Monday, July 1, 2024

Pengalaman beli oven

 Last week aku beli oven baru kat Harvey Norman sbb ada buat sale 50% off. The weeked before, pegi survey, kali ni memang nak beli terus. Asal nak amik yang RM1k+++ tapi jadi RM3k++! Adoii...tapi tak pa la. Decision was based on capacity and function. Aku berkenan TEKA, dalam RM2k++ tapi dalam/cavity dia macam kecik. Last-last amik Electrolux 72L capacity with 7 functions.

Oven lama

Sebelum ni aku guna brand Fagor. Unfortunately brand ni dah takda orang jual dah so takda customer support. Lama jugak aku dah guna oven tu sejak 2009 (15 tahun). Oven tu still working tapi ntah kenapa pintu depan dia tercabut. Aku bangun pagi tiba-tiba tengok pintu tu dah kat bawah. Ingat nak gam je tapi tak logik la sebab mesti gam kuat pun tak tahan panas kan...

Kenapa nak beli baru 

Kira dah berbulan jugak la, sejak tahun ni tak masak guna oven. Aku cuba try tak masak guna oven tapi macam something missing je. Masa muda-muda dulu aku rajin masak guna oven. Pizza, pasta bake, kek, ikan bakar, roast chicken, roast veggies. Tu yang decide nak replace juga sebab bila nanti dah tak kerja, aku nak buat weekly stock. Masak banyak-banyak pastu simpan seminggu.

Kriteria ketika memilih oven

  1. Aku pentingkan capacity, biar boleh masak banyak sekaligus. Aku puas hati dengan kapasiti oven lama tapi aku tak tahu berapa capacity dia.
  2. Boleh pilih manual atau digital tapi yang digital mahal la sikit. Function pun pelbagai daripada 5 ke 8 function. So pilihan bergantung kepada keperluan.Lagi sikit function, murahla sikit harganya
  3. Rak tepi dinding. Ada oven takda rak tepi untuk slot in tray, senangla sikit nak cuci oven. Tapi betul jugak kata salesgirl tu, nanti bertanda la dinding dengan kesan tray.
  4. Cleaning function. Supaya mudah nak bersihkan oven.  Oven lama aku kena bukak suhu panggil tinggi, nanti yang kotor-kotor tu kering, senang kita nak lap. Electrolux ada yang steam-assisted cleaning, kena letak air sikit.
  5. Last sekali kena cantik la...heh.

Asal nak beli yang range ni saja...tapi ELBA tu dioghang tak display


Mula-mula nak amik ELBA tu je sbb harga asal dia nak dekat RM4k tapi depa takda display.  3 brand yang aku consider BOSCH, TEKA, ELECTROLUX dan ELBA (tapi ELBA takda display). Antar 3 tu aku berkenan kat TEKA sebab handle dia curve sikit.

Tapi bila check cavity dia cam kecik pulak. Aku ingat nak pakai balik tray lama sebab elok lagi. Lagi pun dioghang cuma bagi 1 tray saja. So bila aku pegang tray TEKA tu cam kecik. Masa tu between TEKA or Electrolux sebab BOSCH ada 5 function saja.

Kenapa aku pilih Elextrolux instead of TEKA, sebab:
Dua-dua manual dan dua-dua tombol boleh tekan masuk dalam

Friday, June 28, 2024

Alhamdulillah, terima kasih Allah!

Harini dah Jumaat. Nak cerita pasal result VSP. Jumaat lepas 21 Jun HR ada hantar invitation farewell untuk VSP/ MESRA takers. My name was on the list...Alhamdulillah. Tapi official letter still belum ada.

This week most of them have left since their end date is 30 June. I still have one month to go. Perasaan bercampur-baur. Happy mostly, nervous, sedih sikit-sikit and blur sekejap. I wondered how my last day would be like. Will I send a farewell email to all? Is there anyone gonna treat me lunch before I go? By now, everyone already know that I'll be leaving.

I'm still doing my work. Ada BOD and meeting slide kena buat. Deadline is tight sebab meeting awal bulan. Dok kata this is the last...pasni in sha Allah takda dah. Kalau ada pun, the work-returns is a direct relationship. The more you work, the more you get.







