Wednesday, February 27, 2019

1 pot pasta

Hari ni try masak 1 pot pasta...

1 pack spiral pasta
1 pack mushroom
Bunch of parsley
Chicken breast, sliced
Milk
Cheese (optional)

Tumis bawang besar. Masukkan mushroom and garlic. Pastu masukkan pasta. Untuk kuah, aku campurkan air dan susu supaya tak muak sangat. Biarkan mendidih hingga pasta el dante.

Sementara tu, aku ada chicken breast yang aku dah perap dengan bawang putih dan halia. Aku gaul dengan tepung goreng Bestari dan masukkan dalam Airfryer selama 15 minit.

Bila pasta dah el dante, masukkan ayam dan parsley. Untuk perasa, tambahkan garam, black pepper dan grated cheese.

Simple! Definite masuk list menu dinner aku!

KETO: Monday 3rd week

Guess what...Ketostick didn't turn purple! I've lost it! Argghhh!

Hari Ahad
Konon try tak nak makan pagi, nak try IF tapi around 11 am dah lapar. Aku ada beli breakfast nasi lemak untuk the kids and aku ada jamah sikit Lutfi punya yang tak abis CARBO Pastu aku masak sup cendawan.

Around 2.45pm kami pegi Seremban untuk visit Irdina. Sampai sana dah pukul 3.30pm. Ada menyinggah beli snack la pulak! Aku makan tauhu goreng, keropok keping x 4 pc CARBO, karipap sikit CARBO Pastu makan dekat Man Tom Yam. Tapi aku tak order sebab dah beli nasi briyani ayam. Briyani ni aku makan ayam jek, nasi simpan...OK dah tu tapi masalahnya Lutfi tak habis nasi dia, aku yang voluntarily abiskan nasi dia!CARBO

Malam pulak ada jamah dinner Kasyif (Mac & Cheese) CARBO dan Lutfi (carbonara). Iskkk....

Hari Isnin
Check ketostick. Warna kuning...expected. Hmmm...aku pikir betul-betul. Hampir putus asa tapi kalau aku give up sekarang, apa yang aku dapat? Dah la berat kg tak turun-turun. Sedih tau...tapi aku pikir jugak, sekaranglah aku boleh fokus at weight management since boss aku cuti lama. Come on, aku kena cekal. Kena berusaha untuk turun fat %....

Hari Rabu
Alhamdulillah dah purple. Memang aku tahan tak makan CARBO Isnin dan Selasa. Hari ni aku jamah separuh chicken roll made from bread, chicken, carrot, potato CARBO. Then dinner hirup tom yam. Kg malam 72.7kg. Nanti nak try minum night tea malam ni...



Saturday, February 23, 2019

KETO: After 2 weeks

Tak sangka dah masuk 2 minggu buat keto. Hari ni hari ke 13. The 1st week turun dalam 3kg. Expect turun lagi in week 2 tapi kg jadi static at 71.1kg. Kenapa ek?

Fat % pun ada turun, dari 40% jadi 39.6%. Alhamdulillah. Aku dah rasa kurang bloated kat perut. Tangan rasa ringan (tapi flabby lagi) dan rasa kat area pinggan tu kecik sikit. Muka kejap nampak kecik, kejap nampak besar lagi.

Rasa longgar
Lower part saja yang visually tak nampak turun walaupun bila pakai jeans rasa longgar.
Pastu semalam panik sekejap bila check ketone dalam pukul 8.30 malam lepas dinner. Bukan warna purple! Dan dan teringat nasi kerabu yang makan kat Level 17 tengahari semalam. Iskkk....
Tapi bila check ketone pagi tadi, warna purple balik...Syukur...

Muat tak baju lama ?
Other measure yang aku buat ialah tengok baju lama muat ke tak. Sebab nak bawak pakai pegi opis baju kurung masa aku kurus dulu. Dulu pakai for special occasion jek.

