Tuesday, June 27, 2023

Feeling motivated

 This happened on a Sunday. Ingat bangun awal nak exercise, pastu tertengok pulak youtube ni pasal her weight lose journey . Dia nak transform diri dia in 6 months. Stay at home mom of 4 and she made it.

Rasa terinspired pulak tengok video tu on so many level. It gave me ideas what to start for my Youtube postings. Terus amik pen and kertas tulis ideas yang datang mencurah-curah. Rasa nak terus buat la.... Apart from starting to make Youtube video, aku pun nak document kan aku punya journey nak jadi lagi sihat in 6 months. Dia kata 'picture the best version of you in months'. 

Thursday, June 22, 2023

Reviewing my retirement fund

 With the economy looking bleak and I'm on my way to quit my job, I need to assess and review my fund position.

My plan is to tender my resignation on 1 Jan 2025 so I have about 18 months from today. I try to have savings of RM240k by that time so I can get the dividend of  RM12k (RM1k per month). However with current position, I'm still short 82k even if I do the following:

  • Change contribution RM1,000 from PIOF (unit trust) to ASB which increases ASB contribution from RM200 to RM1,200.
  • Take RM900 from EVO rental income and increase Tabung Haji contribution from RM300 to RM1,200


Yep, definitely need to find alternative source of income!

Doing something different

Doing things differently

Semalam ada tertengok youtube iChang cakap pasal dia burnt out. Dia kata dia rasa macam asyik buat menda yang sama jek....amik video, makan, pegi jalan, amik video, makan....

Semalam juga, kelas ngaji dapat khatam Al-Quran kali kedua. Alhamdulillah....asalnya kan after solat Maghrib, niat dah tak nak sambung kelas dah sebab kekadang tu rasa malas tu ada. Tapi macam tak terluah bila ustaz tanya. Yang menjadi pembakar semangat balik ialah bila ustaz kata kita dipilih Allah SWT untuk membaca Al Quran. Ya Allah! Insaf sekejap....kelas pun sekali seminggu dalam 1 1/2 jam. Kalau takda kelas ni, ntah aku akan baca Al Quran atau tidak. Ustaz ada kata, takpa kalau tenggelam sekejap tapi kita akan rasa macam missing something bila tertinggal tu....Ya Allah! Semoga aku istiqamah Ya Allah!

Then semalam ada terbaca wassap cikgu SKJ 4 pasal gotong-royong sekolah hari Sabtu untuk sapa yang nak volunteer. First instance, aku macam tak amik port tapi tengok juga la nama yang baru volunteer baru 3 orang. Tapi ntah kenapa pagi tadi rasa macam nak volunteer so aku pun bagi nama. Agaknya dok teringat video iChang pasal kebiasaan and do things differently. So I thought by giving my name, I am actually trying to get out of my comfort zone too. 

Content creation journey

All these are because I've been thinking about my content creation journey. Still nothing promising but I have to keep going. Haritu ada buat reel yang aku rasa best tapi views hanya 74. Nak sedey dah tapi aku pegang just keep on practising. 

Aku juga 1st time interact dengan Dek Wa sebab tengok dia active buat posting on produk yang dia jual.

Semalam ustaz pesan untuk selitkan hajat kita bila ustaz baca doa khatam Al Quran. Aku mintak dengan Allah supaya beri petunjuk dan permudahkan usaha aku untuk jana pendapatan from social media.

Monday, June 19, 2023

Mencari kekuatan dan inspirasi

 This weekend tak pegi mana-mana. Rasa macam ni 1st weekend yang tak sibuk after balik from Rome. Actually baru 2 weekend saja after Rome. Last week balik Perlis. 

Aku cuba untuk jadi productive sebab the 1st week balik from Rome, either aku jet lag atau tak sihat. Macam tak buat apa-apa. Last week started with Friday, aku tengok balik pending office work. Mula-mula tu memang rasa malas sebab aku memang dah tada hati kat kerja. Tapi aku pujuk hati supaya buat yang terbaik to leave some achievement before aku berhenti. So harini in sha Allah aku cuba jadi kreatif and get things done!