Aku decide nak beli baru sebab miss guna oven. Oven je boleh masak in large quantity. Pastu plan nak buat weekly stock so nak roast veggie and chicken.



Saturday, June 8, 2024

Masih menunggu

 Sepatutnya result VSP announce dalam 1st week of June. Ni dah Sabtu, nak masuk 2nd week, still belum ada apa-apa. Just to remind me, HR panggil aku earlier to tell me previous submission application aku memang company reject. Sedey siot. Tapi katanya HR akan cuba 'selit'.....

Sunday, June 2, 2024

Esok result VSP

Banyak menda happen between now and the last post. Two of them is aku beli IPhone 15 early May and VSP.

IPhone ni asalnya aku nak beli yang previous version saja. Tapi after husband aku pikir-pikir (bukan aku yang pikir...kuang3x) beli je terus yg latest. Future proof selagi tak rosak so dia pesan aku jaga baik-baik. Aku amik easy instalment 36 bulan, Aku sendiri tak caya aku beli sebab aku kan dah nak berenti kerja, mana nak cekau duit bayar bulan-bulan. Tapi aku bukan suka-suka nak tukar phone. Phone Samsung aku rosak sebab terendam dalam air. Aku tak sengaja dan aku memang takda niat nak tukar phone. Sekarang ni masih lagi cuba nak recover gambar-gambar yang ada. Gambar Rome masih belum dapat recover...sob2

Satu lagi pasal VSP. Juga aku tak sangka company ada buka application. Memang aku tak hesitate. Masa tu aku on the way balik ke Bangi dari Perlis. Dalam kul 4.00 pm gitu kot, member sebaya wassap bagitau boleh apply VSP. Ya Allah! Berdebar terus aku ntah kenapa. Mungkin sebab tak sangka. Bila aku sampai Bangi dalam kul 12.00 tengah malam, aku terus bukak laptop and buat application. So application annouced 29 Apr, aku terus apply jadi 30hb Apr sebab dah tengah malam kan.

Aku berusaha juga bagitau boss aku, tanya dia akan sokong tak application aku. Aku pun contact boss lama tanya dia camna dia buat. Dia suh aku convince kan boss aku untuk support aku. Aku juga pegi jumpa CEO bagitau intention aku, aku tulis surat untuk dia and CFO. Aku tak berenti berdoa kepada Allah SWT supaya lembutkan hati CEO dan permohonan aku diterima. Aku selalu berzikir Ya Latif bila teringat pasal VSP. Aku bertawakal kepada Allah SWT. Sekiranya ini rezeki aku, in sha Allah tak ke mana. Sekiranya aku tak dapat, mungkin Allah SWT mahu bagi rezeki lain. Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui Ya Allah!

Kalau dapat la VSP ni, banyak memudahkan aku untuk melaksanakan beberapa perkara. Tapi aku tak nak tulis kat sini sebab in sha Allah esok result keluar. Kalau tak dapat nanti aku sedey....Sesungguhnya di kala ini hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui.

Friday, April 26, 2024

Pengalaman berfisioterapi

 Sebelum puasa aritu aku ter'cedera'. Tengah-tengah exercise (brisk walk indoor je pun) tiba-tiba kaki aku terpeleot. Sakit la jugak bila nak jalan, terdengkut-dengkut. Aku tak leh nak cuti sebab macam ada banyak je menda opis aku kena settlekan. Aku ada pegi jumpa doktor and dapat ubat muscle yang sapu, macam minyak panas la. Bila sapu memang lega.

After a few weeks, aku dah boleh jalan macam biasa cuma bila nak turun tangga, aku masih banyak guna kaki kiri (yang terpeleot kaki kanan). So somehow macam ada effect kat bahagian kiri aku dari bawah sampai bahu. Rasa lenguh-lenguh gitu. Last-last aku decide mintak klinik refer aku kat physiotherapy centre. Aku dapat 1 slot before balik cuti hari raya (Sabtu 6 Apr). Dah lama teringin nak visit physiotherapy centre. Yang aku pegi ni kat OSTIA Bangi.

