Monday, April 27, 2020

Korea was awesome!

Baru harini berkesempatan menulis pasal KOREA (post holiday)....

Ni kira dah masuk 5 bulan selepas trip KOREA....best la walaupun kalo tengok video muka aku serious jek. Ya lah, aku yang kena come up with itinerary and have to ensure it suits everybody. And ini 1st time in large group, going overseas without engaging with full tour package. Definitely felt the pressure!

Naik AirAsia
We took Airasia flight to and fro, 18 of us travelling together (aku tertinggal Mi Band kat surau KLIA2. There goes nak count steps kat KOREA...sigh) Flight was good. I took my laptop with me and I got to write one post (but have not posted it yet here! Sigh)

You vs Them
Bila pergi reramai bermacam la perangai dan ragamnya and kena accept sometimes you can't do things your way. Contoh kalo aku je travel ngan anak-anak, aku tak pegi Everland because it's just a theme park. However, I'm glad we went (because my siblings wanted to) because it was one of the things that my kids appreciate most.

I didn't get to observe stuff and chilling out because itinerary was packed. But having a brother that likes to do videography, I'm fortunate. ada kenangan dalam bentuk video.

We laughed more and my kids had a jolly good time especially Lutfi because he got to play with his cousin, Aisy. Even now bila dengar dioghang nak pegi Jepun, Lutfi asyik tanya aku je whether kitoghang akan join digohang pegi Jepun. The thing is kitoghang dah pegi Jepun masa Lutfi umur 4 tahun (did kecik sangat so did tak ingat)

It was definitely 'the more the merrier' moment. Alhamdulillah, tiada apa-apa incident yang tidak diingini walaupun ada satu sebenarnya, makcik aku yg Pengarah Kastam hilang masa hari pertama (sib baik dia pandai balik sendiri)....

Photobook
And I get to finish up my photobook too during PKP. I used same layout as Japan trip and changed some bits. Love it!

Happy bila semua orang happy...

MCO Day 41 + Puasa Day 3

Hari ni masuk hari ke 3 berpuasa tapi hari ini juga ialah hari aku tak dapat berpuasa...heh...

Aku rasa bersyukur sangat kepada Allah SWT kerana aku sangat appreciate hikmah di sebalik musibah Covid 19 ni sebab aku rasa bahagia dapat duduk di rumah ketika bulam puasa. Sambil duduk-duduk lepas sahur berborak dengan anak-anak, aku sedih bila imagine jika takda PKP ni. Memasing akan sibuk meneruskan tuntutan hidup....anak-anak bergegas ke sekolah, mak bapak bergegas ke tempat kerja...aku amat hargai saat-saat PKP ni. Thank you Allah! Aku kena penuhi masa PKP ni untuk mendapat redha Allah...itu azam aku supaya aku tak menyesal bila dah abis PKP nanti...

Serious takda mood nak bekerja bila berpuasa di rumah...Mulalah rasa nak berenti kerja je. Seyes rasa nak nangis bila kena pikir pasal kerja, serabut kepala otak. Tapi apa kan daya...Ya Allah, Kau berilah aku jalan untuk pencen awal Ya Allah (umur 50). Aku tahu aku kena cari alternative untuk cari duit, tapi aku tahu tak nak buat apa....I should start small. Start with my EVO rental probably....

Today is my 1st period. So aku target aku boleh masak food yang aku 1st time nak try this week sebab aku boleh rasa...heh

Wednesday, April 22, 2020

Movement Control Order Day 35: Creamy Chicken Mushroom

Park kat sini resepi aku buat Creamy Chicken Mushroom (tapi gambo lupa nak amik). Masak semalam 21 Apr (Selasa). Match dengan salad (letak salmon sikit)

