Monday, July 11, 2016

Monday Blues Post Raya

Aman rasa bila pegi keja tapi ramai yang cuti. Kalau tiap-tiap hari camni kan bagusssss....

Cuti raya seminggu!
Kali ni rasa puas berhari raya kat Batu Pahat. Cuti seminggu mula dari hari Sabtu 2hb sampai 9hb Sabtu. Saja balik hari Sabtu (bukan Ahad 10hb) sebab bila bibik dah takda nanti, rasa kena balik awal nak settlekan hal sekolah anak-anak dan rumah pada hari Ahad. So macam nak biasakan la ni.

Syukur dengan memberi
Kebetulan 2hb tu birthday anak yang sulung, Irdina. Mintak tolong adik yang dah ada kat rumah belikan kek. Pastu belanja orang Batu Pahat Nasi Arab Saba. Alhamdulillah, lama dah nak beli untuk ayah sebab ayah asyik sebut-sebut jek. Dia dah pernah makan sebelum ni dan dia suka sangat. Pastu passkan sekali baju kemeja baru pada ayah, kat mak RM700 kami share adik-beradik untuk belanja open house hari raya kedua nanti. Juga passkan kat adik ipar Iza, brand new shopping bag for her, undersized Lutfi's shirt for her youngest and tudung budak untuk Damia, anak Amat. Alhamdulillah, semoga aku maintain memberi tanpa banyak berkira. Moga-moga dengan langkah kecil ini, aku dimurahkan rezeki untuk memberi lebih banyak lagi....Aminnnn.

Mengemas
Sebab raya jatuh hari Rabu, sempatla aku mengemas rumah mak. Adik-adik pun ada so bolehla aku mengarah (in the end aku jugak yang kena buat). Kebetulan rumah mak memang macam dah lama tak kemas. Mungkin sebab mak aku tengah fokus dekat kesihatan ayah aku. Ayah akan buat angiogram pada 14hb ni kat JB. Sian tengok mak....

Puas hati dapat kurangkan baju lama-lama yang tak pakai dalam almari. Baju-baju tu Amat amik untuk didermakan ke rumah orang-orang tua. Almari lama yang dah takda baju tu sekarang jadik storage untuk toto, tilam dan bantal. In sha Allah ada rezeki nanti, nak revamp bilik tengah and beli wardrobe baru untuk bilik depan. Bilik tengah tu tempat lepak adik-adik ipar perempuan. Kesian tengok dioghang ramai-ramai dalam bilik tu dengan beg beratur kat lantai, nak tidur bawah pun spacenya kecik.

Aku sempat kemas 2 bilik yang kat atas. Satu guest room untuk Amat (aku suka decorate guest room!) and satu lagi bilik Radhi. Radhi pun dah dapat kerja, akan jaranglah duduk bilik dia lepas ni. Masa dia duduk rumah lepas abis belajar pun, bukannya dia kemas bilik dia. Berhabuk gila! Orang bujangkan, bukannya dia kisah bilik dia macam stor! Kalau aku tak kemaskan, confirm jadi bilik tinggal. Barang sebenarnya tak banyak, kotak-kotak kosong jek sume. Aku kumpul dulu mana yang aku rasa nak buang, tunjuk kat dia dulu. Takut nanti dia kata aku memandai-mandai buang barang dia.

Pastu kat hall memang aku puas menyedut habuk guna vakum Samsung mak. OK jugak vacum tu, sedut kuat jugak. Tu yang terlebih rajin nak vacum. Memang ada beza sebelum dan selepas aku kemas. Puas hati!!! Tapi sama ada menepati piawaian mak ke tidak, tak tahu la. Harap-harap OK. So far mak takda berbunyi pun. OK lah kot! Haha!..

Dapur
Aku memang tak tengok langsung apa yang berlaku kat dapur. Dapur ada mak,bibik, Iza dan Ida. Aku macam tak reti nak buat apa kat dapur bila dah ramai-ramai. Aku rasa macam aku orang yang paling tak reti duduk kat dapur. Ironik sebab aku suka jugak masak-masak. Tapi main campak-campak je la!