Bila therapist assess, memang muscle aku sume keras. Aku kena selalu buat stretching rupanya. Aku memang tahu kena stretch masa join personal class yoga dulu. Aku ingat masa COVID lockdown aku rajin buat juga. Aku rasa badan aku memang macam panjang sikit...haha! Maksud aku sebab yoga tu kira stretching kan. Tapi bila dah busy kerja, schedule pun lari. Terus tak buat dah....

To loosen my muscle terapist letak hot pad. Pastu ajar stretching kat affected area. I hope with the sessions, aku akan align balik badan aku ni. Dia ada ajar a few exercises, I like the ones yang nak strengthen my shoulder/ upper body. Sebab aku rasa aku buat weights dari dulu lagi tapi kenapa tak kuat-kuat juga. Aku tanya terapist tu dan jawapan dia logik. Sbb aku ikut Youtube, bukan ikut nasihat based on assessment...haha! Jadi dia kata, betul aku buat tapi mungkin tak address the weak muscle. So yang dia ajar tu basic and senang. Sepatutnya aku boleh buat la. Dia kata untuk strengthening akan amik masa 2 minggu. Tapi aku memang tak sempat buat lagi...hopefully starting minggu depan boleh...

Aku suka physioterapi sebab dia betulkan badan kita. Lifestyle kita sekarang yang menyebabkan badan kita semakin lama semakin sakit. Duduk lama sangat, tengok phone lama-lama, kerja guna laptop/desktop, pastu tak stretch. Lama-lama pikir memang aku rasa dah sampai masa aku pencen for the sake of my wellness.

Aku pun cam plan nak pergi Curve, sebab ada equipment untuk exercise. Nak kena tanya joining fee dulu...


Weight after raya 2024

 Alhamdulillah, surprisingly my weight now is 78.75kg instead of 80kg. Tak da restrict apa-apa tapi memang tak makan sebanyak previous days. Bulan puasa haritu memang tak berapa nak makan nasi, kalau karbo selalu makan mee. Mostly Ramadan aritu masak sendiri macam ramen chili oil, mee suah sup. Dua-dua tu memang favourite. Ada buat nasi goreng sardin, bibimbap etc tapi portion tak sebanyak dulu. Kita makan guna sudu, rasa macam makan kurang sikit bila guna sudu. Pastu rajin buat Chili Garlic soft tofu, best!...Kita cuba untuk lebihkan protein.

I've been following Glucose Revolution who preaches us to start our meal with veggies and protein before carbo. This is to manage and reduce glucose spike which is responsible to cause cravings for unnecessary calories. Dia tak restrict desserts, cuma makan as a reward i.e towards the end. Boleh makan but still in controlled portion. Lagi satu tip yang senang nak follow is to take some vinegar sebelum meal.

Aku pun dah start makan chia seeds pagi-pagi campur dengan plain yogurt, kurma/berries and walnuts.

Tadi kuar lunch dengan member, lunch @ Caravan. Nak order sandwich saja tapi sold out. Aish, bila kita nak jaga makan ada saja halnya. Last-last order Chicken Parmigiana. Portionnya besar, ada fries pulak tu. Malam ni jamuan raya lorong pulak. Hopefully tak makan apa-apa sebab tadi dah makan banyak.

Does money matter?

This post is to provide check and balance for this post 'Reminder for Myself'

In that post, I listed some of the reasons what I want to do and the reasons I want to quit with no mention about what I will not able to do when I have no income anymore.

Before that, nak cerita pasal this week. This week memang sejarah sebab aku kena present 5 paper in a week! Alhamdulillah, Allah tenangkan hati aku, tak neves macam dulu. Dulu present 1 paper pun amik masa sebulan dia punya neves. Jantung macam nak gugur. Selagi tak abis meeting, selagi tu resah. Tapi kali ni memang tenang abis...tak tau la sebab aku tahu aku dah tak lama dah kat sini atau experience make you better. No objection from CEO and she was impressed with my blinking Powerpoint animation. Actually 1 paper lagi kena present next week sebab meeting to dah postpone ke next week. Does this experience would make me to rethink of quitting? Yes I like the feeling of accomplishment but when I remember the chaos that could crop up without knowing when, NO the experience can't stop my urge to quit....

