Saturday, December 26, 2015

Jalan-jalan Seri Kembangan

Farm in The City
Berjalan lagi. Kali ni bawak adik ipar and anak buah gi Farm In The City, petting zoo kat Seri Kembangan. Dah pernah pegi dulu, bawak mak mentua dengan anak buah (yang lain) jugak, like 4 years ago. Ni sebab anak buah tu nak pergi zoo. Zoo Negara jauh sangat pulak, malas nak bawak yang jauh-jauh. Dah ler sekarang ni tengah musim hujan. Tu yang bawak ke Seri Kembangan jek.

Harga entrance ticket
Dulu tiket rasa tak yang sampai RM32 rasanya. Harga package (2 adults 2 kids) dengan harga individual beza dalam RM2 je. Tapi package tu dapatlah pony ride free x 2 (RM7 each), souvenirs x 2 (tak tahu harga berapa), vouchers and ice cream. Tang ice cream ni yang macam tak syok sikit sebab dia bagi sekali masa lepas bayar tiket. Ice cream dalam kotak letak tepi cashier, cair lah. Better kalau dia bagi voucher untuk redeem. So bila bebudak dah cranky, barulah kita bagi anak-anak makan ice-cream.

Tempat tu takda berubah sangat, masih sama. Binatang pun macam sama jugak. Orang boleh tahan jugak lah ramai sebab yang kitoghang pergi tu dah dalam pukul 11.30am. The kids enjoyed it although panas bahang masa tu. Lutfi jek macam tak excited, dok jek dalam pushchair.

Cafe Kampung Style
Before keluar FITC, lepak kejap kat cafe dia nama Kampung Style. Ada set harga RM38, dengan voucher dapat RM28. Boleh makan 4 orang so belilah 1 set, share 12 oghang! Haha! Kitoghang adult memang 5 oghang pun, yang lain 6 orang lagi budak-budak yang tak tahu dok diam, takdanya nak makan sangat. Lagipun sat lagi nak pergi picnic kat Putrajaya. Ada karipap sikit, popia sikit, ayam goreng (quarter), nasi goreng kampung, keropok sikit and air sirap dapat 4. Aku rasa berbaloi jugak set makan dia ni. Makan kat area yang ada aircond. Kurang sikit bau-bau zoo kat luar tuh. Heh. Time aku lepak tu, bersih jugakla tempatnya.

Lukisan 3D The Atmosphere
Bila dah recharge, ajak depa pi bergambar kat lukisan 3D across FITC, kat The Atmosphere. Ni sementara nak tunggu hubby datang amik kami lepas dia pi sembahyang Jumaat. The Atmosphere is a complex, tapi lengang sebab belum ada banyak kedai yang bukak. Tak perasan sama ada dah ada kedai tapi tak bukak (sebab cuti Krismas) atau memang belum ada kedai sebab yang perasan iklan "To Rent/ Sewa" jek depan lot-lot kedai.

Main tuju jek sebab lukisan2 tu tak nampak pun dari FITC, pastu tanya pekerja kat restoran mamak. Dia suh naik tingkat 2. Lif kat sebelah restoran dia. Bila naik, budak-budak berlari-lari, pantang nampak kawasan lapang depa ni. Pun tak obvious lagi sebab kitoghang lalu ikut belakang complex kot. Kalau ikut depan, boleh jumpa terus lukisan-lukisan 3D tu. So aktiviti bergambar pun bermula dalam 1/2 jam, pastu lepak je la kat The Atmoshpere tu sebab takda orang. Bebudak berlari sana-sini. Ikut suka hang la, asalkan hang happy!

Piknik di Wetland Putrajaya
Lepas Seri Kembangan, kami tuju Wetland Putrajaya nak piknik dengan harapan spot yang kami pergi buat Resolution session tu available la. Ada orang daaaa. Pusing-pusing Wetland, last-last amik spot yang kat padang kat nun sana. OK jugak. ada 4 gazebo. Pilih yang dekat ngan some sort like 'stand'. Piknik la kami kat situ. Lauk nasi putih, ayam kurma, ikan goreng, kari ikan, sambal belacan, sayur campur. Sedap aja bila makan kat open air ramai-ramai. Laju jek aku makan.

Yummie!

Budak-budak tak kisah nak makan pun.

Lepas makan gi solat Asar kat Masjid Besi. Aku yang suggest sebab nak pegi Pasar Tani sebelah tu. Haha!

Gitu lah 'celebration' Krismas kami Jumaat aritu. Bawa keluarga hubby berjalan-jalan kat area sini. Kos cuma tiket masuk FITC dengan beli bahan mentah untuk piknik. Simple and I enjoyed it!

No comments:

Post a Comment