Saturday, August 20, 2022

Dah beli tilam baru...Alhamdulillah!

Masa beli aritu, memang nak update kat blog tapi sebab kekangan kerja, baru harini dapat menulis.

Kejadian berlaku sama tarikh dengan Jasmin register masuk MFI which was 1st Aug 2022...actually aku tak tahu lah nak panggil MFI ke UNIKL...I should write a separate post on this...

So back to the story of beli tilam, last survey masa bulan pose here. Masa tu tak beli lagi sebab pikir mana nak cekau duit. I aimed for Dunlopillo, katanya berkualiti dan tahan lama tapi harga mak aii... Tapi kali ini aku lebih bersedia tapi aku terpaksa pegi sorang-sorang sebab husband ada kerja. Mula-mula macam terasa jugak tapi lepas tu aku pikir lagi senang kot buat decision...beli jek! Hahah!

Midah Electrical

So aku pegi balik ke Kedai Midah, dekat-dekat dengan MRT Kajang. Pernah pegi kedai ni masa bulan pose aritu. Bahagian depan jual barang-barang elektrik rumah. Bahagian tilam nun jauh kat belakang. Bukan proper showroom pun, rasa macam store pun ada tapi selection dia banyak and tilam yang berjenama mahal. Kalau nak tengok Dunlopillo, kena naik tingkat atas pulak. Tapi memang dia ada banyak choice of Dunlopillo unlike kedai yang kitoghang pegi dekat Seksyen 5. Kedai tu adalah within price range kitoghang tapi tinggi tilam only 10"...tu yang buat kitoghang tak beli. Kat Kedai Midah ni (nama saja Midah ya tapi owned by Chinese) ada height yang aku nak (13") cuma sanggup tak sanggup je nak bayar harga dia...

Deciding whether to buy

Tilam-tilam kat situ harga yang di tulis dalam RM5,000 ke atas (dalam hati betul ke aku nak beli ni)...Yang 13" ada a few, yang aku kenan RM7,000 lebih. Adehhh...mahai. Beli emas lagi berbaloi. Tapi masalahnya aku mmg dah tak selesa tido kat tilam lama. Selalu tido hampir-hampir kat tepi katil sebab bahagian tu je tak lendut lagi. Aku pun dah tak rasa fresh bila bangun...

Sekali tu uncle kata ada diskaun. Aku tanya jadi berapa....dia kata RM5,800. Kitoghang budget dalam RM5,000. Hmmm...aku teringat style husband aku kalo beza setakat RM100-RM200, kira boleh la tu. Yang ni beza RM800...yang membuatkan aku boleh ON jugak sebab dah lama sangat surveynya, dari tahun 2019 kot...Malas dah nak cari. Kali ni dah jumpa tilam as per my criteria apsal tak nak beli pulak kan...that RM800 would end my misery! Aku cuba mintak RM5,600 dia tak bagi...Mmmm dah la, ON je la.

Pastu aku tanya uncle kena letak plywood ke kat katil, uncle kata YA kalau nak tahan lama. Alhamdulillah uncle ajar and suggest kat mana nak beli plywood and dia boleh pick up kan sekali....Alhamdulillah! Rasa berbaloi pulak that additional RM800..haha! 

All in all, the total costs is actually around RM6,000 sbb beli plywood 12mm is RM140. Takpa la, sekali sekala. Untuk kesihatan dan kualiti. By right tilam ni kena tahan 15-20 tahun la...

Alhamdulillah, kurang dah rasa sakit-sakit badan. Best rasa tido atas tilam baru. And rasa tinggi lagi daripada tilam lama. Sebab tilam lama dah sagging la kot.

Thank you Allah atas rezeki ini..I shall berbuat baik to others to express my gratitude for the rezeki that Allah SWT has given me....