Tinggal 3 bulan saja lagi since aku plan nak tender resignation in July. I don't want to face the craziness after that month. Dengar ura-ura company maybe nak offer VSS for 50 and above. Aku rasa tak sanggup nak tunggu....semoga aku ada rezeki lain nanti, yang penting aku kena usaha.

Aku ni dah bersedia ke yang aku akan tak semewah dulu sebab dah takda income? Camna nak bayar study loan? Nak bagi duit kat mak? Nak pegi jalan-jalan? Aku pun tak tahu. Aku doa kat Allah SWT supaya beri aku rezeki dan jalan supaya aku boleh maintain gaya hidup aku.

Sekarang ni aku rasa duit keluar macam air sedangkan aku beli barang-barang keperluan rumah saja. Aku takda beli baju, handbag selalu sangat tapi kenapa aku rasa macam aku takda duit? Aku kena cari keberkatan dalam duit aku supaya aku sentiasa rasa cukup.

So YES, money does matter but don't make it the only reason for whatever decision that you have to make....

Monday, April 15, 2024

Back to work from Raya

 Raya was a blast. Kami jadi tuan rumah hari raya pertama. Aku tak masak sebab adik ipar aku sume rajin masak. Aku amik part kemas rumah kat depan. Memang langsung tak masuk dapur kau! 

Aku sekarang kat opis. Alhamdulillah, dah lama tak rasa tenang macam ni. Dapat siapkan 1 proposal paper. Ramai cuti lagi kot. Harini takda orang cari...

Aku tengah memikir renovation yang nak buat untuk rumah. Kalau tengok costing, pergh. Idea banyak ni nak buat macam-macam. Yang penting aku nak hidden TV wall feature and lots of storage. Berangan memang banyak. Budget RM100k. Aku kena buat in phases, tak boleh sekali gus.

What we lack is storage. Tapi kena declutter juga. Furniture sekarang pun tak berapa kena. Nanti bila aku dah tak kerja, aku nak jual la perabot yang ada. Dapat la top up untuk beli furniture baru. Semua main ribu-riban je sekarang ni. Ingatkan nak reuse BILLY buat wardrobe tapi masalahnya BILLY tu narrow, tak boleh muat hanger.

Kalau re-use BILLY buat storage utility, possible tak? Hmmmm...kena tengok.



Tuesday, March 19, 2024

Reminder for myself

 Aku perasan bila boss cari, tanya soalan, suruh buat something, present ke CEO...aku terus rasa malas. Terus tak sabar nak berenti keje....kenapa ya?

Aku tak suka diganggu ke? Aku tak suka buat kerja ke? Aku tak tahan kena marah ke? Kalau gini, baik berenti kan...

Aku masih mencari jawapan kenapa aku tak mahu kerja lagi. Antara yang possible

  1. Environment office yang hare. Yes, aku drag nak pegi opis, Masuk kereta nak pegi opis, dah pikir nak balik pukul berapa.
  2. Aku rasa aku tak make any great contribution to the company
  3. Aku sebenarnya nak buat menda lain. If it's money making, the better
  4. Aku nak jaga rumah aku yang semakin huru hara
  5. Aku nak jaga kesihatan yang semakin hari semakin degrading
  6. Aku nak jaga anak-anak, mak, mentua. Aku nak the ability to attend to them whenever I want
  7. Aku nak mengaji
  8. Aku nak bercucuk tanam, buat DIY
  9. Aku nak berkenalan dengan jiran-jiran

Monday, March 18, 2024

Kasyif masuk MRSM Trolak

 Alhamdulillah, haritu Kasyif dapat offer both MRSM dan SBP. Dapat MRSM Trolak dan SMS Alor Gajah. In the end Kasyif pilih MRSM. Ni first anak masuk MRSM. Aku pun belajar benda baru. Ada a few terms lain dengan SBP. Konsep 'Homeroom' memang konsep baru untuk aku. Secara kasar, aku rasa bagus sebab role cikgu yang jadi cikgu homeroom ialah pengganti ibubapa bila di sekolah. Aku ingatkan macam warden tapi bukan. Warden ada jugak, jaga bahagian asrama. Cikgu homeroom jaga dalam 15 orang murid gitu, tak ramai. Kalau warden, dia jaga blok asrama so lagi ramai. I guess cikgu homeroom tempat anak-anak meluahkan perasaan kot. Kalau ngan warden kita takut kan, warden garang! Haha