EVO tenant aku nak keluar awal. Patutnya contract 1 tahun dia abis Oktober. Dia bagi alasan Sudan tengah bergolak so takut tak dapat bayar on time. Patutnya aku boleh forfeit deposit dia tapi aku kesian dan dia pun bayar on time. So sebagai tanda terima kasih dan syukur kepada Allah SWT, aku return 90% of the deposit kepada dia. Lunch time Jumaat tu aku pegi check EVO and pulangkan deposit kepada dia. Aku pun kenalah bersihkan unit tu sebelum new tenant masuk.

Aku bersihkan EVO hari Ahad pagi sebab hari Sabtu occupied dengan chauffeuring Lutfi and Kasyif dengan aktiviti masing-masing. Lutfi ada Sinar Sabtu sampai pukul 12.30. Kasyif ada badminton sampai kul 12.00. Aku mintak husband aku amik dioghang nanti sebab aku ada appointment facial kul 12.30. After facial, kitoghang saja-saja pergi tengok kereta EV Ora Good Cat. Tak tahu la husband aku, tertarik dengan kereta EV agaknya. Aku tanya husband nak beli ke...dia kata ya. 'Pastu Abah bayar ke?' aku tanya sebab aku kan plan nak berenti 2025. Dia kata 'ya'...Seyes aaaa.....

Back tu EVO, after aku brisk walk kat denai pagi Ahad, aku shoot pegi EVO kul 9.30 am, Ingatkan kul 11.00 boleh abis, sekali tu kul 11.45 baru rushing nak balik rumah. Rushing sebab kitoghang dah plan nak makan Bananabro kat Bandar Seri Putra. Actually EVO tu nampak bersih pada mata kasar. Tenant tu kira ok la bersih kan unit sebelum keluar. Cuma habuk tu ada, I'm guessing dia tak tinggal pun kat unit aku. Tapi kipas MashaAllah! tebal gila habuknya! Sib baik la kipas je, yang lain should not take much time to clean. So aku vacum dengan Dyson and lap habuk. Memula rasa macam 99.9% dah siap tapi terpandang pulak hob. Alamak! Ada minyak la dalam grease collector dia....kalau tak bersih kan nanti menebal la jawabnya. Menda-menda camni bukan tenant amik port kecuali dia jenis yang pembersih and teliti. Nak bersihkan, tak sempat dah sebab dah janji nak makan Bananabro. Aku decide aku kena datang lagi for final clean. Kipas, hob, toilet and vacum sikit-sikit.

Plannya petang ni aku nak pegi kejap lepas keje. Agak-agak sempat tak 1/2 jam? Kuang3x. Kalau sempat banyak menda aku boleh achieve:

  1. Inform K Taty unit aku dah ready and serah kunci kat dia
  2. Beli Ayam Goreng Kunyit for dinner kat Max Value
  3. Beli green apple kat Max value
  4. Checkout Max Value kalau ada offer on ayam/daging/seafood
Harapan aku minggu ni aku dapat gerakkan activity on content creation....

Tuesday, June 13, 2023

Dugaan yang Allah datangkan

 Ada 2 situasi yang menyedihkan terjadi sejak aku balik from Rome:

  1. Adik ipar suami aku meninggal sebab kanser buat pinggang
  2. Adik aku tidak berduit dan kuat berhutang

Yang 1st tu memang pengalaman pertama aku, di mana orang yang dekat meninggal di usia muda. Adik suami aku berumur 38 tahun, yang meninggal suaminya. Mereka mempunyai 5 orang anak, yang paling besar tingkatan 2 dan yang paling kecil lahir bulan Oktober 2022 tahun lepas. Suaminya buat operation buang hempedu bulan Feb 2023. After operation mula-mula tu dia nampak masih kuat, sempatlah duduk rumah mak mentua. Tapi air perut kat tempat belah operation tu tak kering-kering so dia kena warded balik. Kira dia keluar masuk wad jugak la dan 2 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri hujung bulan April, dia masuk ICU sebab rasa susah bernafas. Mak mentua aku kata dia nampak sangat lemah dan tak berdaya.

Then while we were in Rome, dikhabarkan suami dia dah tiada. I stayed silence, same with my husband. What else is there to say, hanya mampu ucapan Innalillah dan berdoa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Terkenang bagaimana nanti isteri nak membesarkan anak-anak yang masih kecil...

