Tuesday, December 21, 2021

Sambutan birthday ibuku yang ke 67

 Jumaat aritu aku dah siap-siap amik cuti. Lunaskan 2 tasks pagi-pagi lagi and bertungkus lumus memasak untuk lunch. Masak Nasi Ayam saja...patutnya senang tapi ntah kenapa aku kelam kabut juga. Alhamdulillah, sempat buat dessert sekali and settle before mak aku sampai...

Esoknya kami menginap 1 malam di hotel Marriott Putrajaya. My little sister dah booking 5 bilik hotel kat situ guna voucher yang dia dapat sebab dia join membership so 3 bilik kira free (kira dia belanja la). Kira punya kira, husband aku malas nak ikut sebab nak bagi jalan pada orang lain untuk tido hotel. Kalo dia ikut, nanti nak kena pikir sapa tido mana. Kalo dia tak ikut, kira my mum tido dengan aku with my kids so tak payah la nak bahagi bilik lelaki and perempuan.

Memang takda plan beria bagai, cuma aku ada treat mak aku spa treatment kat Marriott. Actually kalo ikut website, spa dia tutup and kena pegi IOI Palm Garden kalo nak gi spa. So aku pun call IOI Palm Garden nak booking...Alhamdulillah, dia kata by Saturday dioghang dah pindah ke Marriott. Yes! Kan senang, tak yah la nak kena naik transit pegi IOI Palm Garden pulak. Kami book pukul 3.30. Aku pilih reflexology dan urut kepala/bahu/spinal. Aku tak pilih massage full body sebab takut mak aku tak mau bukak baju.




Alhamdulillah therapist OK, massage dia berasa. Tapi ambiance tu kureng la sebab baru pindah kan...bau aromatherapy from minyak pun takda. All in all aku puas sebab akhirnya dapat treat mak aku spa treatment. Massage ambil masa 2 jam so kami abis dalam pukul 5.30pm. Pastu balik bilik, buat surprise kat mak. Adik aku dapat complimentary cake (ada 3)...puas la makan kek.

Dalam 7.30 pm dah nak siap-siap pegi makan kat Balqis Restaurant kat Ayer 8. Aku dah buat reservation and set menu sekali. Nervous jugak takut servis lambat or not as expectation. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Makanan ngam-ngam, lebih dalam 2 tupperware kecik saja. Mulanya ada bday surprise orang lain...ada 2 orang. Pastu saja adik ipar aku suggest beli pinacota buat as cake untuk my mum pulak. Yg syok sebab ada lagu birthday in Arabic...best pulak lagu dia! Haha!

Thank you Allah! Dia sebaik-baik perancang!....Semoga ibu ku sihat walafiat, dikurnia rezeki yang luas, dipermudahkan urusan, tenang dan bahagia. Aku sayang ibuku, berilah aku peluang menzahirkan kasih sayang ku....Aminnnn


 

Wednesday, December 15, 2021

Rilek sikit dan berangan Glamping

 Alhamdulillah, hari ni rasa rilek sikit sebab takda meeting ujung-ujung tahun ni...sume orang amik cuti. Masalah dah rilek sangat cam bermalas-malasan pulak. Masak breakfast je arini, sepatutnya boleh masak lunch sekali...huhu

Hari ni barang yang order from Shopee dah sampai. Cepat betul...order hari Isnin dah dapat hari Rabu. Order perkakas memasak camping sebab nak pegi glamping kat Hibiscus Sedim, Kedah on 23 Dec. Cam best glamping ni sebab tido dalam khemah tapi tak payah bawak tempat tido...haha! Of course harga lebih sikit dari tapak khemah. Kalo glamping kat Selangor or Perak, harga mungkin sama macam sewa bilik homestay! But it's an alternative experience so I guess harga justify kat situ gamaknya. Nak tido dalam khemah tapi tak nak hassle bawak barang-barang camping e.g sleeping bag, toto etc.

Aku cam extra excited terpikir-pikir nak masak apa. Food camping pun banyak choice sekarang ni. 