Raya dan Laksa
Mungkin sebab tahun ni bibik last kat Msia, mak aku ada cakap awal tahun aritu nak buat open house tahun ni. Mak nak buat menu 3 jenis laksa: Johor, Penang dan Timur (laksam). Aku tolong belikan ikan kecik-kecik dan siap rebus kat Bangi dulu, buat tambah-tambah walaupun mak aku dah beli kat Parit Haji Salam.

Ingat masa 1st time buat 2 tahun lepas,Masa tu buat laksa jugak, mungkin aku yang suggest. Mak aku kata OK. Tapi manalah aku tahu awal-awal raya susah nak dapat ikan. Mak aku banyak berleter dan aku rasa tak berapa best. Aku rasa macam mak aku marah aku sebab tak tolong dia dan menyusahkan dia dengan suggestion laksa tu. Sebab aku rasa tak best, aku kata dalam hati lepas ni aku tak nak suggest apa-apa, nanti aku yang kena. Tapi nasib baik Allah SWT beri petunjuk... Dia mak aku, aku sepatutnya cium kaki dia. Apalah yang aku nak terasa sangat berbanding dengan kasih-sayang yang dia bagi sejak dia mengandungkan aku sampailah aku dah beranak-pinak. Lama-lama pikir, sebenarnya kami ni macam tak berapa pandai interact with each other. Sedihkan.... But I know my mum loves me a lot.... And I love you too mummy, you've done so much to raise me. Sedihnya....

Perasaan berbaur
Raya kali ni perasaan gembira tu berbaur dengan sedih. Sedih mengenangkan ayah dan mak, ada lagi tak tahun depan...sedara-mara dan adik-beradik... dapat jumpa lagi tak... Ada a few aunties yang dah tak berapa sihat. Suasana akan sama ke bila bibik dah takda menolong kat dapur.

Sekarang episod raya dah lepas. Next episod is Life With No Bibik! Nanti kan....


Thursday, June 30, 2016

Finale J1FK

Semalam officially J1FK Program 6 minggu dah habis. How did I do? I only lost 2.4kg dropping from 71.1kg to 68.7kg... hmmm.... I expected more, at least 4 kg. Down la jugak and kind of puzzled. Wonder why la tak turun banyak macam orang lain. I made a few assumptions to reason the lag of weight loss:

Age and hormone 
Since I'm already above 40 thus my metabolism could have dropped. So aku buat tabata around 4.30am before bersahur. Buat for 4 rounds 2-3 times per week. Ada 1 week tu, happy sebab kg dropped around 600g assuming sebab buat tabata. Kalau tak, dia macam statik jek. During the last week of J1FK, berat ni tak nak berganjak dah (68.6kg). Kali ni assume sebab nak period, so static weight sebab water retention and unfortunately week tu la finale J1FK.

Body has adapted
I've been on weight loss quest before. So the drop is not as much as people who's doing it for the 1st time.
Based on experience, kalau bulan pose memang berat tak turun sebab makan karbo masa buka. Kalau drop pun sebab kurang minum air. Tapi this time roughly minum around 3 liter which was ok (1.5 sahur, 1.5 malam). Tapi berat tak turun banyak pun!

Sekarang ni rasa mixed feeling. On paper people thought I should lose more sebab tu dioghang punya perception, so sedih kejap. Tapi in sha Allah aku boleh terima ni sebab aku punya goal at my age actually to lose % fat. And things I've done differently this time was tabata in the mornings so I'm quite happy with that.

So right now I'm reminding myself... "just maintain what you've done. Once you change your lifestyle, you can eat moderately and still lose weight.... so jangan sedih sangat ya...."

Monday, June 27, 2016

J1FK and bento


Rasa semangat nak try buat healthy meals sebab tengok member-member lain semangat menjaga makan. Here are some meals made during the J1FK program.

Nak lebihkan sayur & buah..
Leek & scrambled egg in tortilla wrap. I LIKE!


Ni tapau lauk semalam jek...
Chicken wrap. Yang sebelah pear tu inti dia


Mashed sweet potato, beef patty and pea sprouts
I really like this menu!


Stuffed pepper with chicken and tofu
Yang ni pun boleh buat lagi!


Ni tapau untuk anak...


Ni tapau lunch masa nak balik Jelempok cuti sekolah awal June aritu.