Intermittent Fasting
Yang heran tu kg boleh maintain kat 71.1kg. Kita nak turun lagi. Apa yang kena buat ni?
Baca sikit pasal Intermittent Fasting. Maybe that might help. Konon nak terus buat tapi perut yang dah biasa breakfast ni berbunyi so terpaksa makan pagi. Kita try weekdays la nanti...

Make this an interesting journey
I'm reflecting to remind myself to give this some time. Lower part akan ambil masa (sebab aku ni pear shaped) and I will reach there if I keep on going and stick to healthy clean eating. Make it a journey that I want to experiment and know my body.

Target aku smaller thigh and reduced body part around my hips..


Friday, February 22, 2019

KETO Day 12

Hari ni hari ke 12. Ada meeting kat Level 17. Dioghang ajak makan lunch, ada orang belanja. Nasi Kerabu...hmmm....bekal tinggal kat opis. Option lain ada buah anggur & carrot cake. Perut cam dah lapar jugak...

This is always my weakness. Can't miss if its free food. Tempted but I don't want to jeopardize my keto! So what did I do?

12.30pm
1st I took the grapes as well as a piece of the carrot cake (imagine rectangle cake cut into mini squares). Yes, I ate all of it. Slowly....

1.00pm
Then the Nasi Kerabu. I carefully took a handful of rice. Maybe about 50g (I weighed how much is 50g this morning while the measuring scale was out for my baking). 1/2 of fried fish, some grilled meat, veggies, kuah percik and sambal.

2.23pm
I started to feel the guilt. How can I just throw keto out of the window!! At the same time, part of me says it is OK. It won't hurt.... sigh......

The weight has not budged from 71.1kg this week. Though checked my fat % this morning = 39.6% (yesterday was 39.2%)

Tuesday, February 19, 2019

Am I in ketosis?

Today is day 9. Alhamdulillah, positive progress. Kg turun, fat % pun turun. Adakala tak sabar nak turun cepat. Have to remind myself weight loss takes time. You want this for a lifetime kan....

PENAT
Hari Jumaat aku rasa macam penat sikit. Tak tahula sebab aku period ke, sebab ketosis sedang bermula ke atau hari tu aku memang penat sebab kerja. Lepas masak dinner, mandi. Turun bawah, aku terus terbongkang and tertidur dalam pukul 9.00 malam. Then terjaga dalam pukul 11.30 malam. Bebudak baru nak tido. Husband keluar ngeteh pun aku tak sedar.

METAL TASTE
Just to note that on Sunday Day 7, pegi exercise @ EVO kul 7.00 pagi. Macam biasa buat TABATA 5 sets including 1 elliptical cycle. Perasan aku rasa macam dah ringan sikit bila nak cycle (kena tambah berat dari level 7 ke atas ni). Aku memang tak makan apa-apa sebelum exercise, minum air saja 1.5 ltr. Adalah jamah sikit avocado tapi kononnya nak bakar fat dalam badan dulu, aku tak amik banyak la. Aku prepare omelette untuk after exercise, as breakfast as well as to feed the body after the exercise. Orang kata elok amik protein after exercise.

Balik rumah dalam pukul 8.00 pagi, aku breakfast sambil blogging. Minum air.... pastu aku rasa macam kat lidah aku rasa pahit. Aku minum air lagi, pahit tak hilang. Aik! Apsal ni? Aku terus google tajuk 'how to know you're in ketosis'...article cakap ada metal taste and nafas macam berbau sikit. Aku pulak tak sure yang aku rasa ni 'metal' taste ke tidak...memang aku tak pernah melalui situasi ni sepanjang aku buat diet lain so mungkin kot. Happy la! Alhamdulillah! Nafas tak sure, berbau ke tidak tapi aku dah kena beli mints or gum. Sebelum orang bau baik aku amik langkah berjaga-jaga dulu!

KETONE STICK
Alhamdulillah since dapat ketostick hari Khamis, masih purple walaupun ada jamah carbo sana sikit, sini sikit.

