Monday, April 22, 2019

KETO: start of Week 11

 Semalam cakap try x makan karbo kan sebab nak maintain kg 70++ish harini. Timbang kat rumah pagi tadi...71.3kg daaa! Sebab dinner semalam makan Maggi Goreng kat Barra! hoho....
Tapi tadi kat opis kul 8.35am, timbang lagi sekali dapat 70.5kg. Fat % pun turun jadi 38.5%...Happy!

Sunday, April 21, 2019

KETO: What I do on a Sunday

Pergi exercise kat Fitness Centre
Since I am determined to change my lifestyle so it would have a permanent impact on my weight management, I want to make it a habit to go and do an exercise on weekend. Sebelum ni rajin pegi kelas kat fitness centre. Classes usually start at 8.30am. Pernah pegi Bolly Dancing kat Nurwin Fitness, Piloxing kat Lily Fitness. I like both classes, memang sweat abis! Piloxing very challenging tapi puas ati la! Bolly Dancing is fun, seronok gelek-gelek sambil imagine menari untuk hubby....kiki! Budget belly dancer konon!

Routine dah berubah
That arrangement worked masa ada bibik dulu. Sekarang cam tak boleh masuk pulak maybe routine yang lain pun dah berubah. The boys dah besar and abah dia enrol dalam koko classes. Kakak dah masuk asrama so alternate weekends pegi visit dia. Aku pulak kena plan meals and shop groceries, kemas rumah, gosok baju.

Masa itu Emas
Yang aku rasa paling sesuai sekarang ialah bila aku rasa nak exercise, buat jek. Tak payah tunggu fitness classes sebab belum tentu boleh fix pergi. Aku pun dah tak boleh buat excuse takda masa, masa tak cukup. Kalau exercise is a priority, sure we'll make time for it. So with that notion, aku rasa buat Tabata kat EVO for 20 min pun dah cukup baik. Yang penting istiqamah.

Tabata @ EVO gym
Yang aku suka:

  • aku boleh terus pegi EVO lepas solat Subuh and buat 20 min. Lagi awal la aku abis daripada dulu yang kena tunggu kelas 8.30 pagi. Aku pergi exercise either pagi Sabtu atau Ahad tengok kesesuaian. 
  • Kalo pergi hari Sabtu, hari Ahad aku boleh gosok baju. Kalau pegi hari Ahad, aku boleh terus beli sarapan and groceries kat Pasar Tani. So by 11.00 am aku dah boleh settle.
  • banyak menda yang aku boleh settle bila buat routine camni. Alhamdulillah, idea ni semua daripada Allah SWT!
Semalam aku kata nak start Monday esok dengan weight around 70kg kan...supaya the whole week boleh turun ke 68-69kg through following KETO. So semalam breakfast makan  popiah basah x 4, lunch makan kenduri (aku amik nasi sikit saja) and dinner makan drummet saja @ Rumah Makan Terlajak Laris. Alhamdulillah pagi tadi berat 70.3kg....Harap-harap boleh maintain tak amik karbo hari ni. Pagi tadi dah makan LIndt 78% chocolate x 1 square, sengkuang dengan guacamole. Lunch rasanya nak makan Subway saja....fingers crossed!

Saturday, April 20, 2019

Ada orang nak sewa!

Aku target tahun ni aku start rent out my EVO unit. Sampai sekarang tak buat-buat lagi. Tinggal 1 je kena buat, pasang combination lock kat PO box so nak customer pick up kunci kat situ je. Tak payah pegi jumpa serah kunci. Dah beli bulan 2, baru nak try install 2 minggu lepas tapi gagal sebab tak tahu default combination apa. Beli kat Shoppee, murah je tapi takda instruction la...kuang 3x. Sib baik ramai yang jual and inform siap-siap default combination. Baru semalam hubby dah dicipher camna nak set no. baru, in sha Allah arini nak pasang.