  1. Yg dah siap tinggal makan e.g Kembara tapi yang ni mahal sikit sebab dia dah ada heating element. So nak panaskan tak yah pakai air panas. Tapi yang ni agak mahal dlm RM18 per pack
  2. Kalo old school, ready made Brahim tu. Brahim ada 2 jenis, yg 100% ready made, yg ni kena reheat, panaskan masuk microwave atau rendam dalam air panas kalo nak sedap. Yg lagi satu jenis Brahim buat cam kuah atau sauce. Yg ni kira macam 50% ready made sebab still kena prep and masak. Aku pernah bawak pek Asam Pedas masa gi Korea in 2019. Beli ikan fresh kat pasar, balik masak ngan kuah Asam Peda Brahim tu. Sedappppp...boleh beli lagi Asam Pedas tu.  
  3. Kalo nak masak and nak senang... masak Maggi je. Masa ni la kami boleh makan Maggi (sebab tak elok makan selalu, special occasion saja...kuang3x)
  4. Masak simple-simple. Kalo tengok Youtube, Mat Saleh masak best-best. Doesn't mean camping menu kena makan menda tak sedap...tu yang ter-inspired tu
Hibiscus Sedim tu ada provide breakfast, so tak yah masak untuk pagi. Tinggal untuk dinner masa sampai and tea time masa mandi sungai. Selalu lepas mandi sungai mesti lapo....My plan is nak masak telur goreng, ikan bilis goreng, sayur campur goreng makan ngan nasi putih and sambal Che Nor yang peket kecik-kecik tu. Kebetulan ada botol kicap kecik dapat dari kenduri mak sedara aku last week. Cam sedap kan...haha! Pastu as tambahan, masak Maggi juga. Buat hot chocolate minum ngan marshmallow...pergh!

Sounds good to me!


Tuesday, December 14, 2021

My long lost friend Zied

Alhamdulillah, seperti Allah SWT mengabulkan wish aku untuk contact balik my long lost friend, Zied.  Aku ada contact dia sekali sekala, tapi dia jawab sepatah dua saja. Paling recent ialah 2018, itu pun tak cakap banyak....aku pernah melukakan hati dia dulu, so I thought maybe dia masih marah kat aku.

Then this year she contacted me and I was thrilled! Pastu dia ada balik Msia in Sept and duduk rumah kakak dia which is near to my house. Sebelum ni kalo dia balik Msia dia takda inform aku tapi dia kata memang tak sempat pun kalo nak jumpa sebab packed dengan jumpa family/sedara mara. Aku paham dan aku takda terasa hati pun.

After flight sebab tengah COVID ni, dia kena self quarantine dulu. So masa dia nak potong gelang, kakak dia tak dapat antar dia kat Klinik Kesihatan so aku volunteer nak amik/antar dia. Rasa best sebab dapat bantu dia. Then dia lepak umah aku jap....we make plans for the weekend. Aku ajak dia gi spa and dia OK nak buat mani/pedi so I booked CURIO SPA on Saturday. Dengan anak lelaki dia sekali buat mani/pedi....haha!

Thank you Allah pertemukan kami semula. Physically she hasn't changed a lot but the way she speaks, she's a lot pious than me! I pray to Allah SWT lindungi la dia dari mara bahaya, fitnah dunia dan tetapkan imannya...semoga dipermudahkan urusannya, tabah dan bahagia dunia dan akhirat.





Monday, December 6, 2021

Re-organize dapur

Tetiba aku semangat pulak nak re-organize dapur. I mean reorganize barang-barang dalam kabinet. Asalnya aku nak kemas kabinet yang aku letak periuk, nak kuarkan barang-barang yang aku rasa nak let go. Nak bagi ruang pada periuk baru sebenarnya...hehe. Masa tu dalam pukul 5.00 pagi, ingat nak masak sarapan untuk Lutfi pegi sekolah. End up aku masuk nuggets dalam airfryer saja sebab dah sibuk mengemas.

Pastu di melarat ke kabinet cawan la, kabinet kuali la, kabinet pinggan...basically semua la.... Yang aku buat ni hari Rabu, hari aku nak pegi IKEA. Aku pikir dah alang-alang nak gi IKEA carilah kitchen organizer sekali kalau ada.

Hari Khamis aku keje so aku sambung hari Jumaat sebab aku cuti. Hari Sabtu aku cari organizer kat Mr DIY and jumpa. Hari Ahad pegi lagi Mr DIY kat Bangi Gateway and jumpa juga apa yang aku cari.

I am inspired by gambar-gambar dalam Pinterest tapi diingatkan juga jangan terpengaruh dengan organization yang kena beli banyak-banyak container tu....kalo kita duduk rumah saja takpa.

Cantik kan...from this link

My cabinets



Lupa pulak nak amik gambo before....kotor Ya Rabbi!

Items yang banyak pakai yang bawah sekali je...Yg lain tak pakai

Main tenggek-tenggek jer



Semua cawan/ glasses dikeluarkan masuk bakul


Will update on the progress. Petang ni nak pegi Mr DIY lagi nak tukar rack yang beli semalam sebab besar sangat, tak muat masuk kabinet....