Hopefully if I'm really in ketosis, I can reap the benefits of doing it e.g feeling energized from burning my body fat and improvement in brain function.

Ya Allah! Kau permudahkan perjalanan ku ini semoga aku boleh fokus mengabdikan diri kepadaMu..

Sunday, February 17, 2019

KETO: Day 1 to Day 6

Apa yang aku makan so far?

Day 1: Monday
Morning: 2 eggs fried with butter, salad

Lunch: Mince beef, cauliflower, cherry tomato in butter
Day 2: Tuesday
Morning: Fish salad with olive oil
Lunch: Enoki mushroom & chicken in butter
 Day 3: Wednesday

Morning: Fried egg, avocado, salad with cheese and olive oil

Lunch: Chicken salad lagi

Day 4: Thursday
Morning: Zucchini 'pasta with beef and butter

Lunch: Chicken salad with avocado, chili flakes

Day 5: Friday
Breakfast: Fried egg in butter with cauliflower, cherry tomato


So far the food prepared are edible and suit to my taste. Simple to prepare sebab aku tak berapa ada masa. Friday for lunch, officemate ajak aku pegi Saba buffet (challeging kan!) So aku amik ayam jek ngan salad...

Dinner
Malam basically aku jamah apa yang aku masak untuk my family (mana yang boleh jamah). Contohnya Isnin malam aku bakar butter Ikan Siakap supaya aku boleh makan (remember, its high fat, average protein). Ada lebih, so esoknya breakfast Selasa tu yang aku buat Fish Salad tu. Hari Selasa aku buat Beef with Broccoli, tambah butter sikit so aku boleh join dinner. Ada lebih jugak, hari Khamis aku masak beef tu dengan zucchini. Aku sekarang memang cam tak berapa makan malam sangat. Tak lapar sangat pun. Kalau lapar, aku makan....

Day 6 Saturday:

Pagi-pagi dah kena pegi sekolah anak, ada program. Bangun lambat pulak tu so tak sempat nak prepare apa-apa. Teringat ada mini beef patty and 1/2 avocado, so bawak makan kat sekolah for breakfast. After kelas Lutfi abis aroung 12.30, pegi belanja makan kat Q&A (only both of us, yang lain pegi KUSESS ada chess tournament). Teringin nak makan burger tapi beef burger takda. Aku order Chicken Chop. Bila log dalam Carb Manager app, tinggi carbo sebab breaded kot. Aku pun tak makan coating dia (sebenarnya makan sikit, konon budget ada 20gram allowance for carb! Kuang! Kuang!Kuang! Ada jamah juga nachos with cheese sauce 3 pcs dan white chocolate frappe Lutfi 2 sips. Seram jugak....
Before: Colesalw, salad & Chicken chop. Sauce x makan
After: Breaded coating yang tak makan

Pagi tadi check ketone, sama lagi. Masih Moderate. Kg wise, 71.1kg. Sama macam semalam. Alhamdulillah...tak naik...

Friday, February 15, 2019

KETO: Coco, Avocado, the good fat

Dulu punyalah drag nak jumpstart keto sebab aku dok pikir camna nak survive lama bila buah and dessert tak boleh makan. But further reading/research saved me...

Masa aku acah-acah diet awal tahun aritu, memang ada beli avocado jugak sebab katanya keto friendly tapi sebab tak prep and plan meals, avocado to dah tak elok, jadi hitam. Aku terpaksa buang camtu jek....Mahal kot! Tu masa tak reti. Sekarang dah tahu.

Alternative untuk buah
In keto, alternative kalau aku nak makan buah is avocado. Aku dah terbiasa bawa/makan buah kat opis. It has become my staple for morning snack. Apple paling senang sebab tak payah kopek kulit (orang kata tak elok sebab ada wax, so aku rendam dalam air garam) and tak payah potong bagai. Yang lambat decide nak start keto tu sebab pikir nanti aku takleh makan buah. Pastu aritu bila tengok Youtube on preparing simple keto meals, otak aku baru register yang avocado tu buah. Keto memangla takleh makan buah tapi bolehla makan avocado! Avocado is keto best friend! Sebelum ni aku tahu buat guacamole jek avocado ni. Although guacamole tu sedap, tapi kekadang malas atau takda masa nak prepare. Aritu prep avocado simple jek. Potong-potong, campurla dengan protein and salad. Sedap jugak, lemak-lemak gitu.