Monday, August 8, 2022

My 2nd DIY project: Kallax

Project ni lama dah nak buat...aku ada Kallax beli 3-4 tahun dulu untuk letak buku sekolah the boys. Bagusnya Kallax ni dia ada banyak compartment so sesuai untuk segregate barang. Aku pernah jadikan dia space separator, aku pernah gunakan dia sama ada menegak atau melintang. Tapi sebab dia takda kaki, kalau letak melintang Kallax tu agak rendah. Aku rasa bulky bila letak melintang sebab letak atas lantai kan (silap tak amik gambar original position yang aku dok experiment) 

  Motto aku sekarang kan buat je, don't wait for perfection. Sebelum ni aku tunggu husband untuk buat tukang-tukang...kali ni aku kata 'buat sendiri!' So aku pilih project yang senang-senang la. Husband pun dah beli electric screwdriver so ia amat membantu. Aku pernah tukar rail drawer putih and IKEA Malm (sebab rail lama dah tak smooth). That was my 1st. So Kallax ni kira 2nd revamp project. Aku dah tengok kat Pinterest and Youtube, cantik dioghang buat pintu tutup compartment sebab tak nak nampak serabut sangat. Masa tengok tu bersemangat nak buat! But I tell myself, dioghang tu dah expert, aku baru nak belajar'. Ukur baju di badan sendiri...So aku tak nak ambitious sangat, nanti terbengkalai pulak. 

Untuk Kallax ni selain daripada aku nak tambah kaki, aku jugak nak minimize habuk so aku nak tutup one side with plywood. Actually kalau aku nak shortcut, boleh je beli Kallax insert yang berpintu tapi cost dalam RM50 (min) per unit. Kalo 8 x RM50 = RM400. Boleh tahan mahal!

 This is the costing untuk aku revamp totalling RM134.40 tak masuk delivery charges. Kalau masukkan RM15 x 3 = RM45, total jadi lebih kurang RM200, jimat la RM200. 
1. Kaki kayu RM13.90 x 4 = RM55.60 
2. Plywood 3mm untuk tutup belakang = RM26 (plywood tu ada banyak lebih) 
3. Contact paper RM4 x 2 = RM8.00 
4. Bakul cube yang diperbuat daripada kain keras mcm laundry basket RM6.40 x 7 = RM44.80 

Actually kalau nak cantik, boleh beli Kallax insert tu pastu deco pintu dia...ada jumpa corak cantik kat Shopee tapi total costs for these could be around RM600! Baik beli menda lain kan...

Alhamdulillah, hari ni siap tampal plywood, nanti tinggal beli bakul je...
Aku start pasang kaki sebulan yang lalu...kuang3x
Aku tahu nak pasang contact paper ni bagi smooth bukan senang, aku buat kedut2 hah. But remember, 
don't go for perfection...practice will make perfect...
This is before...
This is after. Memang tak beza sangat, janji kurang habuk masuk compartment...

Update 20/8/2022: Dah sampai 'bakul' kain cube...happy!


Thursday, August 4, 2022

Hari ini dalam sejarah (ke 3)!

Hari ni first time aku akan attend syndication ke Board of Directors (BoD) sebab ganti boss aku kena Covid. Aku catat sini sebab aku macam nak track mini achievements and practices done in terms of improving communication and presentation skills. 

 Alhamdulillah seperti ada perubahan sejak aku dah rajin baca Al-Quran. Aku dah tak nervous ya amat macam selalu. Sikit-sikit tu biasa la. Kalau dulu, mau seminggu pikir pasal presentation sampai mengganggu tidur. Fokus sangat kat presentation sampai keje pun ada lambat sikit buat. Sekarang mindset aku dah berubah...ini semua hal dunia. Buat saja, bergantung harap la kepada Allah SWT supaya semua berjalan lancar. Kalau orang marah, iya kan saja tapi kalau kita ada point nak cakap, cakap dan jangan simpan. Orang nak terima tak terima belakang kira. Kalau tak OK, Allah SWT nak bagi pengajaran supaya kita improve. 

Yang penting, aku kena up saham akhirat kalau nak masuk syurga. Baca doa banyak-banyak supaya orang paham apa kita cakap, orang nasihat bukan marah dan aku akan dapat sesuatu daripada pengalaman tersebut. Betul la orang kata. Dekat kan diri dengan Allah SWT. Allah itu Maha Mendengar dan Maha Pengasih. Ya Allah, Kau permudahkan urusan ku harini, lancarkan lidah dan minda ku, sesungguhnya Engkau Penciptaku....Allahuakbar!

The experience
It was a syndication session with En Nizam ANIMONSTA. My CEO yang banyak cakap, aku tambah sikit-sikit je...haha! Takpalah, pengalaman tu yang mahal. 



