Kasyif telah ditawarkan menjadi pengawas untuk sesi 2017. Ini anak aku yang pertama menjadi pengawas, kira Kasyif telah mencipta rekod dalam keluarga kami menjadi pengawas pada usia 9 tahun. Kalau nak jadi pengawas, kena attend kem kepimpinan pengawas yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Alamak! Boleh ke Kasyif urus diri selama 3 hari 2 malam ni?
Dulu aku amik bibik sejurus Kasyif dilahirkan. Of course bibik layan lebih Kasyif ni, siap habaq kat kawan dia 'ni anak aku ni!'.... Baguslah dia sayang Kasyif (masa tu ada kes bibik-bibik yang dera anak majikan) tapi sayang orang lain tak sama ngan sayang ibu sendiri. Sayang orang lain boleh menyebabkan anak kita ni manja. Kalau kita sayang, kita nak didik anak kita berdikari. So perangai Kasyif ni macam ada childish sikit. Rilek jek bogel depan orang, Semua benda bukan nak amik sendiri, suh orang amikkan. Mandi, gosok gigi nak kena suruh. Selalu merengek. Hai, only close family yang tahu betapa manjanya Kasyif ni. And yet he was chosen to be a prefect? Aku memang agak terkejut mengenangkan sikap Kasyif kat rumah, tapi Alhamdulillah la. Elok juga Kasyif jadi pengawas, harap-harap boleh perbaiki sikap dia yang mana tak elok.
Aku cuba tak nak pikir sangat, aku tolong pack kan beg dia. I couldn't help but wondering whether he can survive the camp. This would be his first time being away without us by his side. Aku tengok dia macam receptive kecuali ada sekali tu masa hari Khamis, dia ada kata 'rasa macam malas nak pegi sebab abang takda kawan'.... Memang ada 2 rakan sekelas dia yang tolak tawaran jadi pengawas. Kesian pulak aku kat dia.
Hari Jumaat 25 Nov tu aku amik cuti sebab ada Anugerah Kecemerlangan SK Jln 4 (Kasyif dapat no. 2) di sebelah pagi, pastu Kasyif akan bertolak ke IPG Teknik, Enstek selepas solat Jumaat. Kasyif tak nangis, tak menolak tapi aku rasa air muka dia to macam sedih jek bila tengok orang lain dok grouping ngan member masing-masing. Aku yang rasa sedih, rasa macam nak back off (pulak!) Isk! Mana boleh layan kerisauan aku ni!
Aku tunggu and babai dia sampai bas dia dah tak nampak dah. Rasa lega tapi sedih walaupun aku tengok Kasyif tak nangis atas bas. Malam tu aku memang teringat kan Kasyif, dok check itinerari kem nak imagine dia tengah buat apa. Hari Sabtu terasa boring dan panjang. Camna la Kasyif kat kem...
I was so looking forward to Sunday sebab kitoghang akan amik Kasyif kat Enstek instead tunggu dia kat sekolah. Rasa tak sabar.....Bila sampai Enstek and ternampak dia, aku rasa lega. Muka dia biasa, tak berkerut atau sedih tapi nampak macam bersemangat sikit. Happynya aku.....
Bila tanya dia ok tak kem, dia kata ok cuma yang tak bestnya, kawasan tu banyak tebuan. Oklah tu, aku expect dia nak kata kem tu memenatkan. Pastu dia berceritalah pengalaman dia termasuk dia tak mandi dah 2 hari sebab tak sempat. Bertuah punya budak! Haha!
Alhamdulillah, aku rasa sangat lega. Betul la orang kata. as mothers we still see our children as our babies although they have grown up. In this case, I was really worried Kasyif couldn't be by himself but he has proven me wrong. Well done Kasyif! Mama loves you!
Good luck and All The Best next year as a prefect!
No comments:
Post a Comment