Tuesday, January 25, 2022

Salur air tersumbat

 Aku berjaya menyelesaikan masalah salur air tersumbat di rumah aku! Yeay!

Salur yang aku maksudkan ni berada kat dapur aku. Actually tu salur untuk washing machine and contractor sambungkan sinki dapur sekali. Salur water filter pun keluar ikut situ tapi aku rasa water filter takda affect apa-apa sangat.

Masalah berlaku dah lama tapi selalu mintak tolong suami settlekan...dia akan godak kot salur air tu pastu macam dah ok. Then tak lama dalam 6 bulan kot, jadi balik...air akan melimpah so kawasan washing machine tu akan banjir. Sib baik dekat dengan pintu belakang. So aku scrape air banjir tu guna scraper cermin keluar ikut pintu belakang tu.

Mula-mula berlaku tu dia jarang-jarang la...pastu tahun ni la yang kerap.

Beberapa solution

Aku pernah tanya mak aku pastu dia suggest guna serbuk untuk sinki yang jual kat Cosway sebab dia pernah guna and effective. Mak aku kata nanti keluar ketulan dari salur....agaknya ketulan lemak atau minyak.

Sebelum ni aku ada beli cam liquid kat Mr DIY or kedai hardware and tuang kat salur tu. Masa tu berkesan la pastu jadi balik. Tapi aku ada terbaca jangan selalu guna liquid tu sebab dia some sort like acid. Nanti akan affect material salur tu. So aku pun takut jugak nak guna banyak-banyak.

Husband aku pun pernah guna soda bicarbonat and air panas. Sama jugak, masa tu berkesan lah tapi tak lama.

Aku ada beli kat Cosway 6 botol serbuk tu. Masa mula-mula, memang sekali guna aku abiskan 1 botol. Mak aku kata kena buat selalu so masa yang rajin tu aku memang buat at least 2-3 seminggu (tapi sikit-sikit, bukan tuang 1 botol sekali gus). Masa tu effective la...aku pun happy. Ni citer bulan Disember aritu

Macam nak give up

Tapi pagi tadi air melimpah lagi! Memang dah give up dah sebab tak tau dah nak buat apa...nak mintak husband aku panggil plumber je. Pastu aritu husband aku kata ke nak tebuk lubang kat dinding, bagi air tu keluar terus ikut dinding ke belakang. 

Pagi tadi, mula-mula tu memang menyirap darah. Aku nak biarkan je air tu, malas nak scrape...tapi aku buat juga. Aku alihkan ke depan recycle bin and trolley yang aku letak celah tu ke depan. Dalam hati, sabar je la...buat je la apa yang patut. Kalo banjir, scrape. Pasrah dah...

Ketulan lemak

Tapi memang pagi tadi, bunyi salur tu dah kronik cam kuat sikit dari biasa. Aku test bukak air from sinki dapur nak tengok air kat salur tu naik sampai mana and banjir tak. Sekali tu, air dia nampak kuning-kuning kotor gitu, sikit lagi nak melimpah ke lantai. Eh! Nape air dia kuning ek? Sebelum ni airnya taklah kotor sebab air bilas baju. Aku ada nampak jugak benda kuning terapung-apung (mcm najis terapung kat toilet pulak!) Yucks!

Masa tu washing machine tengah mode 'rinse' dan kejap lagi akan keluarkan air bilasan yang terakhir. Kalo aku tak korek salur tu, memang air kuning tu akan melimpah ke lantai! Adoii! Lagi payah nanti! So aku cepat-cepat cari kayu kat luar. Alhamdulillah ada and aku cepat-cepat godak salur tu, nak cari menda yang terapung tadi. Sebab aku baru teringat, mak aku pernah kata nanti keluar ketulan lemak, aku agak menda kuning tu la ketulan lemak and dah keluar dari salur sinki dapur tu. 

Aku takda geli dah sebab tahu ketulan tu datang dari bahan yang aku masak juga. Aku godak, cari and angkat ketulan daripada salur tu dengan tangan. Tak sempat nak cari sarung tangan sebab jap lagi air daripada washing machine akan keluar....

Bila aku dah keluarkan benda kuning tu, barulah paras air dah tak naik dah ke aras lantai. Laju je air daripada washing machine tu turun. Ya Allah! Lega rasa tak terhingga! Aku berjaya!



Maintenance

Lepas ni kena rajin letak serbuk pipe Cosway tu supaya ketulan tu tak besar sangat and menyumbatkan salur air tu. Aku plan nak letak seminggu sekali

Pengajaran

Ya Allah! Apakah pengajaran yang Kau cuba nak tunjukkan Ya Allah? Adakah kesabaran dalam kesusahan? Jangan berhenti berharap kepadaMu? Lakukan apa yang aku mampu dah tawakal kepadaMu? Jangan mengeluh?