Bahan-bahan

  1. Butter untuk brownkan ayam dalam 2 sudu besar
  2. Ayam cukup untuk 6 beranak makan (potong kecik boleh, potong biasa pun boleh, Kalo potong 4, better masukkan dalam oven later to make sure ayam tu masak. Marinate la sesimplenya. Aku guna readymade garlic salt.
  3. Bawang holland/besar  sebiji + garlic 2-3 biji
  4. Tepung sesudu besar nak bagi pekat jugak
  5. Mushroom segenggam tak kisah jenis apa kot. Semalam sbb yang ada hanya oyster mushroom, aku guna je
  6. Chicken stock dalam 2 cawan
  7. Cooking cream tak sampai sekotak nak bagi pekat dan creamy tu la. Jumlah ikut how creamy you want it to be. Actually apa2 cream pun boleh kecuali ice-cream! Kuang3x
  8. Parsley segenggam nak bagi ada kick.
  9. Kalo ada, kulit lemon sikit untuk potong rasa muak cream
Cara memasak
  • Aku guna kuali Korea (yg tak boleh garing macam wok tu). Buka api slow daripada aku masak biasa. Kita nak brown kat ayam. 
  • Basic recipe dia cam nak buat roux, tapi start dengan brownkan ayam dulu dalam butter.
  • Pastu bila dah brown, masukkan bawang holland/besar dulu. Dah layu, masukkan garlic pula.
  • Lepas tu aku masukkan tepung untuk memekat kuah nanti. Chicken stock masukkan sikit dulu untuk larutkan tepung. Biar sekejap supaya nanti tak rasa bertepung. 
  • Pastu aku masukkan kulit lemon sikit before masukkan semua stock ayam, then biarkan mendidih sekejap. 
  • Kemudian masukkan cream. Aku guna tak abis pun 1 kotak tu sebab tak nak pekat sangat.
  • Pastu masukkan parsley.

Sebab ayam aku tadi tak cukup brown, aku masukkan pulak dalam oven (top grill) nak bagi nampak cantik.

Alhamdulillah, licin....

Tuesday, April 21, 2020

Pivot Table_Grouping

Dalam contoh YouTube, dia nak cari variance YoY. Data dia memang very raw, daripada date of transaction. So bila dalam Pivot Table, dia guna je data tu, then guna function 'Group' (right click). Dia group by Year so Walla! Data yang banyak-banyak line tadi tu tinggal 2 line saja: Year 2011 and Year 2012.


Info berguna yang aku baru tahu

Info berguna untuk roti:

Gardenia


Berapa banyak baju aku ada?

Ini cerita lama...masa bulan April 2019. Baru sempat post harini

Semalam  dapat aku buat stocktake baju aku dalam almari. The kids and husband takda pegi beriadah kat Uptown Bangi. Aku recordkan semua baju yang aku ada dalam excel. Yang pakai, yang tak pakai... pastu aku standardizekan hanger sebab kalo tak, serabutnya Ya Allah! Standard kaler hanger aku ialah hitam, biru and hijau gelap sbb tu yang banyak kat rumah.


Then dalam bulan Dec kot, baru sempat let go baju-baju yang tak pakai ke NGO yang manage recycle items.

Memang somehow rasa lega bila dah clearkan barang-barang yg dah tak mahu guna. Rasa lapang rumah. Bila dah spring clean, tetiba rasa nak deco bilik bagi nampak exclusive sket.
Katil pun takda lagi tau. Aku ni cerewet sangat


Sib baik ada wardrobe. Tu dah clear, boleh tambah baju...ahaks!

Ingat lagi kain langsir ni beli 10 tahun yang lalu kat Fella Design warehouse kat Shah Alam


Gigirls trip to Kuala Terengganu

Sept aritu pegi weekend trip ke Kuala Terengganu sbb officemate kahwin. Pegi ngan member-member opis, berlima semuanya. Pegi pagi dari rumah dalam pukul 5am sebab departure 7.15am.
Best trip ni...it was a good break!

Lepas landing dalam kul 8.30am, check in homestay dekat-dekat airport. Breakfast jap pastu terus gi attend wedding kawan kul 10.30 am. Pagi tu kami attend upacara nikah dia. Alhamdulillah, kahwin dah kawan aku yang sorang ni. The best part is, dia quit keje, kahwin pastu dok kampung. Heaven! Tak yah dah pening-pening pikir pasal keje!

I'm so happy for you!