Buttons they have received


Lepas syndication, En Nizam bawak tour office dia...best, vibe orang muda dan modern. Siap bagi momentos lagi. Balik citer kat anak, excited dia dengar....


Thank you very much ANIMONSTA!


Wednesday, July 27, 2022

Hari ni dalam sejarah lagi

2.04 pm Hari ni dalam sejarah lain pulak…takda letrik. Ingat Bangi jek….sekali banyak tempat…Klang Valley, Sg Petani, Penang, Ipoh… Banyak tempat kot. Ingat dulu pernah jadi tapi waktu malam. Kali ni during lunch time. Tiba-tiba rasa seram pulak sebab nak wassap atau call orang tak boleh ni….what if the country is under attack? What would be the action plan? Hai, kebetulan semalam memang aku kena present on Risk Management. Nak kena buat risk statement, kena ada event, cause and impact. So in this case, let say: Level mahrean: Damaged perishable items in the fridge due to unprecedented blackout resulted in loss of RM200 for replacement Level company: Loss of research work/ data due to unprecedented blackout resulted in delay on project completion Level negara: Loss of connection with core defense function due to unprecedented blackout resulted in delay in action taken to defend the country from outside attack Berguna jugak ek aku belajar Risk Management ni…. Aku rasa seram sbb, takleh get the latest update either from the tv, internet or even from other people because I can’t make a call. Kecuali daripada jiran-jiran sebab orang terdekat kan. My husband is at the office, who knows what is going on? 2.50 pm Aku kuar jalan-jalan sbb nak tengok keadaan tempat lain. Sampai kat Seksyen 4 tambahan, aku tengok kat kedai-kedai dah ada. Then aku pusing Seksyen 7, pun sama. Dah rectified kot problemnya..... 3.38 pm Dah sampai rumah. Ya betul, letrik dah ada...TQ TNB! P/S: Dah kenapa formatting jadi gini????

Monday, July 25, 2022

Rezeki berjumpa dengan guru sekolah menengah

Hari ini dalam sejarah… Actually hari Sabtu 23hb aritu..Jumpa 2 of my teachers in secondary school and this is my story....

Cikgu Netball - Puan Nor Zamani (she is the Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 2022 but retiring in July 2022)

Ada majlis penyampaian hadiah kat SGS hari Sabtu for SPM 2021 who scored 9A/8A. Jasmin is one of the recipients. Originally, memang plan nak attend la. Sekali Jasmin dapat wassap kata dia dapat interview biasiswa PNB on the same day. So dia tak dapat datang and mintak kakak dia jadi wakil. So plan sekarang dah tukar, Abah antar Jasmin pegi interview…aku pegi SGS dengan Irdina.

Kena pegi awal sebab event start kul 9.00 pagi. Tapi Irdina baru nak masuk tido masa aku bangun pukul 4.30 pagi. So aku cadangkan bawak Kasyif instead of Irdina. Boleh bagi some motivation jugak kat dia.

Memula memang nak suh Kasyif wakilkan Jasmin, tapi bila pikir sume pompuan kesian pulak. Sectretariat dah siap-siap asingkan award recipient. Mesti dia tak selesa duduk dikelilingi perempuan. Nampaknya aku jugak la yang kena naik pentas.

So aku kena duduk dengan students SPM yang lain. Allah nak bagi rezeki, seat aku memang kat hujung kat belah lorong red carpet laluan VIP masuk. So aku duduk la. Bila VIP masuk, ntah kenapa aku dapat bertentang mata dengan Puan Zamani. She smiled at me. I felt excitement somehow when got to meet someone from my past....

I already knew Puan Zamani is the VIP but I’ve not given any thought to approach her on that day. I looked up to Puan Zamani very much until today. She’s nice but strict makes me remember her dearly. Perasaan aku masa tu rasa nak sangat tegur Puan Zamani...

