Monday, January 10, 2022

Happy New Year 2022

 Dah 10 hari masuk tahun 2022. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan pertolonganNya aku berjaya mengharungi 2021 yang pada awalnya aku sangat stress memikirkan macam mana nak hadap dengan segala macam perubahan in terms of work tasks, subordinate cuti bersalin, boss pulak nak bersara....memang dah tahap 'nyawa kat hidung' aku rasa nak quit...tapi aku masih lagi meneruskan kehidupan dengan bekerja makan gaji buat masa ni. Walaupun sekarang dah rasa lega sikit sebab boss baru dah masuk, subordinate pun dah naik kerja dan aku lebih bersedia untuk 'embrace change' tapi niat untuk berenti kerja sebelum terlambat belum lagi padam. 

Saham

Aku dah tak rasa ada hati nak buat kerja...aku nak amik masa belajar pasal trading/unit trust/saham and take action on them. Aku nak merancang target kewangan walaupun aku dah rugi masa (investment start awal baru untung banyak). Memang masa aku cakap kat husband aku niat nak berenti kerja, waktu tu aku tak boleh jawab soklan 'kalo berenti nak buat apa'... sekarang macam aku tahu jawapan tapi belum amik tindakan...aktiviti yang boleh mendatangkan duit ialah main saham tapi aku belum beli saham apa-apa pun. In December, aku dah apply 2 IPO tapi tak lepas. Pastu ada niat nak apply IPO 'Fresh Farm' kat MITI Saham Online tapi terbantut sebab kena ada at least RM30,000.

My target for Y2022 sama cam tahun lepas, start beli and trading saham...make (a lot of) or lose (minimal amount of) money via trading


Weight Management

I weighed 75.5kg on 4 Jan 2022. Wow! Memang pinggang and punggung rasa besar. Pakai skirt/seluar pun rasa sendat. Sebab aku memang tak jaga makan, tak exercise. Dulu tak makan dinner (lower calorie intake) tapi sekarang makan nasi bertambah-tambah, portion tak jaga.

Aku inspired to start bila tengok kakak ipar aku exercise. Dulu dia 3 kali ganda daripada aku, sekarang dia dah lost about 30kg. So aku target to lose 15kg within 1 year or 65kg by 31 Dec 2022. The important question is how am I gonna do it...I'll get to the details in a separate post.

Other

Apart from these 2, what else I'm planning to do in 2022?

  • Able to make money at least RM5,000 from trading
  • Care for my kids, family and friends more
  • Khatam Al Quran 3 kali. Tahun lepas dapat 2 kali
  • Beli emas dalam RM10,000. Kalo harga RM245 segram dalam 40g
  • Monitor performance unit trust

P/S: aku perasan, bila buat calculation, analyze itu ini....I don't mind spending hours on it

No comments:

Post a Comment