With ex-office mates


Siut aaa. Nampak gemuk dalam gambo ni


Lepas kenduri, gigirls ni pegi shopping kat Pasar Payang. Aku beli baju kelawar 6 helai (dia jual 3 helai RM100), songket untuk husband RM250, T-shirts for the boys. Petang dalam kul 6.00 gitu gi makan ICT. Lamaaaaaa dah nak try ICT....best!
Belikan the boys T-Shirt Ganu




Belikan husband samping songket

Lama dah ngidam ICT. Akhirnya!!!

Pari ICT


Balik tu dah Maghrib. Cam malas nak kuar makan sbb kenyang.Tapi member ajak jugak dalam kul 10.00 mlm (there goes my diet!). Pegi Dapo Pata Kontena, location hipster gitu (tapi aku selamba kuar dengan baju kelawar aku beli tadik!). Aku boleh je tak payah makan kan sebab kenyang. Tapi sekali tu melantak jugak bubur ayam + ayam goreng ala-ala 4 fingers. Isk...

Malam borak-borak sampai kul 1.00 pagi. Esoknya kul 8.00 pagi dah kuar cari sarapan. Depa nak makan kat Nasi Dagang Atas Tol (original location). Sampai sesat-sesat tapi berbaloi. Aku tapau sebungkus nak bagi husband rasa. Lepas sarapan, pi Teluk Cempedak, Masjid Terapung nak bergambar. Then pegi round-round Jambatan Angkat. Boleh naik kat menara dia, ada glass deck and photo corner.
Chu ajar posing camni


Jambatan Angkat. Landmark Terengganu yang terbaru






Dah puas bergambar, kami pun balik untuk ready ke majlis pihak lelaki pulak. Dekat je dengan homestay. Lepas attend majlis kami balik tukar baju untuk ke Pasar Payang for last round of shopping (kot-kot semalam tu survey jek). aku dah tak beli apa-apa sebab dah beli semalam. Pastu pegi Tok Beng beli kepok lekor BTB 2209. Aku beli dalam RM40

Flight kitoghang dalam kul 8.30 malam. Kitoghang balik dari Pasar Payang terus get ready untuk checkout. Sebab cam awal lagi dalam kul 5.30pm, kitoghang pegi pulak minum Air Buah Gelas Besor and makan petang. Fuh! Memang keje kitoghang makan jek!

Alhamdulillah! I really enjoyed it. Balik naik MAS.

Tajwid: Mim mati & Nun mati (dan tanwim)

Idgham = ertinya memasukkan 2 huruf. Maksud memasukkan 2 huruf tu ialah DENGUNGkan
Izhar = jelas
Ihfaq = samarkan
Ghunnah = dengung yang keluar dari hidung

HUKUM MIM MATI ada 3

  • Mim mati jumpa mim (1) = Idgham Mislaini

Tak yah bunyikan mim yang mati, sebab masukkan ke mim yang hidup. Dalam kata lain DIDENGUNGKAN BACAAN (ada yang ada tanda tanwim/sabdu)


  • Mim mati jumpa BA (1)  = Ikhfaq Syafawi

Baca dengan dengung 2 harkat


  • Mim mati jumpa huruf lain (26) = Izhar Hakiki

Baca dengan jelas

Hukum NUN MATI ada 5 (tapi nak combinekan IDGHAM)


  • Nun mati jumpa huruf Halqi = IZHAR HALQI

Huruf Halqi ada (6) = Hamzah + HHa + ....ala tak reti la tulis dalam rumi!
Hukum bacaan = Baca dengan jelas


  • IDGHAM MAAL GHUNNAH + IDGHAM BI LA GHUNNAH

Direct translation = Memasukkan dengan dengung + Memasukkan tanpa dengung (LA as in NO)
Nun mati jumpa = (4) huruf ba/ya/mim/wau + (2) huruf lam/rho
Hukun bacaan = dengungkan dan tak dengung


  • IQLAB

Ni (1) je huruf dia = BA  ada hint ada huruf mim kecik kat atas
Hukum bacaan = dengungkan


  • IKHFAQ HAKIKI

Nun mati jumpa huruf lain (jawi ada 28. Tolak jumpa hukum lain spt di atas (6+4+2+1 = 13) so ada 15 huruf hakiki
Hukum bacaan = samarkan bunyi huruf sambil dengung tak lebih 2 harkat.
Suara dengung tu naik ke hidung. Sebutan tu pun nak standby pegi ke huruf Hakiki kat sebelah. Kena ada contoh ayat, baru leh tunjuk.....