Aku amat bersyukur Ya Allah! Sesungguhnya urusan dunia adalah milikMu dan aku tak mampu menanganinya tanpa pertolongan daripadaMu...


Sunday, January 23, 2022

Risau dan tawakkal

Risau

 I was analyzing myself. Why I would get worried and keep thinking about things whereas there's nothing to worry about? The problem is it would affect my day, let's say I get an email from my boss saying something is not done right in the morning, I would immediately worry whereas there's nothing to worry about. Just get done with it and things should be fine but noooo, i would dwell on something that has not happened yet. It is actually a waste of my emotional energy and worse the day would be a drag....I want to overcome that response because like I said, it is such a waste of energy. 

Yes, I've tried being optimistic but sometimes you just can't. So during times that I am being pessimistic, what should I say to myself?

Tawakal

Then I came accross this post in fb and it really has answered my question. There's nothing to worry about...Leave it to Allah SWT. Things happen for a reason and only Allah knows. This could be actually a test of my faith in Allah SWT




Allah knows best

Allah knows best and He knows what's best for you. Like I said, things happen for a reason but I must be able to learn from whatever has happened. It should be whatever that you're doing, it gets you closer to Allah SWT. Not that you don't have to do anything and leave things be. Note that Dunia is the place for you to accumulate as much as possible good deeds that will bring you closer to Allah, gain His redha which Allah guarantees He'll save you at Akhirat.

So when I worry, I'm not trusting Allah SWT. It's human nature to worry because humans are weak, do keep that in mind. As humans are weak, I have to remember Allah SWT. I should say my worry to Allah and pray to Allah to help me to get through it.

Alhamdulillah, thank you Allah for your guidance. I hope I'll remember this to get through life in Dunia...

Thursday, January 20, 2022

Close contact COVID 19 and other mambles

Last week pegi jogging (lebih kepada jalan) dengan makcik-makcik aku kat Denai Sg Langat hari Sabtu pagi. Semangat kau masuk tahun baru ni...standard la tu kan, sume nak jaga kesihatan. Sekali tu salah seorang daripada makcik aku +ve Covid 19. Dia buat test waktu petang Sabtu tu...Ah Sudah! Aku pun cepat-cepat beli self test kit untuk aku dan Lutfi (sebab dia pegi jogging sekali)...Alhamdulillah, test tu -ve. Pastu baru aku teringat, aku dah kena masuk office hari Isnin. Kalo dah gini, aku kena kuarantin duduk rumah tak leh gi opis...blessing in disguise. Tak payah masuk office lagi...haha!

Dah nak masuk Januari Minggu ke 3. Alhamdulillah dapat exercise sepanjang 3 minggu ni. Masak pun dah test masak. Last week dah pegi pasar beli groceries. For breakfast, aku figure buat toast buh cheese pun OK je. Pastu boleh juga buat hotteok instead of pancake Satun. 

Pastu jumpa juga resepi baru untuk instant noodles: Garlic/bawang, chili oil, kicap sikit, veggies, kalo ada protein leh tambah (aritu guna fishball saja)

Keep your promise

Adalah jugak tgk2 youtube pasal weight management. Macam mana orang lain buat untuk maintain healthy. Some key points:

  1. Must know your physiology physical response
  2. Must be concious of your decision
  3. Establish integrity (I will do what I want to do for me)
  4. Break it down into chunks so you can keep your promise
What is my promise? 
To exercise at least 40 mins a day. Maybe 3 to 4 times a week

Thursday, January 13, 2022

Weight loss: Break it down

 Sebelum ni kononnya aku tak nak stress tracking my weight management progress. Masalah aku, bila rilek sangat nanti in the end ke laut jugak. So aku memang kena track or else tak ke mana.

If aku target to lose to 60kg, I need to lose 15kg. Since I'm giving myself a year thus that's roughly about 1.25kg kg per month. Seems doable right...

Join family Challenge

Aku pun semangat nak join Challenge yg family aku ada buat. Target dia until Apr sbb May tu dah raya. Aku target dulu 2.5kg per month untuk 4 bulan sebab kita tak tahu apa akan jadi bulan Raya dan seterusnya...haha!

