Thursday, December 24, 2015

F&O retreat 2015: Site survey

Rasa macam buat kerja gila bila volunteer organize retreat untuk division. Mula-mula excited sebab pucuk dicita ulam di approve (ada cerita kat sini). Pastu bila dah masuk hari-hari terakhir ni, tak berenti risau sama ada event akan jalan seperti yang dirancang.

10 hari untuk execute
Daripada tarikh approve sampai event is about 20 hari. Kalau tolak hari cuti (Birthday Sultan Selangor, cuti Selangor menang bola, Maulidur Rasul and Krismas). Tinggal 16 hari. Pastu tolak weekend 6 hari, tinggal 10 hari nak buat semua. Pastu selalunya December tak lah busy sangat, tapi kali ni macam-macam pulak kerja kat opis. Perghhh.... nasibla ada member-member yang sporting dan cooperative bila diberi tugas.

Among the checklist:

  • Create PR
  • Request cash advance
  • Beli hadiah
  • Beli stuff for goodie bags
  • Site survey
  • Announce to staff
  • Snippets and reminder
  • Group formation
  • Coordinate logistics sebab buat kat 2 tempat, District 21 and Marriott Putrajaya


Kalau outsource kan senang tapi aku rasa rugi jek bayar mahal. Benda simple jek, boley organize sendiri tapi memang amik masa kita lah. Kalau orang tu suka organize, dia tak rasalah burden buat menda ni.

Ketaq Lutut
Bukan sebab game kat District 21 tapi nervous whether event akan berjalan lancar. Nak deal dengan pelbagai ragam, komen, kehendak staff. Ada yang dah inform tak dapat datang sebab emergency on the date. At the moment, cakap kat diri sendiri 'kita memang tak boleh penuhi semua kehendak, bersyukurlah diberi peluang untuk merasa District 21 free'

Happy nampak kurus
Sebenarnya post ni sebab nak kata kita happy bila tengok gambar masa site survey aritu, kita nampak kurus. Alhamdulillah! Berat tak turun sangat sebenarnya. Timbang jap tadi kul 5.00 pagi ialah 70.6kg. Rasa macam diberi semangat untuk teruskan apa yang aku buat ie. pergi kelas kat gym. Minggu ni dah pergi Bull Fitness hari Isnin (zumba) and semalam kat Lily Fitness (aerodance).

Masa site visit District 21

Bab jaga makan tu, will try to commit lah. Antara penambahbaikan dalam pemakanan termasuklah dah start makan oat pagi-pagi, beli chia seeds and try to control portion.


Masa site visit Marriott Putrajaya

Stock banyak yang dah abis: Aloe Vera, Teamix Herbalife and jamu. 3 menda yang aku amik waktu pagi sejurus lepas bangun tido.

Nak doa kat Allah SWT supaya diberi kekuatan untuk kurus tanpa berbelanja banyak, hanya dengan eat smart, exercise hard!



Sunday, December 20, 2015

Japan Experience #Cooking

Memang idea asal nak memasak kat Jepun. Nak rasa pergi pasar or supermarket dia, nak rasa camna memasak kat sana, sama ke tidak dengan kat sini.

Alhamdulillah, ada AirBnB. Kami dapat apartment yang sangat selesa kat Tokyo. Macam brand new and the landlord is very nice. So far all Japanese I've met are very nice to people.

1st day jejak kaki kat apartment tu, sukanya tengok dapur dia yang cute tu. Sink besar, fitted cabinet with cute hood and cooker. complete with cooking utensils and new cookery. Fridge and microwave pun ada siap dengan complimentary fresh strawberries.
Complimentary strawberry from the landlord. Arigato! Oishi desu!

Cute and clean

Jokmokk set.
That's the 'living room cum bedroom.



Then we plan to shop for groceries the next day and googled to find a supermarket. We had to take the subway, it's OK. We're here for an adventure, right kids.... Hubby pesan elok-elok, gave all the relevant information to ensure we were going to be alright on our own.