Then dada..dada.da…the ceremony went on…I was hoping Puan Zamani would be presenting the awards for SPM 2021 so I could say something to her but it was another VIP.  Kalau ikutkan 'aku yang dulu', I would have said 'takde rezeki'. Tapi aku rasa macam Allah SWT melorongkan aku supaya tegur Puan Zamani: 

  • aku yang jadi wakil instead of Irdina or Kasyif
  • dapat duduk tepi tempat VIP lalu, 
  • Puan Zamani bertentang mata dengan aku

Aku yang sekarang

Aku still rasa macam nak tegur dia jugak tapi tak tahu bila masanya yang sesuai yang aku boleh tegur. Then aku nekad. Aku plan bila ceremony dah abis, aku akan tegur dia bila dia lalu sebelah aku masa nak keluar. Nervous jugak and I was confused on how to address her. Datuk ke, Puan ke, Cikgu ke….I have so much to say to her….apa yang aku ingat dia ajar. Shoot 100 kali before training….dapat makan KFC setiap kali jadi johan sbb dia belanja…arghh! Panjang citer ni. Boleh ke nak cakap ni? Mana tahu ada orang akan stop aku sbb ganggu majlis.

Then majlis pun tamat. Puan Zamani pun lead lalu red carpet untuk keluar. Aku terus panggil ‘Puan Zamani!’ and she stopped. Aku cakap ‘Dulu Puan ajar saya netball kat TKC’ and she was so surprised! I wished I could continue but I just wished her ‘terima kasih dan selamat bersara’…

I still remember her facial expression. Macam dia nak cakap lagi tapi sbb dah ada scheduled arrangement kot. I think she said ‘Ya Allah!’ muka dia macam tak sangka ada anak murid netball dia kat dalam dewan tu. Then I said ‘nanti kita amik gambar ya’ and she said ‘Sure!’ I loved it so much that made me want to wait and take a pic with her. 

Allah SWT bagi rezeki lagi, aku terserempak pulak dengan Cikgu Ahmad Bidin sementara tunggu Puan Zamani di bilik Pengetua.

Pic shared by Fini. Aku tak sempat bergambar 
dengan dia..sob2


Cikgu Maths: Cikgu Ahmad Bidin (viral masa dia bersara sebab dapat hadiah kereta daripada Kurshians)

Masa tu Puan Zamani dah masuk bilik Pengetua, pastu ada makan-makan kot sebab pengetua2 dari sekolah lain ada datang untuk bid dia farewell. Tiber Cikgu Ahmad Bidin lalu sebelah aku. Kalau 'aku yang dulu, aku malu nak tegur sebab tahu dia bukan ingat aku sebab aku low profile.

Aku yang sekarang

Aku betul-betul tak sangka dapat jumpa Cikgu Ahmad! Aku tegur dia. Kalau sebelum ni mungkin aku buat diam je sebab aku tahu aku tak significant. Bila En Ahmad tanya aku sapa, aku kata ‘Cikgu tak kenal kot, saya low profile’ kuang3x….pastu dia tanya ‘Ada buat jahat dengan saya tak?’…terkejut aku dapat soklan camtu... Aku terpaksa mengaku ‘ada…yang pernah sembunyikan motor cikgu’....then he replied ‘Ooooo, ni yang group tu ek’...I was on high, I didn't know why. I even shared the moment to my batch group wassap. The old me don't do all these things. Aku tanya dia apa dia buat after bersara and in the end, aku pun ucap terima kasih dengan Cikgu Ahmad Bid,...

Bila En Ahmad sergah 'ada buat jahat dengan saya  tak?'...


Syukur ke hadrat Allah SWT

Alhamdulillah, thank you Allah for this lovely feeling…dapat jumpa 2 guru yang sememangnya aku teringin nak jumpa untuk ucapkan terima kasih. Semoga Allah membalas jasa-jasa mereka yang tak pernah lelah mengajar aku. Ampunkan lah dosa-dosa mereka, masukkan lah mereka ke syurga FirdausMu. Rahmati dan berkati lah hidup mereka Ya Allah!

Terima kasih Allah kerana telah melorongkan peluang ini. Hari ini banyak memberi pengajaran kepada aku

·       Perasan teruja bila berjumpa dengan orang-orang dari masa lalu ku. Peristiwa ini mengingatkan aku kembali tentang potensi diri. Aku boleh kalau aku yang nak. You've been excellent in your past but you tend to keep it to yourself and quiet when I'm an adult...be yourself...you are not that bad...

Thursday, June 9, 2022

Get out of your comfort zone!

Mei dah selamat berlalu, aku pun dah selamat raya sebulan. Mei tu bulan raya Syawal kan, seronok makan dan jalan-jalan la. I did a few things worth mentioning. Nanti aku kabor ya...