Dannnnn.... ada my colleague tanya unit aku available tak sebab cousin dia nak sewa sebulan! Mula-mula aku cakap sewa sebulan RM1,200. Pastu aku pikir-pkir unit aku tu takda grill and washing machine. TV pun harapkan aerial EVO...kesian pulak. So bila dia nego mintak RM1,000, aku pulak offer turun RM900! Baik tak aku! Memang takleh buat business, asyik-asyik kesiannnnnn! Haha!

Bukannnn....aku pikir sebab dia 1st customer yang menyewa dan ngam-ngam time aku nak start rent out, so aku start murah lah sikit. Aku berharap kepada Allah SWT supaya akan dipermudahkan urusan EVO ni dan aku dapat consistent customers. Aminnnn....

Tappiiiiiii... aku dah start kena pikir, cleaning maintenance, bil letrik/air. Roughly maybe dalam RM300?

Ya Allah! Kau permudahkanlah urusanku, berikan ku jalan untuk mula business homestay ni Ya Allah!....

KETO: After 10 weeks

Aku dah tak berapa follow sangat KETO after Week 3. Tapi portion and carbo memang aku kurangkan. Tergelincir tu biasala tapi kali ni kalo rasa nak makan, aku akan makan (karbo) cuma set dalam kepala "nak rasa je"...bukan full blown makan like a meal.

Alhamdulillah ada penurunan juga walaupun tak follow sangat cuma slow la. Last masa Week 3, kg 71.1kg while body fat 39.6%. Sekarang Week 10, kg dalam 70kg (pagi tadi 69.9kg, senyum sampai ke telinga) and body fat turun 1% (38.6%). Between Week 3 - Week 10 tu ada cuti sekolah, kenduri, busy and tak sempat plan meals etc. Tu yang tak berapa jaga tu. Sekarang nak start balik.

Target nak maintain 70kg pagi Isnin 22hb so hopefully by Friday, weight dalam 69kg++. Next week is my last yoga class with this instructor yang nanti nak balik dok KL sebab dah nak graduate (dia study kat Heriott Watt Uni kat Putrajaya, temporary dok Cyberjaya). Kena arrange ngan instructor lain nampaknya, hopefully ada.

Ada 2 minggu lagi sebelum puasa. Let's have some targets before puasa. Harap-harap bulan posa aku tak makan karbo. So apa plan bulan posa?

Saturday, April 13, 2019

KOREA: are we going?

My siblings plan nak berjalan ke Korea tahun ni. Nak ikut!

Lama dah tak berjalan pegi oversea since Japan in 2015. Patut pegi tahu depan ek, cukup 5 tahun. Tapi kot-kot dapat pergi haji tahun depan! Aminnnn! Kebetulan tahun ni my daugthers sit for their big exams. Irdina with SPM and Jasmin with PT3...So the Korea trip could be a gift for them for staying the course.

The best part is kalo jadi, ni 1st trip keluarga pergi oversea! Sebab apa 'kalo jadi'? Sebab aku tak dapat beli tiket lagi sedangkan adik-adik aku selamat dah (Ila & Imi) ! Of course kita nak tiket paling murah kan. So aritu masa AirAsia buat Zero Fare sale, kitoghang sume masuk la....aku asalnya macam dah dapat tapi sebab hati masa tu berbelah bagi sebab belum ada full plan, budget. Ya ke tak ya ni? Cost belum kira, ada tak duit? Bila betul-betul nak beli, aku dah lupa camna nak grab tiket murah...aku siap pilih dulu makanan lah, seat la. Patut terus bayar sebelum website tu hang, sebelum orang dah ramai masuk. Originally aku dah boleh sampai 'proceed payment', tinggal masuk credit card number jek. Tapi sebab tak sure bagai, biar je dulu.... then bila nak betul-betul beli, dah takleh masuk sebab orang dah ramai masuk!

Ila and Imi lepas. Dioghang pilih tarikh 29hb Nov. Tiket balik belum beli sebab tgk harga tak murah. Ila target RM700 return sbb compare ngan kawan dia. So dioghang nak tunggu sale dalam bulan May.