Pastu, baru dapat tahu jugak kalau nak makan buah, boleh makan berries (amik secara sederhana ya) sebab net carbo dia rendah. Dulu agaknya tak terpikir nak beli frozen berries, kalau fresh berries macam mahal. Yang boleh beli frozen berries tu asalnya nak makan dengan overnight oat. Pastu dah kena pantang oat, makan berries je la as snack. Sib baik boleh consume, tak membazir...

Alternative untuk sweet tooth
And lagi satu, aku pikir nanti kalo dah keto, tak leh makan dessert. Haah, memang kan....tapi keto allow chocolate yang 70% coco ke atas. Wow! Boleh makan chocolate la! Tak sangka! *Blink blink* Aku suka chocolate, dark chocolate pun OK. aku terus rasa positive. Tu yang boleh rasa nak start tu.
Sebenarnya chocolate yang 70% rasa dia tak manis pun, pahit. Tapi agaknya sebab otak ni dah register 'chocolate' tu manis, dengar boleh makan chocolate terus rasa happy. Pelik kan. Aku la pelik dengan diri sendiri. Because the earlier thought was this: 'Ala, nanti takleh makan dessert, benda manis-manis. Eh! tapi boleh makan chocolate la! OK la tu!' Depa ada sebut brand Lindt, so aku cari brand tu kat Jaya Grocer. The rule is it has to be 70% coco and above. So I bought the 80% and 90% ones sebab tak jumpa 70%. Aku amik 1 square kecik tu for afternoon snack bila rasa lapar. Masa gemuk, tak mau makan chocolate sebab nak diet konon *sedih*. Ni buat keto, aku boleh makan chocolate *happy weeeee*
1 bar of Lindt chocolate belas-belas RM jugak. Aku reason walaupun Lindt tu mahal, tapi dia tak menggemukkan! OK la daripada makan chocolate yang merepek kan....

So remember, it's high fat average protein low carb....

KETO: Day 5

Hari ni masuk hari ke 5. Percaya ke tidak, dah turun dari 74.4kg ke 71.8kg. Belum sampai seminggu, penurunan sudah sebanyak 2.6kg . Alhamdulillah....dulu, punyalah payah nak target turun sampai 73kg. Turun, naik balik, turun...naik balik. Pastu semalam dah dapat ketostick untuk check ketone (order kat Shoppee hari Isnin). Check ketone, Alhamdulillah dah start bakar fat (rate Moderate).
Happy la kejap....tapi aku tak nak selesa sangat sebab:


  1. 1st kita buang air. Karbo ikat air. So penurunan kg tu sebab aku dok buang air dalam badan. Memang rasa kurang bloating. Paha dan perut rasa kecik sikit. aku perasan hari ke 3, selalu sangat pegi bilik air. Mungkin sebab aku minum 4 ltr. Tapi malam aku tak minum pun, bila pegi toilet banyak jugak.
  2. Ada Youtube kata, ketostick ni tak berapa accurate. Aku beli sebab aku tengok channel Dr Boz, dia kata should measure our ketosis to make us accountable. Aku setuju jugak, sebab aku memang kaki measure!