Destination was Ito Yokado in Kiba. Alhamdulillah, bebudak suka. Walaupun mula-mula merungut sebab tak biasa jalan jauh (agaknya ada hikmah Allah pertemukan kami dengan Langkah Ceria tahun lepas) tapi weather masa tu sejuk-sejuk so merungutnya sekejap jek. Kalau anak-anak penat, kami berenti rehat sekejap.

Shopping complex ni lebih kurang macam Jusco Aeon kot (ya lah, Jusco tu Jepun kan). Shopping fresh produce memang best. All were fresh, cantik-cantik, nicely packed. Belilah sayur, telur, udang, salmon and other stuff. Sempat beli buku Lutfi jugak.

Fun trolley if you bring kids

Our groceries

Nasi goreng cina with crabstick
Masuk kandang kambing kenala mengembek kan. Sampah memang kena sort out. Tin, perishable, Pastu kena bawak turun letak kat spot kat tiang lampu seberang jalan tempat dioghang pick up sampah. Sejenis hari Isnin, sejenis lagi hari Khamis. Tak ingat jenis apa.

Jepun pun ada ikan celup tepung cam Terengganu kot!

Harga before and after GST

Salmon masak kari


Asparagus with prawns

Preparing the ingredients

Masak nasi atas dapur. Tera tak? Haha

Expiry date tampal kat SETIAP telur ok.

Nasi goreng ikan bilis (bawak dari Msia)


Suka tengok family dok makan sama-sama...
Seronok rasanya bila mengimbau kembali kenangan Jepun. Kalau ada rezeki, nak pergi lagi....

Dream Picnic 2016

Tadi pergi bersantai kat Wetland Putrajaya. Sambil-sambil tu buat sesi DREAM PICNIC bersama anak-anak and hubby. Dah 3 tahun kami buat camni. 1st time buat kat Wetland gak tapi di other side, bukan yang dekat Taman Penghayatan Alam. Last year buat kat Taman Botani, lepas Langkah Ceria
Sayang takda tulis apa-apa pasal sesi tu. Actually ada la sikit kat sini.
Image result for wetland putrajaya
This time buat kat Wetland yang sebelah Taman Penghayatan Alam. Ada gazebo besar, sangat selesa. menghadap 'cell', sort of kolam tapi dipanggil 'cell' sebab it's actual tempat filter air sungai kat Putrajaya ni. More about it here. Amat tenang kat sini (sebelum depa mesin rumput!)
Konon picnic. Tak masak, beli jek kat Jaya Grocer..

Pie and pastries ni beli kat The Loaf, Bangi Gateway

View from pondok. Dekat ngan 'cell'

Lutfi bergaya dengan cycling helmet abah dia...

Mula-mula takda idea nak tulis apa for 2016.  So we read back what we have written end of last year. What we want to achieve in 2015 and see whether we have achieved them, as well as what we remembered about 2014. Barulah idea datang....

I wrote a lot this time. Not so much what I want to achieve in 2016, more on lesson learnt in 2015 and sweet memories in 2015. Same goes with the kids and hubby. I think this is a good exercise because it will teach my children to have some sort of goals to achieve. At the moment, what they write is more about their wish lists. It's OK, what important is the progress.

Gym at Bangi

Uptown Sports

Dah rajin pergi gym since October. My 1st was Uptown Sports, buat Tabata. Entry fee RM10 saja. Best! Bila kata best tu maksudnya, aku memang berpeluh giler. Sebab 1st time, memang rasa tak larat lepas exercise. Studio kat tingkat atas dalam dewan badminton. Room are covered with full mirrors on all 3 sides. One side lagi cermin, nampak orang main badminton kat bawah. Kalau pergi sini, kita rasa cam kita part of a healthy community.

