Friday, February 15, 2019

KETO: Day 5

Hari ni masuk hari ke 5. Percaya ke tidak, dah turun dari 74.4kg ke 71.8kg. Belum sampai seminggu, penurunan sudah sebanyak 2.6kg . Alhamdulillah....dulu, punyalah payah nak target turun sampai 73kg. Turun, naik balik, turun...naik balik. Pastu semalam dah dapat ketostick untuk check ketone (order kat Shoppee hari Isnin). Check ketone, Alhamdulillah dah start bakar fat (rate Moderate).
Happy la kejap....tapi aku tak nak selesa sangat sebab:


  1. 1st kita buang air. Karbo ikat air. So penurunan kg tu sebab aku dok buang air dalam badan. Memang rasa kurang bloating. Paha dan perut rasa kecik sikit. aku perasan hari ke 3, selalu sangat pegi bilik air. Mungkin sebab aku minum 4 ltr. Tapi malam aku tak minum pun, bila pegi toilet banyak jugak.
  2. Ada Youtube kata, ketostick ni tak berapa accurate. Aku beli sebab aku tengok channel Dr Boz, dia kata should measure our ketosis to make us accountable. Aku setuju jugak, sebab aku memang kaki measure!


Challenging myself
Hari ni aku nak test pulak diri aku survive tak makan luar. Challenge #1 is Nasi Arab Saba. Officemate ajak makan buffet RM15. Dah la aritu aku kata dah lama tak makan Nasi Arab.Tapi aku cakap nak ikut jek semalam sebab kononnya nak test diri sendiri la ni. I have to be in deep thoughts to rationalize with my mind. Aku nak buat paradigm shift kan...nak buat menda ni pun kena berkorban. Bukan korban tak dapat makan, tapi korbankan nafsu makan yang memang sepatutnya makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Jamah kalau nak rasa....tapi harini aku tak nak jamah langsung nasi, in sha Allah sebab:


  • Bagi at least 4 minggu sebelum start ada cheat day dan start amik sedikit karbo (sikit jek tau)
  • Sekali ketosis hilang, jawabla! Nanti pengalaman pahit berulang kembali

Objektif aku kali ini ialah nak turun lemak. Sekarang dalam 40%. Nak turun 5% dulu. Masa aku 64kg aritu lemak aku ialah 34.7% (weight loss of 10kg in 3 months). Roughly maybe kalau aku consistent, by bulan April 2019.

No comments:

Post a Comment