori aku ni.
Semoga dengan 4 hari yang masih berbaki sebelum Kasyif pergi kem pengawas, aku boleh berikan dia sedikit kekuatan untuk menempuh kem tersebut. Berikan kekuatan dengan membelai dia dengan penuh kasih sayang. Stop thinking about managing life for a while, focus on him. He really needs me as a mother at this point of time.....
Mama sayang Kasyif!
No comments:
Post a Comment