What's the difference this time

1. Makan

Aku memang dah buat macam-macam for my weight management. Diet pun dah try Herbalife, high protein, Atkins, Keto and intermittent fasting. In the end tak berjaya stick to it. Kita jenis suka makan semua menda, payah la sikit. One good thing, aku suka makan sayur. Cuma portion carbo selalu lebih dari sayur kuang3x. So target aku cuba fokus kat portion...makan, boleh makan tapi jaga portion

Just for the record, I was around 68kg in 2019-2020. Aku tak makan dinner dan kurangkan nasi. That's why boleh maintain. Bila aku start seronok makan nasi and dinner, pastu sedap makan ayam goreng singgit....mana la tak naik. Masa tu aku target fat loss, bukan weight loss.

Now aku target  fat loss reduction with calorie deficit.

2. Aktiviti dan steps

Aku kena start belajar about training zones, max heart rate to maximize fat burning.

Need to record my physical activities since I want it to be a habit/routine macam aku record buat yoga dulu. It's about moving your body instead of duduk saja. Buat house chores pun boleh kira...banyak steps jugak kalo aku bersihkan rumah.

My target is 150 min body moving per week which is roughly 4 x 40 min session per week. Aku plan 2 hari WFH tu exercise 40 min each day. Sabtu/Ahad buat yoga and jalan kat denai. Boleh cover mana-mana hari asalkan cukup 150 min per week. 

Target steps 10k per day agak tinggi sebenarnya dengan lifestyle aku ni yang asyik duduk je. From the 40 min exercise aku boleh dapat dalam 2,500-3,500 saja. Kalo pegi opis aku tengok dalam 1,000 lebih saja.

Aku dah kira kalo aku jalan dalam 1 jam dapat dalam 8,000 steps. Aritu aku dah kira bila jalan kat denai Sg Langat yg panjangnya dalam 2km dan aku amik masa dalam 1/2 jam dapat 4,000 steps. Pergi balik dapat 8,000.

So maybe aku target 4,000-5,000 steps sehari dulu. Sebab kat opis tak banyak jalan, kalo aku exercise pun dapat dalam 3-4k....

3. Tracking

So this is my way of recording, my strategy for a year. Hope I'll establish a routine and able to stick it. Or able to adjust when changes come but maintain the overall goal and target (healthy living by moving more and conscious eating without the need for restriction).

Need to track every day to ensure commitment

Sayangi tubuh anda dengan menjaganya dengan baik. Syukuri nikmat yg Allah berikan ini..Jaga means jaga makan dan kesihatan.


Managing time and productivity

Minggu depan aku dah start masuk office untuk 3 hari, yang 2 hari lagi boleh kerja dari mana-mana. Anak-anak dah start belajar minggu ni, dah kena pegi sekolah tapi bergilir. Kalau aku tak buat planning, memang kelam kabut, memang tak dapat nak masak untuk anak-anak, tak dapat exercise for weight management, tak dapat mengaji, tak dapat belajar pasal saham/trading. Bayangkan anak-anak akan ada di rumah untuk seminggu bila dioghang PdPR so selain breakfast, kena masak untuk tengahari juga. Tak macam sebelum ni, tak perlu masak sbb Kasyif and Lutfi tak balik rumah untuk tengahari, so memang tengahari takda orang kat rumah.

Planning aku macam ni:

Untuk hari yang aku pegi office (Isnin/Selasa/Rabu)

4.00 - 4.30: Tahajjud dan mengaji 5 mukasurat

4.30 - 6.00: Cook breakfast and lunch (1 1/2 hours)

6.00 - 7.00: Solat Subuh, mandi, pegi kerja

7.00 - 8.00: Travel to office

Time spent at home in the morning = 3 hrs

Office hours = Masuk pukul 8.00. 9 hrs including lunch. Balik pukul 5.00

Travelling time = 2 hrs pergi balik

3 hari ni aku tak sempat nak exercise, mengaji pun target 5 mukasurat. Lagi 5 mukasurat, target baca kat office. In terms of exercise, I take this as rest days, exercise bila aku WFH

Untuk hari yang aku WFH (Khamis/Jumaat)

4.00 - 5.00: Tahajjud dan mengaji 10 mukasurat

5.00 - 5.40: Exercise

5.45 - 8.30: Solat Subuh, cook breakfast and lunch (2 3/4 hours!)

8.30 - 9.00: Mandi, prep masuk kerja

Time spent at home in the morning = 4.30 hrs

Office hours = Masuk pukul 9.00. 9 hrs including lunch. Habis kerja pukul 6.00

Travelling time = none

Kalo WFH takla pack sangat, jimat masa kat travelling. Tu yang boleh masak sampai kul 8.30 am

Macam mana pun, kena masak lunch sebab Kasyif memang ada kat rumah sebab dia sekolah menengah petang. Tengok la camna, harap menjadi...