Challenging myself
Hari ni aku nak test pulak diri aku survive tak makan luar. Challenge #1 is Nasi Arab Saba. Officemate ajak makan buffet RM15. Dah la aritu aku kata dah lama tak makan Nasi Arab.Tapi aku cakap nak ikut jek semalam sebab kononnya nak test diri sendiri la ni. I have to be in deep thoughts to rationalize with my mind. Aku nak buat paradigm shift kan...nak buat menda ni pun kena berkorban. Bukan korban tak dapat makan, tapi korbankan nafsu makan yang memang sepatutnya makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Jamah kalau nak rasa....tapi harini aku tak nak jamah langsung nasi, in sha Allah sebab:


  • Bagi at least 4 minggu sebelum start ada cheat day dan start amik sedikit karbo (sikit jek tau)
  • Sekali ketosis hilang, jawabla! Nanti pengalaman pahit berulang kembali

Objektif aku kali ini ialah nak turun lemak. Sekarang dalam 40%. Nak turun 5% dulu. Masa aku 64kg aritu lemak aku ialah 34.7% (weight loss of 10kg in 3 months). Roughly maybe kalau aku consistent, by bulan April 2019.

Wednesday, February 13, 2019

Weight Management: Self Reflection

Hari ni masuk hari ketiga buat KETO. Aku dok pikir lama sebelum nak start keto ni. Banyak kali reflect and muhasabah kenapa diet Herbalife aku tahun 2013 tak maintain sampai sekarang. Actually aku start naik 70kg in 2017, meaning aku berjaya kekal bawah 70kg selama 4 tahun. Tapi kenapa tak boleh maintain? Banyak aku pikir sebab kali ni aku memang betul-betul nak buat paradigm shift...huhu

Kenapa tidak berjaya maintain berat 2013

  1. Memang tak monitor apa yang aku makan. Sbb banyak kali kalo makan, tak naik pun. Tapi bila dah start naik aku tak buat apa-apa. Biasalah niat ada, action takda.
  2. Busy dengan kerja. So sort of macam emotional eating la kot sebab stress dengan kerja
  3. Umur start masuk 40 in 2015. Orang kata metabolism drop after 40. See, aku tahu tapi aku tak buat apa-apa.
  4. Aku dah tak amalkan consume Herbalife products. Yela, nanti dah tua nanti dah tak mampu nak beli. Aku pun start phase out Herbalife. So Herbalife x amik, makan tak jaga.
  5. Aku dah pandai makan malam. Kuantiti banyak pulak tu
Lama aku cari kekuatan nak start balik pikir pasal weight management. Kekuatan untuk start jaga makan. Actually in 2018, a few times dah start dieting tapi tak serious sangat. Kalau log makanan, hari Isnin je yang sempat isi. Hari lain dah tak buat. Makan pun sama. Perasaan aku bila nak makan tu 'Eh sedap ni, rugi kalo tak makan'. Atau 'Ini kali je, in sha Allah nanti burn la balik'....


Bila start rasa bersalah
Berat aku dah capai sampai 76kg. Baju banyak dah tak boleh pakai. Sayang sebab baru pakai beberapa kali. Affect mood betul! Sebab mula start tak confident dok mengenangkan aku 'gagal' mengawal berat badan aku. Serious aku rasa semua benda yang aku buat tak kena. Energy level down, penampilan out asyik pakai baju yang sama jek. Then i got to know, my sis in law yang dulunya bam-bam dah berjaya turun 20kg. Kagum dengan semangat dia, balik kampung pun rilek je exercise (aku dulu buat senyap-senyap dalam bilik). Then apa nak jadi dengan aku ni?