Hantar Kasyif hari Isnin, 11 Mac. Nampak dia OK. MRSM boleh bawak tepon biasa so aku ada la antar sms kat dia. Weekend baru lepas ni dia balik, abah dia amik. Next week kami pulak pegi Trolak sebab ada Iftar Perdana kat sana. Sebab Kasyif baru masuk kan, so kami decide untuk join.

Lutfi dapat offer SASER kat Seremban tapi tak pegi. Anak-anak aku mana ada yang pegi since Form 1. Lutfi pun nampak cam tak nak pegi so kami tak paksa la....

All the best Kasyif! Moga dapat belajar dengan baik, serlah potensi dan jumpa kawan-kawan yang baik. In sha Allah Kasyif akan mengharumkan nama MRSM Trolak nanti! Mama sayang Kasyif....

Monday, March 4, 2024

RAIZ The Investment App

 Aku start guna Raiz exactly on 9 Nov 2022. So lebih kurang dah 1 tahun 4 bulan. Dalam akaun sekarang ada RM801 which RM200 duit yang aku masukkan. Selebihnya daripada round ups daripada transaction yang aku buat through credit card or transfer or MAE total dalam RM505.68 (sebenarnya lebih lagi tapi Raiz dah tolak RM22 untuk monthly charge RM1.50 per month)

  • % from deposit+round ups dalam 13.6%, tapi ni belum tolak monthly charge RM1.50. % akan turun lagi la, tak setinggi 13.6%
  • Selama 16 bulan, average Round Up dalam 505.68/16 = RM31.60 sebulan
  • Kalau aku nak dapat RM1,600, dalam Raiz kena ada at least RM11,800
  • Tapi Raiz ni ada fees ya:



Lama-lama tgk calculation kat page dia ni, pening pulak kalau nak amik kira from investment perspective.

Aku pikir, nanti bila aku retire, duit belanja pakai duit dalam Raiz. So dia pusing-pusing, belanja - kena tolak masuk Raiz - belanja- kena tolak masuk Raiz...haha...tapi tang charges dia tu...camna nak amik kira? Kalau amik dari akaun bank biasa, kita tak nampak duit masuk. Kalau Raiz, kita nampak duit yang dia dok tolak bila kita berbelanja...

Biar aku pikir lagi....

Saturday, March 2, 2024

Still belum finalize plan for reno

Hari ni 2nd March. Aku tinggal berdua saja dengan Jasmin. The boys and Abah balik Jelempok. Irdina masih di kolej.

Ntah kenapa harini rasa lapang saja. Boss pun tak cari 2-3 hari lepas. Rasa tenang. Pagi tadi pegi jalan kat denai half way sambil dengar Mel Robbins on 'train you brain to manifest'. Half way sebab kaki kanan injured sebenarnya masa buat steps kat rumah hari Selasa pagi lepas. Dr described as 'soft tissue injury on right ankle'. So tak nak la beria sangat berjalan, nanti lagi lambat baik. Alhamdulillah it's recovering although not fully. Hari ni ada booking body massage session jugak at 5 pm, ingat nak mintak urut kaki sekali.

Plan pagi tadi nak pegi IOI City Mall pagi tapi Jasmin tak bangun lagi. Apart from that ingat nak finalize reno project, fixing what I really want. Still takda jawapan. Banyak sangat menda yang aku consider termasuk nak besarkan bilik belakang ke untuk hari tua?

Ya, aku nak yang minimal supaya tak susah nak mengemas. Dalam kepala bila aku duduk rumah nanti, aku akan mengemas cam Scandish Home . At the same time, I tak nak reno lagi so kena pikir betul-betul yang ni. Aku pikir rumah ni aku kena suka sampai aku tua so kena fit untuk aku, anak cucu.

