Kira dah setahun lepas dapat kunci in Jan 2018.EVO masih belum aku sewakan sedangkan it's fully furnished. Dah boleh start immediately. Last year aku macam tak sempat nak pikir apa-apa pasal EVO. Nak buat tapi tak buat. Apa yang aku tunggu ntah... Yang boleh timbul balik pasal nak income from EVO ialah bila dapat wassap from property agent (general wassap) suggest harga rental dalam RM1,100....
Rugi dibiarkan kosong
Selama setahun, adalah beberapa kali we all pegi lepak kat EVO. Tido kat sana dalam 2 kali. Saja lepak-lepak mungkin dalam 5-6 kali..dalam setahun. Sikitnya! That's like only 2% of 365 days. Maknanya bukan nak sangatla lepak kat EVO kan. At least kalau 8 kali orang masuk, dah dapat RM100 x 8 hari = RM800. At least income from EVO boleh tolong cover cash untuk bayar rumah Taman Makmur. Dahla still under free maintenance, kalau sewakan memang dapat banyak sikit untung bersih.
Lagi satu aku rasa rugi sebab aku bersihkan unit tu sesaja je. Bukan dapat apa-apa pun. Lepak EVO pun tidak, bersihkan sebab orang masuk pun tidak. Iskkk...
Banyak sangat pikir
Aku yang tak jadi-jadi open to public sebab procrastinate. Sebab procratinate ialah kerana banyak sangat pikir. Not doing the 'Get It Done' practice. Nak cat la, nak deco dulu la, nak buat itu la, nak buat ini la. Too much focus on the esthetic which requires money to spend whereas I don't have that much. Perfectionist trait which is no relevant anymore in this fast pace modern world. Ada a few things yang kena buat dulu macam resolvekan isu bau daripada sinki, pasang kipas dan water heater. Patut guna duit buat yang ni dulu tapi tak buat-buat pun.
Pastu pikir macam mana nak urus serah-amik kunci. Actually ramai dah buat homestay. Takda masalah pun...
Tak baca Telegram EVO group
Kalo aku rajin baca mungkin aku akan terinspired untuk buat homestay cepat-cepat. Banyak source yang aku boleh dapat daripada group tersebut.
Rent out vs homestay
Bila dah dapat kesedaran, aku discuss dengan hubby mentioning nak sewakan je through agent. Dia macam tak berapa setuju, prefer buat homestay. OK, boleh la try homestay dulu. Kalau seronok teruskan, kalo leceh sewakan saja...
No comments:
Post a Comment