Don't wait for the right time
Lama-lama pikir, aku boleh buat sebenarnya (ulangi kejayaan 2013) tapi mungkin aku kena guna approach lain sebab Herbalife is not for lifetime! Dengan semangat tu plus tagline 'Don't wait for the right time' and 'Just Do It' aku join netball tournament alumni SBP in Aug 2018 walaupun aku langsung x fit. Sebab aku kata this might be a good starting point untuk aku start cergas balik.
Pastu roughly in Nov 2018, workwise aku dah start ada free sikit. aku join yoga. Lama dah nak join. Tapi yoga kan slow sikit so aku kena pikir camna nak include cardio pulak.
Then terpikir gym kat Evo. Aku cari masa pegi gym after work dalam 20 min. Aku start naik treadmill dulu. Jalan slow-slow 4.5km mula-mula. Kalau nak laju naik sampai 6.0km for 1-2 mins. Masa ni berat tak turun-turun pun. Kalo turun pun, pastu naik balik. 74-75kg tu biasa. Sedih tau, rasa dah penat exercise. Guess what's the slack? Makanla!....tak jaga. Aku memang macam dah lupa cara-cara mengawal berat badan. Duh!! Dulu aku tahu before maintenance stage, we have to go through losing weight stage. Meaning kena berkorban sikit, tukar habit etc.Tapi bab makan aku tak berapa berkorban sangat sedangkan losing weight is 80% food 20% exercise!

Makan nasi
Bila aku sedar diri aku bawak bekal pegi kerja. Portion nasi memang sikit dalam 5-6 sudu besar. Tapi balik rumah aku lapar. Bila dah lapar aku capai je apa yang boleh makan. Since Jan 2019 aku start logkan kg macam aku buat dulu. Perasan kalo weekdays ada penurunan, tapi after weekend je, berat jadi sama macam minggu sebelum. Tu yang aku pikir-pikir balik, memang aku kalah dengan karbo. Tapi masa tu rasa macam takleh elak makan nasi. Nasi putih dengan ikan bakar, nasi putih dengan telur mata kerbau, Nasi Arab, Nasi Kotak, Nasi K Wok, Nasi Warung Cikgu...Semua sedapppppppp!

Tapi kekadang, aku rasa aku takdalah nak makan banyak. Malam pun dah tak makan kalau tak lapar. So yang aku takut sangat miss nasi ni kenapa?

Trigger point
Aku tulis ni sebab nak remind aku that's its all in the mind. Prep your mind. Tell yourself why you want to do this. The WHYs must be so deep to make it lasts for a long time. Masa mula-mula nak try buat KETO, aku sendiri yang rasa tak sanggup. Tapi harini dah masuk hari ketiga! Alhamdulillah! Kekuatan tu datang sikit-sikit, bukan sekali gus. Aku rasa aku betul-betul fokus untuk buat KETO bila aku start buat background reading on KETO. Aku tengok YouTube on KETO and buat notes here
Masa tu, perasaan ni membuak-buak nak terus tinggal karbo (masa tu hari Sabtu, KETO aku belum start lagi. Sepatutnya start hari Isnin 11hb Feb). Berbeza dengan tone masa aku tulis kat sini (macam yakin tak yakin).
Lepas tengok Youtube hari Sabtu tu, terus buat shopping list and beli barang based on tips dioghang. Aku tak ikut sebijik-sebijik sbb dioghang kan Mat Saleh. Tapi staple for KETO is avocado, cheese, olive oil, eggs, chicken and beef. Green veggies pun boleh. Rasa lebih yakin untuk start bila dah paham apa beza KETO dengan Herbalife diet, apa yang aku kena buat. Aku rasa sekarang macam dah senang sikit with available apps and tips on Youtube.

Image result for keto
Lesson learnt

  • Mula-mula memang susah tapi tetapkan pendirian. Remember your whys
  • Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bila ada rasa nak buat, buatla. Jangan tangguh. Walaupun usahanya ciput saja atau usaha yang tu tak menjadi sebab tak kuatkan semangat.
  • Kalau macam ni tak jadi, buat cara lain pula. Always look for alternative until you can find what suits you. Time, food, exercise. Tailor and personalize the program suitable to your routine
  • Sekarang dah senang dengan apps, shopping list, meal prep, recipes on YouTube. Tinggal kita nak buat ke tak nak jek
Akhir kata, hari ni aku bersemangat sebab aku target nak turun sampai 60kg...wish me luck!

Sunday, February 10, 2019

KETOGENIC: Getting my mind ready

KETO is not just another diet. We have to get into a lifestyle change.
It's a shift in what you eat

Make FAT your main energy source, not CARB (sebab CARB ada glucose)

If KETO is a diet, there're tonnes of other diets. And if diets work, it could have been the diet.