BENTO BOX
The hype now is bento. Selama ni bawak dalam tupperware kecik-kecik jek. Kat rumah ada tuppeware yang ada section-section tapi tak muat la pulak masuk dalam lunch bag kiut-miut saya tu. So far tak jumpa lagi bekas yang memenuhi criteria: comel with sections, fit into my lunch bag and no 'telinga' (kalau ada pun tak obstructive). Either stick to what I have or just buy what I like! Hihi... Some options I've came across:

Image result for lunch box malaysia      Image result for three compartment bento



Image result for small bento box


STACK/ MANGKUK TIFFIN

Image result for mangkuk tingkat pastel














Apart from bento style, stackable options pun OK kalau nak bawak gi opis. I really want to find sizes yang kiut-miut, tak nak lah portion yang besar. Yang camni sesuai untuk bawak lauk berkuah dan sup.


Ramadan cooking

Raya Mood
Rasanya mood raya dah start kick in. Sebab tak tahu nak masak apa, asyik pikir baju ngan tudung raya jek. Baru lepas telefon tukang jahit, baju raya belum siap lagi. Weekend aritu dah start shopping pergi Billion ngan Bangi Gateway. Beli t-shirt budak lelaki, baju bibik, jubah Irdina and Jasmin. Best buy would be jubah Irdina, beli kat EJ Style Bangi sebelah Yummie Bakery. Only RM69 but with superior quality. Irdina amik saiz S. Aku try pun macam muat... bolehlah mama pinjam nanti! Hoho...

Meals during Ramadan
Here are some efforts made during Ramadan. Alhamdulillah diberi kekuatan untuk memasak although only on weekends. Training before bibik balik for good! Hehe...

I cooked during weekends:

Week 1: Grilled salmon and asparagus, chicken wrap on Saturday. Roasted chicken etc on Sunday (more about that here)



Week 2: Nasi Arab masak hari Sabtu (jemput adik-beradik Jelempok, cerita di sini). Ahad buat pasta olio dengan baked pasta (asal nak buat macaroni and cheese, tak jumpa pulak macaroni)
Rencah olio. Minat betul ngan asparagus!


Pakai spiral pasta. Habis budak-budak makan....

Week 3: Hari Sabtu berbuka kat surau, makan nasi Arab kegemaran. Hari Ahad bibik masak wantan and soup. Aku dah start shopping baju raya anak-anak....Haha!

Week 4: Hari Sabtu dah balik kampung. Tengokla nanti. Kot-kot masak pulak kat kampung (macam tak jek...)


Friday, June 24, 2016

Samping baru

Tahun ni hubby and the girls (plus me) pakai kelabu. Pastu kain kurung aku kotak-kotak kuning/oren. Aku imagine kalau sume pakai kelabu mesti cama dull jek gambar nanti.  Aku pun nak match kan kaler the boys ikut kaler kain aku so takda la gambar nampak dull nanti... Aku ni memang jenis suka mix and match... Kadang-kadang tak match pun! Hoho! So baju raya Kasyif and Lutfi tahun ni ialah oren beli kat Jakel Mall tu. Bagus pegi dengan mak. Mak pandai tawar!

Tahun ni aku beli kain samping ela untuk the boys. Mak aku yang suggest masa cari kain tu. Ada nampak gak yang berkenan dah masuk dengan kelabu. Last-last beli 2.5m: 1.5m untuk Abah, 1m untuk budak lelaki (kain tu kerat 2 melintang)....

So kalau dah beli kain samping ela ni, kenalah jahit sendiri. Mula-mula berangan nak jahit semua. Last-last samping bebudak hantar kat kakak member kat opis. Abah dia takpa la, aku yang jahit. Senang jek kan...jahit straight jek.. Memula terbayang jahit mesin jek tapi mak aku dok suh jahit Tindih Kasih... Hah! Tau tak jahit tindih kasih tu apa? Basically jahit sembat kat kiri dan kanan lipatan kain yang kita nak sambung tu. Biar betul aku nak jahit ni? Ada masa tak ni?

