Kenapa tidak berjaya maintain berat 2013
- Memang tak monitor apa yang aku makan. Sbb banyak kali kalo makan, tak naik pun. Tapi bila dah start naik aku tak buat apa-apa. Biasalah niat ada, action takda.
- Busy dengan kerja. So sort of macam emotional eating la kot sebab stress dengan kerja
- Umur start masuk 40 in 2015. Orang kata metabolism drop after 40. See, aku tahu tapi aku tak buat apa-apa.
- Aku dah tak amalkan consume Herbalife products. Yela, nanti dah tua nanti dah tak mampu nak beli. Aku pun start phase out Herbalife. So Herbalife x amik, makan tak jaga.
- Aku dah pandai makan malam. Kuantiti banyak pulak tu
Lama aku cari kekuatan nak start balik pikir pasal weight management. Kekuatan untuk start jaga makan. Actually in 2018, a few times dah start dieting tapi tak serious sangat. Kalau log makanan, hari Isnin je yang sempat isi. Hari lain dah tak buat. Makan pun sama. Perasaan aku bila nak makan tu 'Eh sedap ni, rugi kalo tak makan'. Atau 'Ini kali je, in sha Allah nanti burn la balik'....
Bila start rasa bersalah
Berat aku dah capai sampai 76kg. Baju banyak dah tak boleh pakai. Sayang sebab baru pakai beberapa kali. Affect mood betul! Sebab mula start tak confident dok mengenangkan aku 'gagal' mengawal berat badan aku. Serious aku rasa semua benda yang aku buat tak kena. Energy level down, penampilan out asyik pakai baju yang sama jek. Then i got to know, my sis in law yang dulunya bam-bam dah berjaya turun 20kg. Kagum dengan semangat dia, balik kampung pun rilek je exercise (aku dulu buat senyap-senyap dalam bilik). Then apa nak jadi dengan aku ni?
Don't wait for the right time
Lama-lama pikir, aku boleh buat sebenarnya (ulangi kejayaan 2013) tapi mungkin aku kena guna approach lain sebab Herbalife is not for lifetime! Dengan semangat tu plus tagline 'Don't wait for the right time' and 'Just Do It' aku join netball tournament alumni SBP in Aug 2018 walaupun aku langsung x fit. Sebab aku kata this might be a good starting point untuk aku start cergas balik.
Pastu roughly in Nov 2018, workwise aku dah start ada free sikit. aku join yoga. Lama dah nak join. Tapi yoga kan slow sikit so aku kena pikir camna nak include cardio pulak.
Then terpikir gym kat Evo. Aku cari masa pegi gym after work dalam 20 min. Aku start naik treadmill dulu. Jalan slow-slow 4.5km mula-mula. Kalau nak laju naik sampai 6.0km for 1-2 mins. Masa ni berat tak turun-turun pun. Kalo turun pun, pastu naik balik. 74-75kg tu biasa. Sedih tau, rasa dah penat exercise. Guess what's the slack? Makanla!....tak jaga. Aku memang macam dah lupa cara-cara mengawal berat badan. Duh!! Dulu aku tahu before maintenance stage, we have to go through losing weight stage. Meaning kena berkorban sikit, tukar habit etc.Tapi bab makan aku tak berapa berkorban sangat sedangkan losing weight is 80% food 20% exercise!
Makan nasi
Bila aku sedar diri aku bawak bekal pegi kerja. Portion nasi memang sikit dalam 5-6 sudu besar. Tapi balik rumah aku lapar. Bila dah lapar aku capai je apa yang boleh makan. Since Jan 2019 aku start logkan kg macam aku buat dulu. Perasan kalo weekdays ada penurunan, tapi after weekend je, berat jadi sama macam minggu sebelum. Tu yang aku pikir-pikir balik, memang aku kalah dengan karbo. Tapi masa tu rasa macam takleh elak makan nasi. Nasi putih dengan ikan bakar, nasi putih dengan telur mata kerbau, Nasi Arab, Nasi Kotak, Nasi K Wok, Nasi Warung Cikgu...Semua sedapppppppp!
Tapi kekadang, aku rasa aku takdalah nak makan banyak. Malam pun dah tak makan kalau tak lapar. So yang aku takut sangat miss nasi ni kenapa?
Trigger point
Aku tulis ni sebab nak remind aku that's its all in the mind. Prep your mind. Tell yourself why you want to do this. The WHYs must be so deep to make it lasts for a long time. Masa mula-mula nak try buat KETO, aku sendiri yang rasa tak sanggup. Tapi harini dah masuk hari ketiga! Alhamdulillah! Kekuatan tu datang sikit-sikit, bukan sekali gus. Aku rasa aku betul-betul fokus untuk buat KETO bila aku start buat background reading on KETO. Aku tengok YouTube on KETO and buat notes here
Masa tu, perasaan ni membuak-buak nak terus tinggal karbo (masa tu hari Sabtu, KETO aku belum start lagi. Sepatutnya start hari Isnin 11hb Feb). Berbeza dengan tone masa aku tulis kat sini (macam yakin tak yakin).
Lepas tengok Youtube hari Sabtu tu, terus buat shopping list and beli barang based on tips dioghang. Aku tak ikut sebijik-sebijik sbb dioghang kan Mat Saleh. Tapi staple for KETO is avocado, cheese, olive oil, eggs, chicken and beef. Green veggies pun boleh. Rasa lebih yakin untuk start bila dah paham apa beza KETO dengan Herbalife diet, apa yang aku kena buat. Aku rasa sekarang macam dah senang sikit with available apps and tips on Youtube.
- Mula-mula memang susah tapi tetapkan pendirian. Remember your whys
- Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bila ada rasa nak buat, buatla. Jangan tangguh. Walaupun usahanya ciput saja atau usaha yang tu tak menjadi sebab tak kuatkan semangat.
- Kalau macam ni tak jadi, buat cara lain pula. Always look for alternative until you can find what suits you. Time, food, exercise. Tailor and personalize the program suitable to your routine
- Sekarang dah senang dengan apps, shopping list, meal prep, recipes on YouTube. Tinggal kita nak buat ke tak nak jek
Akhir kata, hari ni aku bersemangat sebab aku target nak turun sampai 60kg...wish me luck!
No comments:
Post a Comment