Friday, April 17, 2020

Movement Control Order Day 31

Tak sangka dah sebulan MCO ni...tapi aku rasa macam baru 2 minggu. Let me track back apa yang aku dah buat sepanjang MCO ni:

PKP 1 Week 1 18 - 24 Mar: PM announce PKP on Monday 16 Mar
Aku tak pandai adjust lagi juggling between work and home masa ni. Husband pun rajin order FoodPanda ngan beli food kat luar. So aku macam tak buat apa-apa sangat, dok mengadap laptop ja. Masa ni tak tengok TV sebab TV aku dah rosak.

PKP 1 Week 2 25 - 31 Mar:  PM announce sambung PKP 2 (1 - 14 Apr) on Wednesday 25 Mar
Aku kemas rumah betul-betul, vacum atas, lap kipas dan habuk, iron baju (walaupun budak-budak tak masuk sekolah lagi). Aku cuci tandas especially yang kaler biru yang aku jarang guna. Aku rajin tukar cadar, aku buat agar-agar (2 kali!), aku masak nasi daging. Aku rasa masa ni husband aku beli TV online kat Harvey Norman. On Friday By this time tunggu whether MCO sambung ke tak. Alhamdulillah sambung!

PKP 2 Week 3 1 - 7 Apr: 
On the weekend, aku jahit kain untuk cover kerusi makan aku yang dicakar kucing. Niat nak start buat revision tajwid and exercise yoga tapi dapat dalam 1-2 kali je kot. Petang Sabtu tengok Bhahubali Part 1 ngan Lutfi!

PKP 2 Week 4 8 - 14 Apr: PM announce sambung PKP 3 (15 - 28 Apr) on Friday 10 April
Aku rasa aku dok settlekan hal office (MMU, OCM, weekend aku draft slide untuk LOB) so kurang plan untuk rumah. Aku tahu memang weekend aku tak nak buat apa-apa, cuma bersihkan ikan/ayam pagi Sabtu. Sebenarnya hari Sabtu (aku declare rest day) aku nak tengok movie tapi citer kat HyppTV either tak best atau aku dah tengok. Last-last petang Sabtu tengok Bhahubali Part 2 ngan Lutfi! Haha!

PKP 3 Week 5 15 - 21 Apr:
So hari ni baru masuk hari ketiga PKP 3. Katanya kawalan semakin ketat. Stats of new cases for past 2 days pun macam dah berkurang (15hb cuma 85, semalam 110) tak macam selalu dalam range 130-200. Maybe lepas ni tak sambung kalo stats maintain camni. So aku kena start plan projects supaya aku akan kenang PKP ni sampai bila-bila...Aku dah dapat baca Quran/ revise tajwid 3 hari minggu ni, yoga dapat buat semalam so kena maintain camni sampai habis PKP.

Movement Control Order Day 23

Hari ni hari Khamis minggu ke 3 Movement Control Order. Sedey pulak next week dah nak abis MCO. Esok government akan announce whether sambung atau tidak. I wish MCO disambung sebab aku kan memang malas nak pegi keje. I've been very good. Tak tengok TV pun, memang betul-betul follow Work From Home.

Hari ni aku masak nasi lemak untuk breakfast. Asalnya nak pre-cook se-tupperware cili boh jadi sambal supaya bila nak masak sambal senang. Pastu ada sotong dalam fridge jadi tu datang idea nak masak nasi lemak lauk sambal sotong.

 Aku tak tahu kenapa, memang dah tak semangat nak keje. Apa motivation orang pegi keje ye? Nak sara hidup la kot...gitu la aku agaknya. Ntah....aku rasa cam nak buat hal sendiri. Nak buat menda for myself...yoga, masak, tulis blog, tak nak pikir pressure kat opis.... masalahnya sume menda yang aku nak buat tak da pulak menghasilkan duit...nak hidup kena pakai duit cek oii!

Hari ni tak tahu kenapa...tak semangat langsung. Masak pun tak berapa nak masak.