Aku dah ada collect images menda-menda yang aku suka. So features yang confirm aku nak:

  1. Hidden TV feature wall. So bila orang datang and nak formal sikit, boleh camourflage TV and space rasa formal. Untuk husband bawak kawan-kawan dia. Atau untuk kurangkan aku tengok TV...kuang3x
  2. Flexible seating area untuk family as well as formal guests. I want to bring in more guests to my home. Entertain family and friends. Husband boleh buat discussions dengan kawan-kawan.
  3. Porch yang welcoming with sections for hydroponics and tempat lepak. Jadi sliding door nak ganti dengan bifold door. Kat area tu ada seating and plants.
  4. Balcony nanti nak buat port healing so nak letak plants kat situ. Tengah pikir camna nak lindung
  5. Storage pulak, memang nak buat bawah tangga. Sebelahnya nak letak buai sebab area tu selalu jadi tempat kumpul habuk. Bila letak buai, tak perlu la nak alih kerusi untuk vacum.
  6. Besarkan bilik atas (kids)

Aku rasa reno ni kena buat lepas aku berenti kerja supaya aku boleh monitor. Kena sewa tempat lain kot.

Tuesday, February 6, 2024

Mengharungi hari-hari terakhir 2023

 Aku sorang kat rumah, anak-anak keluar pergi Kipmall. Nanti kena amik dioghang dalam pukul 4.00

Hari ni dah 28hb, pejam celik pejam celik dah sampai penghujung 2023. Tak lama dah aku akan memulakan gaya hidup baru bila aku tender resignation aku nanti, tentativenya tender 1 July 2024 (walaupun nanti salary ada naik sikit sbb ada salary adjustment).

Semalam pun ada tengok youtube, someone working in investment bank decided to quit although gaji dia banyak. Tapi dia dah ada income stream lain so ok la. Aku ni tak jumpa-jumpa lagi apa yang aku nak focus on. I wanted to start on youtube posting tapi tak sempat buat apa pun. Tak buat-buat pun 1 video. Tak sempat nak belajar dengan anak aku, Lutfi. Aku pun tak tahu, duit aku cukup ke tidak. Memang agak gamble tapi Alhamdulillah, husband aku dah boleh accept yang aku tak nak keje dah. Itu yang penting sebagai langkah permulaan. Selebihnya aku tawakal kepada Allah SWT supaya bukakan jalan untuk aku jana pendapatan baru.

I've set my mind to quit. There are so many whys on this:

Aku sendiri rasa aku underpaid. I know I have to be in charge of my worth (cari keje lain), I know everybody thinks they are underpaid. Aku rasa aku dah cukup sabar. Aku rasa kalau aku tak buat sesuatu, aku kena accept ke nasib aku camni? Kenapa aku tak cari keje lain dulu? Ntah la. Dulu aku rasa aku boleh accept sebab I was keen to learn. Sekarang, at this age I nak tenang-tenang saja. Masalahnya sekarang dunia dah berubah, VUCA. We have to change or else we will be left behind. Aku rasa aku ketinggalan, overtaken by the young ones. They are faster and quite agile.

Sebelum ni ada opportunity untuk naik tapi aku tak tampil ke depan. Aku tahu expectation daripada management sangat tinggi dan aku rasa aku belum layak. Bila pikir-pikir balik, dulu masa sekolah pun aku camtu. Maybe I don't like to be in the limelight, sbb tu meetings pun aku takda cakap banyak. So kalau aku takda niat untuk move up the ladder, why am I still here?

Sekarang baru aku tahu bagaimana rasa bila ada orang rasa kena drag pegi keje. Sebelum ni aku tak rasa camni. Selalu aku ok je nak pegi keje so that I can get things done and just look forward for the weekend. Tapi sekarang memang rasa malasnya kena pegi kerja, it's dragging me. Maybe I'm sick and tired of the same cycle and not interested in being involved.

I can't imagine myself driving to work for the next 10 or even 5 years. Not even another year.

I'm yearning to do something else. Pay more attention to the kids. Make our house a home cantik-cantik. Jaga diri...masak makanan sihat....



Volunteer to speak

 Today, I volunteered to participate in Toastmaster Club ad hoc speech...Well done to you!