Nurwin Fitness

Sebab ada buddy, ajak dia pergi try Nurwin Fitness pulak kat Seksyen 7. Walk in fee is RM15. Space wise, yang ni besar sikit. Siap boleh letak 2-3 treadmill kat hujung. Ada pentas untuk instructor and disco light ball just for the fun of it. Fun! 1st time kat sini, buat zumba. Kul 8.30-9.30pm. Balik rumah memang flat. A few times jugak pegi sini. Sesi pagi start 8.30 pagi. OK jugak sebab by 9.30am kita dah accomplish an exercise for the day and get on with the rest of our life routine. Kat sini ada Tabata jugak.

Lily Fitness


Then try Lily Fitness kat Bangi Gateway. Yang ni banyak kali aku pergi sebab dekat dengan rumah. Pastu lepas exercise, boley jamu mata and pegi Jaya Grocer beli barang. Heh... actually by right, by 10.30am (sesi pagi) dah boleh balik rumah tapi terlajak sampai 11.30am. By the time balik, dah tengahari. Sesi pagi dia start 9.30am on Saturday. Dia ada sesi petang 6-7pm selain daripada sesi malam 8.30-9.30pm. Lily Fitness ada bagi free Herbalife shake after workout. Entry fee is RM15.

Jenis exercise yang dah cuba

Concept Tabata aku dah tahu, selalu (masa rajin) buat sendiri kat rumah. I like Tabata and even more when doing it with an instructor to ensure kita memang all out.
Image result for piloxing
Lily Fitness ada Piloxing, something new for me. Exactly what I want. Toning and rough. Rough tu sebab boxing, so macam ganas sket. I enjoy it very much. Kalau buat Piloxing, teringat masa A Level dulu buat Cher nyer video. Camni la rasa 'seksa' dia bila buat for lower body. Kalau buat zumba x rasa sangat. Zumba bagus untuk focus perut. 1st time buat zumba, memang sakit torso ni.
Image result for zumba
Kalau rasa nak light sikit, boleh buat aerodance. Lighter than zumba I mean. It is still challenging if you're not fit.
Image result for aerodance
For complete timetable, better refer website or fb masing-masing. Both Nurwin and Lily are ladies only studio so you can get all sexy. Uptown Sports is unisex but at RM10, why not.

Conclusion
Sumernya best. Crowd lain-lain. Aku ni jenis pemalu, so senyum je la. Depa peramah and seem to enjoy the gathering very much. Instructors memang expert bidang masing-masing. So far aku walk in jek sebab masih kat 'usha' stage. Nak tengok yang mana paling aku boleh commit.

Banyak lagi gym kat Bangi ni. Nampak ada 2-3 baru nak bukak kat Seri Bangi jugak. Orang Bangi dah health conscious agaknya.

This post is also to congratulate myself because I remember saying it was not possible for me to commit to go to the gym. However now, I don't mind spending to try out different places. Congrats!

Saturday, December 19, 2015

Naelofar printed 2 muka

Haha!Ni kes terjebak!

Guilty of a free rider
Tengahari Sabtu, tengah tunggu Irdina turun from Kiddo Science kat Bangi Central. Masa tu pergi dengan husband.  Perasan ada khemah kat parking lot. "Makan free ni" kata dalam hati. Kita pun kuar dari kereta nak usha-usha je. Husband tunggu dalam kereta. Pastu ada adik manis ni tegur.. "Makan kak, makan... Nanti jengukla kedai kami kat tingkat 3"..."Oh! OK, OK...." sambil sengih-sengih. Alamak! dia tahu ke aku ni free rider? Makan nak, beli barang tak nak? sambil menyedut coconut shake yang ada kat situ (sedap gak!)... "Kak, 100 pembeli pertama ada dapat free gift, kak. Nanti naik ek kak.." dia kata.