Protein
Width 2-3 fingers. Thickness 2 palms together

Fats: Rule of 3
1 tbs of olive oil x 3
Stay away from veggie oil. Unrefined palm oil is OK.
We want saturated fat

Veggies:
Cupping by hands. Can go up to 3 cups
Less of starchy veggies (below the ground veggies). Take greens

Don't take a lot of dairy products such as milk and cheese
Don't do DIRTY KETO such as

  • processed food and diary (termasuk cheese)
  • Carbs should come from nutrient densed veggies, not 'low carb' pizza

Give a couple of months before you go for a cheat day.

My #1 tip to start on KETO Diet is to get your mindset changed by watching videos or read on KETO. If you still have doubts in yourself whether you can do it, take more time before embarking. Because KETO needs a lifestyle change if you want it to stay. OR you could try first but I think it might not last long since your mindset still treats KETO is just like any other diet. It might help if you hold on to your WHYs. My WHYS is to avoid potential diseases especially cancer and PCOS.

My #2 tip is to get Ketone Strips to hold you accountable.

I found this video by Dr. Boz is helpful. This is Part 3. Do watch from Part 1


Thursday, February 7, 2019

Apa cerita EVO?

Kira dah setahun lepas dapat kunci in Jan 2018.EVO masih belum aku sewakan sedangkan it's fully furnished. Dah boleh start immediately. Last year aku macam tak sempat nak pikir apa-apa pasal EVO. Nak buat tapi tak buat. Apa yang aku tunggu ntah... Yang boleh timbul balik pasal nak income from EVO ialah bila dapat wassap from property agent (general wassap) suggest harga rental dalam RM1,100....

Rugi dibiarkan kosong
Selama setahun, adalah beberapa kali we all pegi lepak kat EVO. Tido kat sana dalam 2 kali. Saja lepak-lepak mungkin dalam 5-6 kali..dalam setahun. Sikitnya! That's like only 2% of 365 days. Maknanya bukan nak sangatla lepak kat EVO kan. At least kalau 8 kali orang masuk, dah dapat RM100 x 8 hari = RM800. At least income from EVO boleh tolong cover cash untuk bayar rumah Taman Makmur. Dahla still under free maintenance, kalau sewakan memang dapat banyak sikit untung bersih.

Lagi satu aku rasa rugi sebab aku bersihkan unit tu sesaja je. Bukan dapat apa-apa pun. Lepak EVO pun tidak, bersihkan sebab orang masuk pun tidak. Iskkk...

Banyak sangat pikir
Aku yang tak jadi-jadi open to public sebab procrastinate. Sebab procratinate ialah kerana banyak sangat pikir. Not doing the 'Get It Done' practice. Nak cat la, nak deco dulu la, nak buat itu la, nak buat ini la. Too much focus on the esthetic which requires money to spend whereas I don't have that much. Perfectionist trait which is no relevant anymore in this fast pace modern world. Ada a few things yang kena buat dulu macam resolvekan isu bau daripada sinki, pasang kipas dan water heater. Patut guna duit buat yang ni dulu tapi tak buat-buat pun.

Pastu pikir macam mana nak urus serah-amik kunci. Actually ramai dah buat homestay. Takda masalah pun...

Tak baca Telegram EVO group
Kalo aku rajin baca mungkin aku akan terinspired untuk buat homestay cepat-cepat. Banyak source yang aku boleh dapat daripada group tersebut.

Rent out vs homestay
Bila dah dapat kesedaran, aku discuss dengan hubby mentioning nak sewakan je through agent. Dia macam tak berapa setuju, prefer buat homestay. OK, boleh la try homestay dulu. Kalau seronok teruskan, kalo leceh sewakan saja...

