Semalam aku attend program 'Mengenal Al Quran tanpa bahasa Arab' anjuran JomWaqaf kat MWSP Seksyen 7. Tak lama program tu, dari pukul 9 hingga pukul 12.30 tengahari. Alhamdulillah, Allah bukakan pintu hati aku untuk attend. Memang ada terdetik sebelum ni yang aku nak tahu sangat camna cara nak memahamkan Al Quran sedangkan aku tak tahu bahasa Arab. Aku kena attend kelas terjemahan ke? Aku kena belajar bahasa Arab ke?
Sebelum ni aku cuma baca terjemahan. Maksudnya, mula-mula baca verbally setiap ayat atau perenggan Al Quran dalam bahasa Arab, pastu baca terjemahan ayat tersebut silently. Aku tak rasa apa-apa bila baca cara macam ni. Aku nak rasa macam orang yang diberi nikmat oleh Allah, bila baca tu terkesan kat hati.
Bila aku attend kelas ni, aku rasa ia sangat membantu. Actually ia hanya mengaplikasikan kaedah flashcard dan hafalan. Aku rasa things are possible i.e aku boleh memahamkan Al Quran bila dah tahu macam mana dari kelas ni. This is my 1st step towards learning about Al Quran. Dan memang semua benda memerlukan komitmen. Jadi nak mengenal al Quran pun perlu komitmen.
Apa yang menarik ialah baru aku tahu ada dalam 900 patah perkataan sahaja di dalam Al-Quran itu yang aku perlu tahu sebab banyak ayat atau perkataan di dalam Al Quran yang diulang-ulang. Katakan kita hafal satu perkataan 1 hari, setahun dah boleh hafal 1/3 perkataan dalam Al-Quran. Dalam masa 3 tahun dah boleh hafal semua.
Kelas pengenalan ni memang very basic, bukan untuk mendalami bahasa Arab atau Al-Quran. Sekadar nak nampakkan pada kita apa erti ayat Al Quran yang kita baca. Macam kita tahu English. Bila sebut 'book' automatic kita tahu maksudnya buku, terbayang dalam kepala kita 'buku'. Camtula objektif kelas pengenalan ni. Semoga Al-Quran tu lebih dekat di hati kita bila kita paham apa yang kita baca, rather than mengaji tapi sepatah haram tak paham maksud apa yang kita baca.
Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk mendalami mukjizat Mu ini!....
No comments:
Post a Comment