Aku memang dah beberapa kali pergi mana-mana kedai yang jual tudung Naelofar tapi tak pernah lak membeli. Pikir banyak sangat, sampai tak beli. Aku agak mesti kali ni kes sama jugak. Mesti kuar tangan kosong. Masuk lif, tekan button 3. Naik atas, kedai memang jual tudung Naelofar jek. Tengok dulu, tengok dulu. Sebelum tu aku ada tanya, ada offer ke. Pastu ada budak lelaki yang pandai 'menjual' redirect aku kat tudung printed. "Ni offer kak... sekarang RM58, harga asal RM70 lebih kak".... Aku mengiyakan je la. Tak survey pun harga. So far dah pernah beli 2 kali, yang basic RM50 (IOI City Mall), Glam Women (somebody ada jual kat office) tak ingat harga.

Hajat sampai
Kebetulan memang dah kata kat diri sendiri: stop buying tops and start buying tudung. Memang tengah cari instant, nak kaler ada putih, hitam and bercorak. Ada pulak la kat situ that fit the description. "cuba je la, no harm in trying". Kaler menarik, cuma muka nampak bulat. Ye la, instant takda awning. "Aaah! Jangan banyak pikir, amik jek!" Kena kira dulu duit dlm purse sebab depa takda mesin swipe credit card. Ngam-ngam RM58, cik oii! Memang rezeki kedai ni la kot.
Free gift packaging. Comeii..

Aku terus pakai tak bukak sebab nak get the feel of RM58 instant Naelofar whether it's worth the price. Lepas bayar, dia bagi aku a big envelope. Free gift katanya. Sungguh tak percaya, aku among the first 100. Pelik jugak. Oh! Memang aku perasan, macam lengan sikit Bangi Sentral hari ni. Aku agak ramai yang pergi Mood Republik kat PWTC.
Instant printed Rapunzel yg aku beli

Guess what is inside?

Tadaaa! Apparently this is a  inner 'bandana'?

Pastu dia nak amik gambar. Adoi! Aku lemah kalo orang nak amik gambar tetiba sebab aku ni bukan photogenic sangat. Dengan tudung tak kena ngan baju. Hmmm, aku OK kan jek la.....

Verdict
I might come again if I want specific Naelofar products because it sells just that and senang kalau nak try sebab ada fitting room. Kedai tu namanya... ntah...aku confius. Tak perasan nama apa. Ada insta jek #kaudanaku_boutique or #naelofarhijabkl_bangisentral. Dalam insta ada gambar blouse, tapi kat kedai takda pulak.

Gitulah citernya....

Friday, December 18, 2015

Apa citer?

Ehemmmm.... Lama dah tak update pasal topic ni! Huwaah! Sebab berat badan dah naik over 70kg!
Sedih.... Memang sedih...Asalnya maintain kat 67kg. Lepas raya naik 2 kg. Tak cecah 70kg lagi. Pastu, Raya Haji pulak. Boleh agak lah kan

Then in October, berazam untuk jaga makan and exercise. Until now takleh nak turun bawah 70kg. Hari ini, pagi tadi was 70.9kg for the past 3 months. Naik 5kg dalam masa 3 bulan. Turun takleh pulak!

Bila nak sedapkan hati, anggap ini sebab faktor umur. Metabolism dropped by 2%. Sebenarnya makan tak hengat!

Masa bulan Oktober, konon target 5kg per month. By December dapatlah balik 65kg.. Hampeh.... Sekejap ok, sekejap tak ok.

I have been thinking about it. Reading stuff on weight management. Wondering why I can't maintain my previous weight in 2013. Wondering what if I stay at this weight and it gets worse.... Banyak.....

What I want to say is, I have scrapped the idea of quick fix. You know what, my idol now is Nigella. 'No one deserves to stop what she likes to eat' True! One of the factors that triggered Nigella's weight loss was she didn't get to have seconds because she couldn't walk due to injury. Meaning... I need to control my portion but I can still eat (selective still) what I feel like eating...