Wednesday, February 6, 2019

KETO Oh! KETO

Sebenarnya aku dah pernah set goal untuk follow ketogenic diet in 2016. Read it here
Segan pulak rasanya sebab tak jadi-jadi lose weight through keto, tak strong melawan nafsu. Masalahnya, aku dan family aku jenis yang 'pemakan'. Semua boleh makan tapi keburukannya ialah takda PORTION CONTROL. Kenapa la aku susah sangat nak turun berat badan melalui diet.

Target date
OK, this time aku akan cuba sedaya upaya aku untuk follow keto diet for 2 weeks starting next week 11 Feb hingga 25 Feb . No rice sebab nak get into ketosis early. Actually aku boleh makan nasi sebab boleh amik carbo maximum 20g. 20g tu dalam 2 sudu besar nasi. Kalau 50g, nasi tu dalam suku pinggan makan biasa tu. Tengoklah macam mana nanti.

Expectation
I expect to lose 7kg after 4 weeks. This might mean I might lose 3.5kg after 2 weeks. First, I will lose water in the 1st week. Only then I will be in ketosis and start burning fat, if I hang on there... I have to...

My meal plan
Since January, sebenarnya aku bawak bekal/ bento ke office. Bawa nasi juga tapi sikit, macam around 20g carb (tapi masalahnya ada amik carbo lain dalam bentuk biskut). Lagi satu aku dok breakfast dengan oat and freash milk. Oat is not keto friendly.

Bila kali kedua buat keto diet ni, rasa macam boleh buat kot. Yang penting stock makanan keto ada kat rumah. Staple keto ingredients:
Telur         ada
Cheese      ada
Olive oil   ada
Broccoli    ada
Avocado    dah start makan

Kat rumah sekarang ada frozen berries. Sib baik starting keto boleh makan (segenggam sahaja). Pastu boleh makan kekacang (tapi jangan banyak) as snacks. Sayur hijau boleh makan. Apa-apa sayur atau buah yang rasanya manis macam labu, apple merah jangan makan dulu. Aku dok makan green apple sebelum ni tapi sebenarnya 1 biji Granny Smith green apple is 10.8g carb!

Lagi satu, chocolate boleh makan dalam keto tapi kena amik yang at least 70% coco and without added sugar... Resources (Youtube) suggest Lindt brand. Nanti nak carilah! Boleh makan as snack...

The weight has not budge

Today is already 5 Feb, Chinese New Year Day. My weight yesterday was still 74.5kg. I've been at this weight since the past 2 Mondays. Clearly what I'm doing is for 'maintenance' stage (still feels like in 'losing' weight mode as I really controlled my portion). A bit disappointed at first but I keep telling myself I'm about to change my lifestyle for the better so definitely this will take time. I need to identify the pitfalls, loopholes or gaps in my current lifestyle so I can alter the unwanted habit and live better. Here are some WHYs I have not achieved any results, I think...

Mistake #1 Did not put any target date
Yes, I wanted to get back to 70kg first but I didn't put WHEN I'm supposed to achieve it. I thought I didn't want to be too obsessed about it and want it to be as natural as possible. Clearly, I have forgotten the rule of success in losing weight.
Actually, many things are happening this year which could be the target or deadline for my weight management effort. My brother's getting married in Aug, planning to go to Korea in Dec, I resume my duties as manager so there'll be a lot of meetings and presentation and it would help if I could be at my best. The closest date is in March where my cousin is getting married.

Mistake #2 Didn't follow any specific diet
I was in high protein diet when I did my HERBALIFE Challenge in 2013 in 30 days. This time as I didn't want to rely on products, I just assumed what's healthy and focused on controlling on my portion. Trying to eat everything but have my portion controlled, sounds possible. However, that didn't work and I don't know why. I suspect it's the carbo intake.

Mistake #3 Weekend as cheat day too often
I treat every weekend as my cheat days (Sat & Sun) as I don't cook on weekends. By right I should maintain in 'lose weight' mode and resist temptation at least for a month.

I decided to follow KETO diet so currently I'm doing a background reading on KETOGENIC diet.