Thursday, December 24, 2015

Tadom Hill Resort

Giler ad hoc!

My auntie tanya semalam nak join dia pegi Tadom Hill tak. Masa tu tengah dalam meeting kul 3.30pm. Memula macam malas nak pegi so bila dia tanya lagi sekali kul 10.30 malam, aku tak jawab sampai keesokan paginya. Assume maybe hubby malas nak pegi sebab parents dia nak datang malam ni tapi dalam kul 11.45pm gitu (naik ETS kul 6 lebih).

Hari ni dalam kul 7 pagi, golek-golek atas katil sambil tanya hubby. "Nak ikut Anjang pegi Tadom Hill?" Tak sangka pulak dia nak pegi. Dia OK sebab dekat area-area sini je kot. Teruslah aku jawab pada mak Anjang aku, "OK! Kitoghang nak ikut!"

Masa tu dah kul 7.45am. Memang tak sempat le nak masak. Sib baik ada lebih laksa Johor semalam. memang masak lebih untuk jamuan kat opis. Memang rezeki makcik-makcik aku ni. Cepat-cepat suh anak mandi, kemas beg then off we go!

Masa google-google Tadom Hill ni, memang rasa Tadom Hill ni macam lain sikit dari resort biasa. Apsal dalam fb banyak gambo Mat Saleh je ni? Nampak gambo tent, macam budget resort. Pastu boleh sewa hammock, selalu resort biasa takda menda sewa-sewa hammock ni. Ada entry fee which covers life jacket (?), platform (?). Buat tanda soal tu sebab wonder guane ghupe tempat ni gamaknya.

1st Impression
Family aku yang mula-mula sampai dalam kul 10 pagi. Biar betul! Kenapa tak macam dalam gambar internet ngan fb? Itulah 1st expression aku dan aku rasa expression yang sama dialami oleh hubby dan anak-anak (sayang tak amik gambar). Rasa macam nak balik, rasa macam buang masa jek. Tapi sabarkan hati. Terpikir jugak, takkan takda apa sedangkan tempat ni dah jadi viral kat fb? So takpa, kita redah jek la jugak, ini namanya 'experience'.

Ko imaginelah kawasan tu agaknya bekas lombong. Ke memang tasik buatan ke aku pun tak tahu. Aku kat parking luar, memang nampak kat nun sana ada  jacket oren terapung: dah ada orang terjun masuk air. Orang tak ramai, pelik jugak sebab makcik aku suh datang awal-awal sebab katanya nanti orang ramai. Ghupanya aku salah tempat daa. Yang kat luar ni is Tadom Base, area aktiviti lasak. Tadom Hill Resort kena drive terus lagi, ada another parking space. Mak aii! Orang beratur panjang tu nak masuk!

Nasib baik hubby sempat grab the last borang. Kalau tak memang putih mata la nak masuk. Dia memang control bilangan yang masuk resort sebab tempat dia takda la besar sangat. Kitoghang bayar RM15 per pax sebab group discount and hari tu access sampai kul 2 pm je. Malam tu depa nak prepare for Christmas Eve party. Selalu day pass RM20, tapi hari tu RM17 (group diskaun kurang RM2). Normally dia buka from 10.00am to 6.30pm.
Yang kat khemah biru tu beratur nak masuk.

Mat Saleh yang jaga pintu masuk

Nak masuk ni lebih kurang suasana kat Sunway Lagoon tapi takdala turnstile bagai and takda la oghang check bawak outside food ke tidak. Line panjang pagi tu. Bila dah bayar and dapat wrist tag (tu aku kata macam Sunway Lagoon), kitoghang cari la spot nak bentang tikar and nak kuarkan food yang kitoghang bawak. Kalau nak booking accomodation ke atau tempat berteduh, kena through online booking. Dah nama ad hoc plan kan, dapatlah tempat berbumbungkan langit, berlantaikan pasir. Seronok apa! Kata picnic!

Disebabkan 1st impression tadi tak berapa best, aku hilang mood nak terjun masuk air. Sekali tu hujan daaa. Berlari kitoghang tumpang kat gazebo orang lain nak elak basah. Tapi mereka-mereka yang memang dah basah masuk air apa peduli dengan hujan kan, sememangnya depa dah basah. OK jugak kan. Aku pun terus tukaq baju. Nak mandi tak leh sebab depa tutup kolam kalau ada petir (x de petir takpa). Tapi hujan tu pun tak lebat and tak lama. Dalam 20 min nak tunggu hujan berenti, hujan renyai-renyai pun depa dah bagi mandi . Yahoo!

Kolam nyer dalam, tu yang siap bagi life jacket. Swimming pakai life jacket, of course la macam expert. Timbul je sentiasa...Haha! OK jugak. Mana yang adventurous, tarzan swing dengan diving platform tu dah semestinya. Aku kan dah tua, float kat tepi kolam je la layan anak-anak. Hubby aku gi try, terus rasa laki aku macho. Haha!

Verdict
Camni la. Cerita di atas berdasarkan personal experience. Aku rasa kalau aku muda, single and available, tempat ni memang best giler! Mesti rasa nak datang lagi. Untuk family OK jugak tapi agaknya expection tu lain. Kita ingat tempatnya besar, taklah besar sangat. Kita imagine banyak chalet boleh sewa macam kat Janda Baik.

TAPI Tadom Hill memang bersih. Everything made from bamboo so nampak organik. Accomodation nampak bersih, agaknya sebab memang depa baru buat pun. Sepupu aku gi sebelum ni dalam bulan Sept, cuma ada tent jek. Yang lain-lain belum ada lagi. Toilet pun bersih, area bersih. Bersih lah!.... Sangat-sangat plus point.

Kolam pun best gak. 1st time mandi lombong...haha! (kalau bukan natural tasik la). Airnya memang nampak jernih tapi ada bau sikit. Bukan bau klorin atau air garam atau air sejuk fresh ya. Sikit je, tu yang depa tak kisah sangat, yang penting kita enjoy!

Bila tengok gambar yang makcik aku amik and post dalam wasssap, gambarnya nampak lawa ko! Macam gambar dalam website Tadom Hill. Aku macam tak percaya sebab aku kan dah chop tempat ni bekas lombong. So aku rasa better datang and experience sendiri.
Amboi! Enjoy sakan

Gambar yang makcik aku amik

Christmas tree from bamboo. Creative!

The Hammock Sphere. Ala-ala Maldives

Cam cantik jer!

Will I come again? Maybe, sebab dekat dalam sejam dari Bangi. Bawak extended family aku. Mesti kecoh Tadom Hill tu!

Muka happy!


1 comment: