Friday, January 15, 2016

Goal penyebab tindakan

Semalam pergi Lily Fitness buat zumba toning at 8.30pm. Pergi sendiri, bukan husband antar (bagus, independent!). Sebenarnya, siang hari berpuasa. Kalau sebelum ni mesti buat alasan 'sebab berpuasa di siang hari, lebih baik rehat di rumah untuk cover letih sebab berpuasa'. Sebenarnya OK jek, make sure makan makanan yang betul masa berbuka dan jangan makan banyak-banyak. Hari ni actually rasa fresh bila bangun tidur!
Image result for contemplate
Goal penyebab tindakan?
Tindakan ini mungkin disebabkan aku ada goal untuk kg jadi 69.5 pada pagi Ahad. Pagi tadi timbang pukul 5.00 pagi, berat ialah 70.5kg. Sekilo jek lagi untuk 2 kali timbang. boleh tak ni?
Pastu sebab goal itu juga aku ada idea nak puasa hari Sabtu jugak (puasa Qadha aku memang 6 hari).

Diet vs buffet dinner
Sebelum tu memang tahu ada IEEE dinner this weekend. Masa tu risau lah sebab kita kan tengah berusaha nak turun berat badan, pastu ada dinner pulak. Iskkk.... abislah....

Health target vs kids' event
Hari Sabtu pagi tahun ni ingat nak pergi Piloxing tapi ada pulak Hari Penyampaian Hadiah di SK Jalan 4 (Alhamdulillah, Kasyif dan Jasmin ada dapat untuk matapelajaran terbaik). Hmmm, berbelah bagi pulak. Nak achieve target ke nak attend event anak-anak untuk tunjuk support kat anak-anak?

Puasa hari Sabtu?
Sebelum ni memang tak terpikir nak puasa hari Sabtu sebab duduk rumah kan, banyak dugaannya...Haha!
At the same time, alang- alang tinggal 1 hari (sebelum tu dah niat nak puasa straight 5 hari on working days dari Isnin ke Jumaat) rasa macam nak habiskan terus puasa Qadha, tak payah tunggu hari Isnin. Tapi masih tak sure boleh buat ke tidak.

Image result for happy healthy
Ilham
Then tetiba tadi masa drive on the way to work, datang ilham (thank you Allah) puasa jek hari Sabtu. Which then lead to 'it is not suitable for me to go Piloxing' thus I can attend my kids' event at school. I could regard the IEEE dinner as a celebration for me able to finish my Qadha fasts and I can eat without guilt (but should be selective)

So In sha Allah nak puasa lah hari Sabtu nanti :-)

No comments:

Post a Comment