And last week, kami balik kampung since kami takda kat Malaysia semasa kejadian berlaku. My husband cuba mendapatkan gambaran situasi kewangan adiknya bila tonggak keluarganya dah tiada. Memang terkesan sebab gaji adiknya tidak sampai RM3,000. Nanti campur dengan pencen arwah mungkin dapat dalam RM4,500 untuk menanggung 5 orang anak yang masih dibangku sekolah dan kecil. Apa yang aku boleh bantu? Cuba carikan skim atau bantuan yang boleh meringankan beban kewangan dia. So aku tengah survey JKM, Baitulmal, Zakat dan Jabatan Pembangunan Wanita.

Yg ke2, kes adik aku suka pinjam tak bayar balik. Dia rajin meminjam dengan adik-beradik aku. Cara meminjam seperti terdesak tapi yang adik-beradik aku pelik kenapa baru dapat gaji dah terus takda duit. Dioghang suh aku selidik. Tahun lepas aku memang ada jumpa adik aku tu, mintak info gaji, pinjaman, transactions. Rupanya bank tahan gaji dia sebab masa 2nd moratorium aritu, bank tersilap bagi. Dia tak tanya bank so dia dah guna duit tu. Bila bank perasan and suh bayar balik, dia tak buat. So bank terus tahan gaji dia. Hal tu dia tak citer kat adik-beradik dan sanggup meminjam sana  sini. 

Adik-beradik aku jugak suspect dia ada main forex. Pelik betul la, duit takda tapi nak main forex tu kenapa....

Sebab aku dah jumpa dia sorang aritu and keadaan tak improve, aku call wife dia pulak untuk dapatkan cerita daripada sisi lain. Punyala susah nak bercakap dengan wife dia tapi aku bersangka baik je la.
Then finally last Saturday, dia call aku balik and aku terus tanya mengenai masalah kewangan adik aku. Ada cerita lain rupanya dan aku sebagai seorang perempuan mestilah paham perasaan seorang isteri bila ditipu. Pada aku adik aku memang dah buat salah, menipu dan mencuri duit isteri sendiri.

Camna cara nak selesaikan ni? Adik aku tu hutang dah keliling pinggang, pastu buat pasal pulak dengan isteri dia. Aku wassap adik aku keesokan harinya....cerita lain pulak. Peningla! 

So aku nak bersemuka dengan dioghang. Aku bagi masa sebulan untuk dioghang tetapkan tarikh.

Ya Allah! Kau kuatkan lah kami Ya Allah! Berikan lah buat fikiran yang boleh membantu menyelesaikan kedua-dua masalah ini....

Tuesday, June 6, 2023

Reminiscing after Rome

 Alhamdulillah, dah selamat balik from Rome/UK. Tak sempat nak update post on preparation nak pegi sana macam dulu-dulu.

Aku rasa syukur tak terhingga kepada Allah SWT, Pencipta sekian alam atas ihsan dan rezeki ini yang diberikan kepada aku.Alhmdulillah tak kena pick-pocket...Alhamdulillah cuaca baik...Alhamdulillah tiada insiden yang tak diingini, Alhamdulillah dapat visit kawan lama, Alhmdulillah dapat visit rumah lama, tempat kerja di Southampton. Alhamdulillah dapat beli hadiah untuk kawan-kawan dan sedara.

Terima kasih Allah atas jodohku, insan yang paling baik yang aku kenali. Dia telah menjadi penemanku dikala aku sedih, pemberi semangat dikala aku down. menghiburkan dikala aku kesunyian. Tidak dinafikan dia mempunyai kelemahan tapi memang sifat manusia camtu kan. Aku pun ada kelemahan aku dan aku bersyukur dia boleh menerima kelemahan ku. Biar kami sama-sama support each other and try to manoeuvre this life together, the best we can.

Seronok dapat jumpa Zied, my friend since sekolah rendah kat Batu Pahat. Memang dah lama berangan nak pegi jumpa dia kat sana, see how she lives. Dia tinggal kat Cardiff. Cantik rumah dia....

Now I have to think what's next. Where would I go from here. Some of my thoughts

  1. I must try to earn to finance holidays like this. Try 20k per year
  2. Up my postings on IG and affiliate
  3. Be grateful...always
  4. Serve others especially own families
  5. Believe in what you do