I want to lose weight by exercising and taking it easy..... No more slimming centre. No more aiming to lose weight in a short period. I have to strive on watching my intake. I have to curb emotional eating. Itu jek yang buat berat badan aku naik. Do more exercise and focus to build muscle.

My target is to increase my muscle mass. Kalau muscle mass naik, hopefully fat % akan turun.

P/S: malam tadi makan malam 9.30pm.

Lesson Learnt: Craft project

At least I've tried.....

Semangat yang hilang
Sebenarnya lama dah teringin nak buat craft for Lutfi. Aritu macam nak Optimus Prime from boxes. Siap dah kumpul kotak-kotak termasuk kota tisu (untuk jadi kaki) sebab semangat tengok kat Youtube ada mat saleh buat tu jadik.... Tapi hemmmm....last-last bibik buang sebab tengok tak buat apa-apa pun setelah sekian lama (dia tak tahu pun intention aku). Last-last dia buang, buat menyemak jek.

Iron Man
Last Monday kan Selangor dapat cuti mengejut sebab menang Piala Malaysia. Happy tapi teringat banyak menda pending kat office. Tak nak teringat office kan, so I made myself busy with craft! Haha! Apart from Lutfi asking me to buy him more toys and he wanted an Iron Man mask. Masalahnya, dah banyak sangat beli mainan. Aku tak nak belikan lagi buat sementara waktu ni plus sebelum ni rasanya dah beli dah tapi ntah ke mana. So last-last I said 'nanti mama buatkan' and he said 'Yeay!' Alamak! Nampaknya memang kena buatlah.

Materials
So after buat PERKESO health check up at Klinik Syifa, aku pegi Pustaka Rakyat kat Seksyen 7 nak beli something for the silver colour (silver sebab dalam kepala masa ni nak buat perisai Captain America sebab macam straight forward kan, bulat and 3 colour. Kenapa sudah tukar, aku pun tak tahu! Haha)



Cari paint colour, tak da pulak. Pen silver/gold ada tapi terpikir macam susah jek nak kaler pakai pen sebab areanya besar. Carik punya carik, last-last jumpa kertas stiker A4 silver, Hmmm, senang ni...nanti kita tampal jek. Tak payah nak gam bagai. RM1.80 each. Hmmm, murah pun murah.

So last-last beli 2 keping, pastu amik 2 kotak kat luar kedai (depa buang jek).

Balik tu terus buat sebab tak naklah hangat-hangat taik ayam macam aritu. Sebelum tu of course la tengok YouTube (baru nak tengok camna nak buat 'helmet' Iron Man, harap-harap senang jugak)

Owh, only need to cut 5 pieces of shapes. OK, measurent given... Looks simple. Scissors, cutter, ruler, pencil, cardboard, CHECK. OK... Let's try!

Aku pun ikutlah instruction, measurement. Agak-agak nampak macam apa yang aku buat lari sikit, aku improvise. Tak susah sebenarnya tapi kotak yang aku amik quite tebal so susah sikit nak gunting.

Dan inilah hasilnya!



Lesson learnt
I'm actually quite proud because I get to finish it! Haha! and I've done something crafty for my kids. Although the finished product is not as good, Lutfi was like "Whoa! Mama buat topi Iron Man la!" I'm not saying that my craft is a masterpiece. I'm saying that sometimes we put off doing things because we want to do it perfectly. The truth is, sometimes they don't even notice the details, they appreciate something as it is. It is just us adults who wants perfection because we have that ego that we are adults, we do things better.

I'm not a crafty person and I tend to use that as a reason as well not to do things for my kids. Plus the ego that if I do it, I want it to be perfect so my kids will appreciate it. These are the reason why it took me 13 years to do a craft project for my kids. 13 years is my eldest age, meaning I've never done anything crafty for any of my kids. I regret it now.....Lenkali buat jek. Practice makes perfect. Tak pernah try buat pun, camna nak tahu susah ke senang....