Tuesday, November 22, 2016

Crunchy Caramel Almond

Lama dah nak buat ni. Finally dapat buat. Mula-mula berbetah-betah jugak sebab tak pernah guna tepung florenta. Member kata takleh biar kena udara, nanti dia keras. Pastu kena cepat-cepat potong lepas masak or else susah lah nak kerat.

Alhamdulillah! Memang senang sangat buatnya. Gaul-gaul...pastu bakar. Resepinya pun mudah, boleh google kat internet. Barang pun senang didapati kat kedai jual barangan bakeri.

Aku buat tak ikut resepi. Orang suh letak 100g, aku letak 200g. The nuts were abundant, malas nak simpan-simpan. Nanti terlupa, pastu buruk camtu jek. Since aku buat tak ikut resipi, aku punya tak cantik nipis macam orang buat. Tapi licin jugak! Sesuai dibuat kudapan mengunyah. Jenuh gak nak kunyah sebab aku punya kan tebal sket... Muahaha! Baguslah, exercise mulut sikit.

Nak jadikan ia sihat, aku tambah letak chia seed. Rupa dia kan seakan bijan hitam. Bijan hitam pakai jugak sebab member derma kat aku. Terpaksa guna sebab rasa takkan guna untuk menda lain dah.

Main ingredients

Toasted nuts where applicable

Rupa sebelum dibakar

Rupa selepas dibakar

Terangkat-angkat nuts semua, banyak sangat!

Add caption


Orang lain buat nipis jek. From this blog
Resepi dari blog tersebut:

Bahan-bahan:

1. 200 gram tepung Florenta (atau apa-apa jenama seangkatan dengannya )
2. 180 gram badam keping
3. 80 gram kuaci hijau ( pumpkin seed )
4. 20 gram bijan hitam
5. 60 gram kuaci (sunflower seed )

Dapat 2 bekas. Hubby pun join sekali makan.
Tips and tricks:

Tepung florenta mencair dan berkilat selepas dibakar.
Guna parchment paper, bukan kertas minyak.

No comments:

Post a Comment