Sunday, April 5, 2020

Movement Control Order Day 19

Dah masuk hari ke 19. So far I'm enjoying this PKP thingy. Kerja tetap kerja, tapi best sebab tak payah mengadap boss. Aku enjoy memasak sebab bukan aku yang pegi kedai beli barang so takda la penat sangat. Pastu dapat masak menda yang dah lama tak masak dan menda yang tak pernah masak!

Peria
Suami beli peria, dia ingatkan tu petola! Berpeluh jugak pikir camna nak masak sebab peria pahit kan. Serious tak tahu cara nak masak. Tapi ghupanya quite simple, cuma kena rendam air garam sekurang-kurangnya 30 min. Boleh goreng rangup atau buat masak telur. Hari tu buat masak telur, boleh tahan! Ada separuh lagi yg mentah, nanti aku nak pairkan dengan Ayam Tandoori.

Agar-agar Santan
Dulu masa ada bibik, aku rajin juga buat agar-agar. Pastu lama dah tak buat sebab guna gula kan (aku pantang gula sebagai langkah mengawal berat badan). Then ada terjumpa agar-agar tali dalam dry cabinet. Ni mesti adik ipar aku beli (tapi tak buat-buat). Aku kuatkan semangat untuk buat sebab sayangkan agar-agar tu nanti dah expire. Kali ni aku buat Agar-agar Santan guna gula melaka. Sebelum ni aku buat yang kaler hijau (kononnya perisa Pandan). Ni sebab ada gula melaka yg adik ipar aku beli jugak tapi tak pakai-pakai, aku decide nak guna gula melaka tu. Same reason, takut terbuang. Alhamdulillah, menjadi dan tak manis sangat (aku takut manis sebab guna 1 ketul gula melaka kot1)

Nasi Daging
Ni pun sebab adik ipar aku beli set Nasi Dagang dulu tapi tak buat-buat. Sebenarnya dah expired tapi serius aku sayangkan beras dalam set tu. Beras mahal kot. Glad I made it because now I know Al Manar set boleh repeat beli. Senang jugak kerja and people will definitely be impressed. Yang penting, main ingredient that is tulang/daging lembu & beef stock dah buat siap-siap. Husband aku suka sangat terus suh adik ipar aku order lagi set Al Manar tu.

Deep inside, I wish the government will extend the MCO. There are so many things I would like to do and learning tajwid is one of the main ones but I still have not opened my notes yet!

Movement Control Order: Sewing

Today is Sunday. I've just completed my #PKPproject which is to make covers for my dining chairs that have been scratched by the cat. Yeay!

Saturday 04.04.2020
I started yesterday morning, after I cleaned my house and did a bit of yoga. I was thinking about what are the things that I have been wanting to do but always blame of not having the time to do it. Then' 'sewing' came to mind and that was how I had the idea to sew the covers. Luckily I've not thrown this one piece of a remnant that would suit the green chair.

And boy, for a once in a blue moon thing like sewing, things were not as smooth as I thought (I thought I could finish the project within a day). 1st, I had to re-thread the bobbin which later had caused varying tension on the thread (wow! those are seamtress lingo!) I had to take a break and watched Youtube to solve that and once solved, the needle broke! Luckily there were spare needles but with codes so not familiar to me. Again, I had to google for info on it and I decided to call it a day. I only managed to sew 2-3 pieces on the sides and I really hope I could finish the project!

Sunday 05.04.2020
Why did I ever commit to this project! That was my 1st thought when I woke up at 5.30 am. But as soon as I remembered watching Captain Marvel last night about being human with lots error but never give up, I quickly got up and determined to finish the project. And Yeay! I officially completed it at 12.00 noon. Alhamdulillah!

Lesson learned about sewing
The sewing machine is not at fault. It functions OK, it is just me that need to know how to go about if issues crop up...

  1. When threading the bobbin, lock the needle.
  2. The thread tension may be affected so adjust on the tension of top thread, as well as the tension of the bobbin thread (I need to hook the bobbin thread on the side).
  3. Needle size depends on the cloth that I'm sewing. The thicker the fabric, the higher the number
  4. To adjust the top thread if it's loose, go for lower numbers.
  5. Always google. The information is very useful
  6. Never give up and be patience. It will be worth in the end