Mula-mula aku rasa reluctant sebab pikirkan cost. Masa Air Asia sale tu, takda background research langsung, tak discuss adik-beradik. Tetiba nak beli tiket....memang agak 'terburu-buru' la...Sekarang aku pun dah baca-baca pasal KOREA so boleh imagine dah....baru rasa nak pegi. Tambah lagi bila imagine pergi ngan family, rasa cam seronok especially budak-budak ni main dengan cousins dioghang.

So doakan aku dimurahkan rezeki supaya dapat beli tiket murah demi nak bawak mak aku jalan-jalan! Aminnnn!

Wish list renewed


I haven't updated my wishlists for 8 years!



Alhamdulillah, most of the wishes came through except my desire for Home Stuff... yea, we still sleep bedless just because I can't decide which type of bed frame that I want. Maybe I could ask for help from a designer.

I'm updating the wish lists now!

Monday, April 8, 2019

Baju Weight Loss Hisab

Lama dah nak sort baju-baju yang aku ada. Dari akhir tahun lepas, asyik-asyik pakai baju yang sama jek setiap minggu sedangkan baju banyak. Baru arini aku sempat listkan baju-baju yang ada dalam wardrobe. Antara sebab-sebab sentiasa pakai baju yang sama:

  1. Tak muat sebab badan dah naik
  2. Tak sempat nak pikir OOTD
  3. Tak ingat apa yang ada dalam wardrobe

Yang paling kesian ialah sebab No. 1 la! Kuang3x

Office wear
Masa aku kurus 2013, aku suka pakai skirt and pants. Sebab masa tu rajin nak mix n match. Masa tu ada bibik lagi kan, sekarang mandi pun 5 min jek! Some of the cardigans dah tak elok sangat (sebab materials dia). Pants dah tak muat sebab punggung dah makin besar. Sekarang aku dok pakai baju yang besar-besar, post 2013. Tu yang dah rasa boring dengan outfit aku. Aku pun dah kurang bermakeup.

Baju kurung for special occasion
Masa aku kurus 2013, aku banyak buat baju kurung sebab masa tu terjebak beli kain kat Jakel and ada a few family wedding in 2014. Some of it boleh tengok kat posting 2014 sini  dan sini. Pastu baju-baju ni simpan for special occasion sahaja, EXCLUSIVE konon...Haha!
Bila badan dah naik, gatal pulak nak pakai tapi confirm la TAK MUAT! Isskkk....

Lepas aku renung-renungkan, aku tak patut buat camni. Aku sayang baju-baju ni, banyak dah aku spend. Tapi tak fully utilized sebab badan dah naik. Tu yang tekad nak change lifestyle supaya muat balik. Aku tekad tak mau beli baju mahal-mahal tahun ni selagi aku tak boleh pakai yang ni. Dah boleh turun pangkatla jadi baju OFFICE. Selain motivate untuk kurus, dapatlah aku berjimat (pastu spend kat menda lain ekkk...Iskkkk)

Yang Haram Diazab, Yang Halal Dihisab
Selain dari tekad aku tu, aritu ada dengar ceramah Ustazah Norhafizah Musa. Dia kata 'Yang Haram Diazab, Yang Halal Dihisab'...dia cerita suami dia ajar dia camtu bila ustazah nak beli jubah baru sedangkan jubah kat wardrobe banyak lagi. Teringat aku baju-baju kat rumah....Takut aku nanti aku dihisab sebab baju banyak tapi x pakai pun. Kenapa duit lebihan tu tak spend ke jalan Allah SWT? Huish! Takut wei!...

So sebelum aku dihisab, baik aku hisab dulu baju-baju yang aku ada. Derma mana yang boleh, simpan hanya yang nak pakai....So far aku dah list out ada 25 baju tradisional, 26 baju yang pakai kat opis/weekend, mana yang aku ingat....Nanti update lagi...