1st step: Beli saham IPO

Guess what...last week aku tengah surf M2U and ntah kenapa, aku terclick kat e-Share..and ada  2 company tengah offer IPO! Memula aku blur...macam nak ignore saja but somehow company Aurelius Tech tu cam pernah dengar. Then terngiang-ngiang apa yang AAA brief aritu pasal IPO. Ada belajar sikit-sikit pengenalan on saham IPO tu apa. Rasa macam untung kalo kita beli...then aku terpikir mungkin inilah masanya? Dah la aku target nak get into trading by this year. So far mmg takda beli saham pape lagi. Aku pun terpikir why not try je beli saham IPO ni. Kalo berjaya dapat, kira aku meet la target aku nak beli saham this year.

Mula-mula aku sayang nak spend duit...then the new me kata 'cuba saja...this kind of mindset yang membuatkan aku terkebelakang...' Aku pun nekad spend on applying for Aurelius Tech and Swift Haulage, combined total around RM700.

Pulangan sepadan dengan modal yang dikeluarkan

Kelakar kan, bila nak kuar modal, ratusan saja pun berkira tapi nak kira untung sampai beribu riban....isk, kena ubah tu...sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Target kecil-kecil dulu asal konsisten buat profit regardless berapa RM. Risiko ada di mana-mana...go by percentage % ok. So kalo berani kuar RM100 saja, 100% untung ialah RM100. Jangan la expect RM1,000 pulak. Orang yang boleh dapat banyak untung sebab modal dia besar juga.

Lagi pun ni baru application, belum tentu aku dapat pun....kena tunggu tarikh dia announce dalam 17hb (SWIFT Haulage) and Aurelious 15hb. Bestnya kalo dapat! Permudahkan Ya Allah!

Hopefully aku dapat la beli saham IPO tu. Semangat nak belajar trading ni...

14/12/2021 update: Aku tak dapat beli saham ATECH. Duit aku Maybank pulang balik...huhu

Saturday, December 4, 2021

Denai Sungai Langat

Kawasan perumahan aku sebenarnya terletak berhampiran Sungai Langat. Rupanya kerajan tempatan ada buat denai or jalan bertar berdekatan dengan sungai tu. Baru ni je...siap masuk berita and ada perasmian semua.

Anak aku Lutfi excited and ajak aku jogging kat track tu. Ku turutkan la permintaan Lutfi ni...tak menyesal beb...rasa sihat lepas berjalan. Kebetulan cuaca nyaman tak panas. Kami kuar rumah dalam kul 6.50 pagi. Lalu ke denai memang betul-betul tepi sungai. Syok dengar bunyi air sungai mengalir, rasa macam tengah bercuti. 

Distance denai one way is roughly 2km so two way around 4km. Pegi kami lalu denai tapi balik ikut jalan raya yang biasa kereta lalu masuk Bangi Perdana. Sambil tu menyinggah gerai beli sarapan on the way balik

Kami start dari sini (dekat lorong rumah kami)



Track denai bersebelahan Sg Langat




Sign ni boleh nampak dari tepi jambatan jalan persiaran ke UKM

My steps tak sampai pun 8,000 untuk 4km tu. Aku rasa dah jauh dah, macam boleh dapat 10,000 tapi tak. Petang tu baru dapat 10,000 lepas jalan-jalan kat EVO, menapak dari Kiddo Science kat Bangi Sentral. So bila kira-kira, kena jalan dalam 5km baru dapat 10,000

Lutfi tertido kepenatan selepas jalan-jalan pagi tu. The best thing was, malam tu ada orang belanja dinner pulak. Memang berbaloi la bakar kalori pagi tu!

Menghabiskan Annual Leave 2021

Aku dah start nak abiskan cuti tahunan 2021. Cuti aku mmg banyak dalam 18 hari lagi sebab MCO and sebelum ni kerja banyak sangat  sampai takleh nak cuti. So December je la aku berpeluang guna cuti-cuti aku tu.

Alhamdulillah, mostly apa yang aku listkan yang aku kena buat dapat dilaksanakan. Terima kasih Allah....

Rabu 1 Dec 2021

Aku ada amik cuti hari Rabu 1 Dec. Asalnya takda plan nak buat. Last minute aku plan nak dedicate pegi IKEA/MyTown. Boleh aku survey tengok cabinet yang aku aim depan mata dan exercise jalan kaki dapatkan steps. Keluar rumah kul 9.20 pegi MRT Kajang. Duration dari start naik MRT sampai MyTown dalam 45 min juga so sampai MyTown/IKEA dalam kul 10.30 am. Awal lagi so kedai memang baru bukak and orang tak ramai, tak orang mmg dah ada la kat IKEA tu. SOP wise mmg dioghang strict and check. Plan asal mmg ada member yang pegi IKEA juga tapi last minute cancel sebab dia terlupa dia belum fully vaccinated lagi.

