Monday, April 8, 2019

Baju Weight Loss Hisab

Lama dah nak sort baju-baju yang aku ada. Dari akhir tahun lepas, asyik-asyik pakai baju yang sama jek setiap minggu sedangkan baju banyak. Baru arini aku sempat listkan baju-baju yang ada dalam wardrobe. Antara sebab-sebab sentiasa pakai baju yang sama:

  1. Tak muat sebab badan dah naik
  2. Tak sempat nak pikir OOTD
  3. Tak ingat apa yang ada dalam wardrobe

Yang paling kesian ialah sebab No. 1 la! Kuang3x

Office wear
Masa aku kurus 2013, aku suka pakai skirt and pants. Sebab masa tu rajin nak mix n match. Masa tu ada bibik lagi kan, sekarang mandi pun 5 min jek! Some of the cardigans dah tak elok sangat (sebab materials dia). Pants dah tak muat sebab punggung dah makin besar. Sekarang aku dok pakai baju yang besar-besar, post 2013. Tu yang dah rasa boring dengan outfit aku. Aku pun dah kurang bermakeup.

Baju kurung for special occasion
Masa aku kurus 2013, aku banyak buat baju kurung sebab masa tu terjebak beli kain kat Jakel and ada a few family wedding in 2014. Some of it boleh tengok kat posting 2014 sini  dan sini. Pastu baju-baju ni simpan for special occasion sahaja, EXCLUSIVE konon...Haha!
Bila badan dah naik, gatal pulak nak pakai tapi confirm la TAK MUAT! Isskkk....

Lepas aku renung-renungkan, aku tak patut buat camni. Aku sayang baju-baju ni, banyak dah aku spend. Tapi tak fully utilized sebab badan dah naik. Tu yang tekad nak change lifestyle supaya muat balik. Aku tekad tak mau beli baju mahal-mahal tahun ni selagi aku tak boleh pakai yang ni. Dah boleh turun pangkatla jadi baju OFFICE. Selain motivate untuk kurus, dapatlah aku berjimat (pastu spend kat menda lain ekkk...Iskkkk)

Yang Haram Diazab, Yang Halal Dihisab
Selain dari tekad aku tu, aritu ada dengar ceramah Ustazah Norhafizah Musa. Dia kata 'Yang Haram Diazab, Yang Halal Dihisab'...dia cerita suami dia ajar dia camtu bila ustazah nak beli jubah baru sedangkan jubah kat wardrobe banyak lagi. Teringat aku baju-baju kat rumah....Takut aku nanti aku dihisab sebab baju banyak tapi x pakai pun. Kenapa duit lebihan tu tak spend ke jalan Allah SWT? Huish! Takut wei!...

So sebelum aku dihisab, baik aku hisab dulu baju-baju yang aku ada. Derma mana yang boleh, simpan hanya yang nak pakai....So far aku dah list out ada 25 baju tradisional, 26 baju yang pakai kat opis/weekend, mana yang aku ingat....Nanti update lagi...


No comments:

Post a Comment