Finally on Nuzul Quran day, 22 June aku start jahit lepas sahur. Aku hampir-hampir tersilap jahit tindih kasih tu kat bahagian luar. Nasib baik baru sembat sikit, takdalah teruk nak bukak balik. Then terpaksalah buat dari mula. Tak sempat habiskan sebab dah kul 10.30am, nak gi Metrojaya Sale kat PICC pulak kul 11.00am.
Ni yang tersilap lipat kat bahagian luar kain


Ni aku dah terbalikkan kain dan start menyembat


Alhamdulillah harini aku dapat menghabiskan dan samping husband dah siap! Puas hati!

Monday, June 20, 2016

Ramadan ke 13

Last week jemput adik-beradik Batu Pahat untuk berbuka. Minggu ni jemput adik-beradik Jelempok pulak. Menunya Nasi Arab.

Hoho! Biar betul! Sebenarnya dah pernah buat sebelum ni tapi guna daging lembu rasanya. Pada aku, kena guna lamb kalau nak sedap...kalau boleh aku nak buat macam nasi arab Saba tu.

Beza Kabsah dengan Mandy
Aku suka sangat nasi Saba tu. Light but flavorful. Kalau kat Saba ada jenis kabsah, mandy and hanith. Aku rasa nasinya sama jek kot (sebenarnya tidak!), yang lain ialah cara masak lamb/ayam dia. Bila google, baru tahu, kalau mandy kena masuk arang dalam nasi.

Nasi
The last time masak, nasi yang aku buat tak sama langsung ngan nasi Saba. Saba nyer warna cerah/kuning sikit-sikit. Yang aku buat dulu warna gelap. Kali ni warna kuning macam nasi beriani lak. Aku ada beli beberapa rempah nasi tapi so far takda yang memenuhi cita rasa. Nanti nak try resipi dari blog ni pulak duniacikguwan.blogspot.my
Resipi asal dari aziejaya.blogspot.my  tak masukkan tomato dalam nasi tapi aku gatal nak masuk. Sebab tu kot warna nasi jadi kuning sket. Pastu aku pakai brasmati Faiza yang biasa je jadi macam senang patah. Nasi aku dah tak panjang bila dah masak.


Ayam/Lamb
Kali ni ayam dibelah empat, marinate ikut resipi dari blog aziejaya tadi. Puas hati dengan hasil baked chicken ni, hampir menyamai original... haha! Masuk bakul angka sendiri. Aku ada beli lamb kat kedai 27 Frozen Food. Lamb shoulder RM24 sekilo. Aku beli sekilo setengah untuk makan sekeluarga. Alhamdulillah cukup. Masuk oven jugak. Guna perencah BBQ beli kat kedai 27 Frozen Food tu tadi.

Sambal dengan sayur mintak tolong bibik buatkan.


Roti John
Kalau Ramadan, memang aku semangat nak buat roti john. Actually aku boleh buat roti john untuk bekal sekolah anak-anak kan... Aku pakai daging cincang yang bukan Ramly sebab yg tu macam banyak lemak jek... alhamdulillah, licin jugak.....

Rasa semangat pulak nak buat nasi Arab. Nak try lagi sampai jadik macam nasi arab Saba!

Taqwa

Last week, belajar maksud perkataan 'taqwa' masa dengar radio IKIM. Sebelum ini rasa dah tahu maksudnya tapi tak ingat. Tak ingat sebab tak amik pusing untuk mencari redha Allah SWT. Sekarang dah ingat, kenalah berusaha supaya menjadi insan yang bertaqwa.

Taqwa in layman's term, takut dan taat. Semuanya kerana Allah SWT. Insan yang bertaqwa sentiasa menjaga dirinya supaya tidak dimurkai Allah SWT. Matanya dipelihara dari melihat benda yang maksiat. Kaki dan tangan dijaga dari melakukan benda yang mungkar, Dan setiap apa yang dilakukan disertai dengan keikhlasan hanya kerana Allah Taala.

Manusia memang tak lekang daripada kesilapan dan berbuat dosa. Tapi kita perlu berazam bersungguh-sungguh untuk menjadi insan yang bertaqwa. Kerana akhirat itu benar dan kita tidak akan tertanggung azab api neraka.

Aku sedar aku punya penyakit hati. Aku mohon kepada Allah SWT supaya memberi petunjuk untuk aku ubati penyakit ini. Aku kena banyak membaca Al-Quran. Aku kena terapkannya dalam kehidupan seharian. Buat masa ini, aku masih gagal untuk istiqamah...