Aku takda la nak beli apa sangat sebab naik MRT kan...saja nak tgk-tgk je. Sekali tu ada colleague sorang lagi inform dia nak mai juga IKEA and dia bawak kete. So daripada tak beli apa-apa, aku habis la jugak dalam RM500 sebab beli

Sikit jeee

  1. SORTERA storage untuk letak kotak susu dan botol kaca untuk recycle RM120
  2. EKTORP sofa + foot stool cover RM240
  3. SERVING DISH sebab yang aku selalu kat rumah dah sompek. Aku beli 3pcs RM80
  4. DRONJONS magazine file nak guna as kitchen organizer RM30
  5. RM30 lagi beli MAMMUT kerusi  budak RM30 sebab ada member kirim

* Aku tengah semangat nak reorganize kitchen ni. Sampai sekarang tak settle lagi....kuang 3x

Tak perasan mask letak atas kepala

Lapoooo...

Jumaat 3 Dec 2021

My TO DO LIST

  1. Amik IC baru
  2. Hantar Kakak pegi TBS
  3. Make appointment for Putih (dah contact vet tapi tak fix date lagi)
  4. Facial: terjebak beli products around RM1,000 tapi product aku mmg dah abis pun

Tuesday, November 30, 2021

Trying to manage my weight again...Sigh!

My weight has crept to 74kg yall! I couldn't figure out why it slipped. .......Actually I do:

Previously I control my rice intake and seldom eat for dinner. I exercised yoga plus some other targeted exercise e.g for abs and arms. This was end of last year.

Start of 2021, my weight was still below 70kg until Raya in May. Then I started to lose track and didn't watch my intake. 'Ayam Goreng Singgit' can be declared as a staple snack/meal instead of veggies which is not good at all. Then I fall back to 'sayang kalo tak abis ni, so biar I abiskan'.....Iskkk

I'm in grief now. Dah beberapa kali cuba nak diet tapi separuh jalan. Baju banyak yang dah ketat. Aku rasa cermin kat rumah ni cam menipu sebab bila kat rumah aku rasa cam OK lagi tapi bila keluar, lalu-lalu kat shop window nampak dah berisi teruk. 

Cuba lagi...usaha tangga kejayaan

Semalam dah start cuba KETO diet. By that I mean tak mau amik nasi. Yg jadi semangat sebab dah beli avocado 3 biji. Boleh buat guacamole makan dengan salad. For lunch, tak ingat lunch makan apa...Owh! Ayam goreng Singgit 2 ketul. Dinner makan salad ngan guacamole. Hari pertama dah ada challenge....anak bawak balik pulut kuning dan rendang ayam satu bekas besar each sebab ada jamuan kat KAFA! Adusss, tgk pulut kuning mengancam betul tapi Alhamdulillah jamah rendang ngan telur saja.

Hari ni, hari kedua. Pagi buat shake dragon fruit campur ngan almond milk, yogurt, choc protein, coffee, chia seeds and some walnuts/kuaci. Lunch actually tak lapar tapi teman husband makan, so I makan rendang semalam plus salad and guacamole. Dinner nak kena buat chicken chop.

Yang boleh trigger nak diet bila ada tips kata makan menda yang sama je selama 2 minggu...so I thought I can do that sebab sebelum ni macam blur nak makan apa bila nak diet. Dok pikir leceh nak pikir menu diet la. Biasa la, alasan memang banyak!

Aku nak kurang intake nasi je dulu. Makan masih cam biasa sbb KETO tak kisah sangat yang goreng-goreng. Aku akan cuba kurangkan la...

Semoga ada hasil selepas 2 minggu.



Monday, November 22, 2021

DDA termination done!

Alhamdulillah, today marks my 1st experience stepping into a Public Mutual branch. I went to the branch in Bangsar. I parked at LRT Kerinchi because I had something to settle there and took the LRT from Kerinchi to Bangsar. There is only 1 stop between Kerinchi and Bangsar (Abdullah Hukum that is) which took about less than 10 minutes.

I've never been to this side of Bangsar before. When I got out of Bangsar LRT, I didn't have a clue which way should I turn to (the Google Map looks confusing) so I asked around.  Luckily, a group of ladies know Public Mutual and pointed me to the right direction. Previously I google mapped how far it is from LRT Bangsar to the branch...6 minutes walking. In actual, I thought it took less than that because there is a short cut.