Joining high school reunion

Hari ni nak cerita how I was contemplating whether to join my school reunion or not. Nak jawab survey form je pun. Aku jawab juga in the end bila aku teringat, Allah kata sambungkan siratulrahim, buat baik etc. So aku jawab survey tu dengan jujur, tak mau jadi committee tapi ok je kalau nak assist.

Then aku pikir balik, apsal masa reunion dulu tu susah benor aku nak join. Malas nak mingle alasannya. Tapi if I dig myself deeper, sebenarnya reason aku common je. The common reason people don't want to go to reunion...segan dengan member. Segan sume la...depa berjaya, aku tak. Depa kurus, aku tak. Depa glamer, aku tak. Depa kaya, aku tak. All these insecurities standard la cara pikir  masa aku muda-muda dulu. Bila dah matang ni, dah ingat akhirat so lain dah cara pikir tu.

Jalinkan balik persahabatan (kalau masih ada). Kalau takda, at least dapat jumpa member2 lama. Jumpa tang tu je la...lepas tu hang ingat depa akan contact ko ke....tak kot. Masing2 kan dah ada haluan masing-masing. So why worry, just go and have fun!

I'm doing this for myself, to do things that is outside my comfort zone. Go and meet people and at least I've got something to write about.

Other benefits include as a target to lose weight. Event tentative in Oct-Nov. Berat aku sekarang ni kira paling berat la, 76kg. Perut geleber abis.

So I'm part of the team for venue and catering lead by Airin. Tadi aku ada call la 2 venue: Sekebun Bunga (Batang Kali) dengan The Hidden Valley (Kajang) for quotation. Try call Bora Ombak tak angkat-angkat.

Try cari event hall kat Shah Alam, belum jumpa pulak.

Tengok Airin dok post villa from Airbnb. Dia nak cam rumah/villa kot which to me OK jugak. Santai sikit. Event hall cam formal kan...pastu kita dah tahu suasana dia camna.

Sekebun Bunga tu cute nama dia tapi jauh la ke Batang Kali sana, dalam 2 jam naik kereta ok. Dia memang tulis boleh fit 100 pax for event. Dalam hutan, ada sungai...sapa suka outdoor mesti suka. Memang takda catering so kena arrange sendiri. Aku pikir kalau jauh gini, kita sediakan bas la untuk attendees...haha! Baru rasa cam zaman sekolah dulu! Most probably tak amik yang ni kot, tengok la caner.

The Hidden Valley kat Sungai Ramal jek, dekat la pulak. Bagus jugak. Senang nak pi. Aku pernah pegi wedding kat situ. Modern la villa dia. Ada provide buggy sebab parking kat tanah lot lain.

Nanti aku update lagi yek....


25 Ramadan

Hari ni 25 Ramadan, aku tak pose sebab peyot sejak hari Jumaat (dah 5 hari). Ingatkan boleh puasa penuh sebab last month kena ngam-ngam sebelum pose....

Hari ni takda gangguan from workplace, tapi aku pulak yang nervous sendiri memikirkan kerja-kerja yang tak settle lagi. There are 3 things with due dates but there is one I'm particularly worry. You see, this thing about me that I hate so much. I'm so obedient, rasa bersalah kalau tak buat kerja sedangkan tak perlu rasa bersalah pun. Overthinking, worry tak tentu pasal. Ntah la, I just wish I don't have to think about working anymore. Nak buat menda yang I boleh buat, no need to be answerable to anyone.

Sepatutnya aku dah boleh pikir buat list barang nak balik kampung. Kami beraya BP tahun ni selepas COVID tapi lepas raya pertama dah balik Perlis. Nervous pulak rasa sebab adik ipar aku yang rajin kat dapur balik Kelantan...haha!

Tetiba rasa nak nangis mengenangkan hidup aku. Mengenangkan nak menempuh hari-hari yang mendatang bila dah start kena pegi kerja. I TAK MAU!!! Argghhhh!

Let's distract my mind with more worthy things like reorganizing my porch and interior budget for my living room.

Hari ni adalah sambung buat technical analysis, nak cari set up permulaan up-trend. Ngantuk-ngantuk juga la...so far belum jumpa lagi yang ok.