Thursday, December 24, 2015

F&O retreat 2015: Site survey

Rasa macam buat kerja gila bila volunteer organize retreat untuk division. Mula-mula excited sebab pucuk dicita ulam di approve (ada cerita kat sini). Pastu bila dah masuk hari-hari terakhir ni, tak berenti risau sama ada event akan jalan seperti yang dirancang.

10 hari untuk execute
Daripada tarikh approve sampai event is about 20 hari. Kalau tolak hari cuti (Birthday Sultan Selangor, cuti Selangor menang bola, Maulidur Rasul and Krismas). Tinggal 16 hari. Pastu tolak weekend 6 hari, tinggal 10 hari nak buat semua. Pastu selalunya December tak lah busy sangat, tapi kali ni macam-macam pulak kerja kat opis. Perghhh.... nasibla ada member-member yang sporting dan cooperative bila diberi tugas.

Among the checklist:

  • Create PR
  • Request cash advance
  • Beli hadiah
  • Beli stuff for goodie bags
  • Site survey
  • Announce to staff
  • Snippets and reminder
  • Group formation
  • Coordinate logistics sebab buat kat 2 tempat, District 21 and Marriott Putrajaya


Kalau outsource kan senang tapi aku rasa rugi jek bayar mahal. Benda simple jek, boley organize sendiri tapi memang amik masa kita lah. Kalau orang tu suka organize, dia tak rasalah burden buat menda ni.

Ketaq Lutut
Bukan sebab game kat District 21 tapi nervous whether event akan berjalan lancar. Nak deal dengan pelbagai ragam, komen, kehendak staff. Ada yang dah inform tak dapat datang sebab emergency on the date. At the moment, cakap kat diri sendiri 'kita memang tak boleh penuhi semua kehendak, bersyukurlah diberi peluang untuk merasa District 21 free'

Happy nampak kurus
Sebenarnya post ni sebab nak kata kita happy bila tengok gambar masa site survey aritu, kita nampak kurus. Alhamdulillah! Berat tak turun sangat sebenarnya. Timbang jap tadi kul 5.00 pagi ialah 70.6kg. Rasa macam diberi semangat untuk teruskan apa yang aku buat ie. pergi kelas kat gym. Minggu ni dah pergi Bull Fitness hari Isnin (zumba) and semalam kat Lily Fitness (aerodance).

Masa site visit District 21

Bab jaga makan tu, will try to commit lah. Antara penambahbaikan dalam pemakanan termasuklah dah start makan oat pagi-pagi, beli chia seeds and try to control portion.


Masa site visit Marriott Putrajaya

Stock banyak yang dah abis: Aloe Vera, Teamix Herbalife and jamu. 3 menda yang aku amik waktu pagi sejurus lepas bangun tido.

Nak doa kat Allah SWT supaya diberi kekuatan untuk kurus tanpa berbelanja banyak, hanya dengan eat smart, exercise hard!



No comments:

Post a Comment