Tuesday, January 11, 2022

Adakah beli emas itu satu investment?

 Ya, kalo ko start awal dan beli waktu murah. Kumpul banyak and jual bila harga cantik....

Aku sedang berkira-kira nak beli barang kemas i.e emas. Kononnya untuk long term investment. Aku berangan setiap 1 barang kemas yang aku beli, aku simpan untuk tujuan tertentu e.g untuk belanja kenduri anak nak kahwin (tak tahu la berapa tinggi harga belanja nanti). Kumpul-kumpul emas tu nanti, boleh pajak and dapat cash.

Aku pun survey sejarah harga emas. Harini harga dalam RM145 per gram. Harga emas pernah naik sampai RM273 in Aug 2020. Aku tak perasan pun...Hari ni jangkaan harga emas boleh naik sampai RM300 per gram in 2022. Ntah ya ntah tidak sebab aku tengok jangkaan yang sebelum ni masih jauh daripada kejadian sebenar.

So aku mula la tawar hati nak beli emas sebab expectation aku tinggi. Bila tengok, kalo kita simpan lama sehingga 20 tahun, baru la berbaloi and untung. Umur aku dah 47 tahun. Baru la rasa menyesal kenapa tak beli emas awal-awal (tapi dulu pun bukan ada duit sangat...) Harga emas ni taklah naik meninggi sentiasa. Dia naik slow-slow....tapi tetap menaik, sama je macam menda-menda lain.

So aku kena tukar ayat aku, bukan 'beli emas untuk investment'.....Tukar jadi 'beli emas sebab at least emas boleh jual balik, dapat cash daripada beli menda yang merapik meraban cam handbag yang lama-lama, rosak jugak'......

Ke aku patut simpan duit tu beli saham/trading?

Monday, January 10, 2022

Happy New Year 2022

 Dah 10 hari masuk tahun 2022. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan pertolonganNya aku berjaya mengharungi 2021 yang pada awalnya aku sangat stress memikirkan macam mana nak hadap dengan segala macam perubahan in terms of work tasks, subordinate cuti bersalin, boss pulak nak bersara....memang dah tahap 'nyawa kat hidung' aku rasa nak quit...tapi aku masih lagi meneruskan kehidupan dengan bekerja makan gaji buat masa ni. Walaupun sekarang dah rasa lega sikit sebab boss baru dah masuk, subordinate pun dah naik kerja dan aku lebih bersedia untuk 'embrace change' tapi niat untuk berenti kerja sebelum terlambat belum lagi padam. 

Saham

Aku dah tak rasa ada hati nak buat kerja...aku nak amik masa belajar pasal trading/unit trust/saham and take action on them. Aku nak merancang target kewangan walaupun aku dah rugi masa (investment start awal baru untung banyak). Memang masa aku cakap kat husband aku niat nak berenti kerja, waktu tu aku tak boleh jawab soklan 'kalo berenti nak buat apa'... sekarang macam aku tahu jawapan tapi belum amik tindakan...aktiviti yang boleh mendatangkan duit ialah main saham tapi aku belum beli saham apa-apa pun. In December, aku dah apply 2 IPO tapi tak lepas. Pastu ada niat nak apply IPO 'Fresh Farm' kat MITI Saham Online tapi terbantut sebab kena ada at least RM30,000.

My target for Y2022 sama cam tahun lepas, start beli and trading saham...make (a lot of) or lose (minimal amount of) money via trading


Weight Management

I weighed 75.5kg on 4 Jan 2022. Wow! Memang pinggang and punggung rasa besar. Pakai skirt/seluar pun rasa sendat. Sebab aku memang tak jaga makan, tak exercise. Dulu tak makan dinner (lower calorie intake) tapi sekarang makan nasi bertambah-tambah, portion tak jaga.

Aku inspired to start bila tengok kakak ipar aku exercise. Dulu dia 3 kali ganda daripada aku, sekarang dia dah lost about 30kg. So aku target to lose 15kg within 1 year or 65kg by 31 Dec 2022. The important question is how am I gonna do it...I'll get to the details in a separate post.

Other

Apart from these 2, what else I'm planning to do in 2022?

  • Able to make money at least RM5,000 from trading
  • Care for my kids, family and friends more
  • Khatam Al Quran 3 kali. Tahun lepas dapat 2 kali
  • Beli emas dalam RM10,000. Kalo harga RM245 segram dalam 40g
  • Monitor performance unit trust

P/S: aku perasan, bila buat calculation, analyze itu ini....I don't mind spending hours on it