There was no other client than me when I got there. Surprisingly (for me, being the 1st timer) things were easy and straight forward. I told the lady I wanted to cancel a DDA, then she quickly fill up a form for me. The form is also very simple. I just need to confirm the details are correct and sign

NOTE: If you want to cancel, increase/decrease monthly deduction or change the date of DDA....you have to do it at the branch. YOU CAN'T DO IT ONLINE unless you want to start/establish a new DDA

Same goes if you want to redeem....simple. The branch is not like what I have imagined. I always thought it would be noisy, filled with investors and I would need to queue.

So all in all, from taking the Kerinchi LRT to starting my car engine to head home, it took about 1 hour.

Alhamdulillah, thank you Allah! For He has put things where they are and guided me to follow through. Originally I wanted to go the Puchong branch but Allah knows best why I had a problem with my laptop and had to go to Kerinchi to get it fixed. Allah has given me the idea to go to the branch in Bangsar and get everything done today....

Allahumma Ya Barriq....

Saturday, November 20, 2021

Me Taking Action

Akhirnya aku dah wasap a new Public Mutual agent tanya pasal fund yang tak perform. Aku direct debit setiap bulan RM200 sejak 2011, tapi pulangan macam ciput jek. So aku tanya pendapat agent tu and memang dia advise untuk keluarkan...

Time is money

This is what I mean...have time to manage your money. Ambil tahu... and ini antara aktiviti yang aku nak buat bila aku dah tak kerja nanti. Sebelum ni ingatkan tinggalkan saja duit dalam unit trust, nanti dia beranak la...no no no...salah ya.  Sebab in the end aku rasa keuntungan anything regardless unit trust, savings, trading, investing ke akan jadi average in the long run. Expect duit yang kita simpan tu le yang kita akan dapat, akan ada sikit untung dan tak banyak la macam yang digembar gemburkan, kalo kita tak spend masa amik tahu pasal duit hasil keringat kita ni.

 Yang kita kena pandai ialah amik peluang dan tunggu masa bila tengah peak whether to withdraw or continue. I know remisier or agent boleh buatkan untuk kita. Tapi dah alang-alang aku tak keje nanti kan, why not belajar and apply apa yang aku tahu (haha..Berangan memang kuat!)

High risk, high returns

Kena betulkan expectation kita juga. Whatever yang kita dengar from orang lain hanyalah yang indah indah saja...yang buruk tak cerita. Tapi memang kalau nak untung lebih, risiko memang akan lebih kan macam trading. Jadi jangan tamak...start small. Kita kena ada target berapa kita nak untung.

Cerita Unit Trust tadi

So aku concur dengan suggestion agent tadi. Kuar dari fund tersebut and reinvest kat fund lain yang lebih perform. Sebab aku buat direct debit, aku kena pegi Public Mutual branch untuk stop instruction. The nearest is either Puchong or Cheras. Aku pegi yang Puchong sebab kebetulan aku pegi opis hari Khamis aritu. Tapi sesaknya Ya Allah Bandar Puteri tu, aku tak dapat nak parking. Pastu tengok dah ramai pulak beratur kat luar. Last-last aku balik....memang aku kena amik cuti untuk settlekan, tak leh menyambil so aku plan nak cuti minggu depan settlekan

My thought process

Kalo aku yang dulu, mungkin aku tak pegi Puchong hari tu sbb takut nak drive ke Puchong. Then aku plan cuti minggu depan...Tapi aku yang sekarang have taken a quick decision, while I'm in Cyberjaya why not just go since Puchong is nearer instead from Bangi. Now dah ada Waze kan, drive carefully je la. Kalo OK, kira boleh settle..kalo tak dapat buat apa-apa, at least dah tahu rupa branch tu camna. 

Although aku patah balik tak dapat nak buat apa-apa, aku dah boleh plan bila next week aku pegi, aku ingat nak naik Grab sebab susah betul nak parking kat kawasan tu... 

This stuff give sparks to me...I'm intrigued.




Thursday, November 11, 2021

Project porch

Lama dah plan nak revamp my porch tapi tak jadi-jadi. MCO pun dah abis dah ni, aku akan start masuk opis next year. Baik aku execute cepat-cepat...nanti dah masuk opis, jadi cerita lain pulak.

Aku dah siap ukur space dah sebenarnya tapi yang jadi aral aku masih takleh decide on the storage. I'm imagining streamlined cupboards for everything. Porch tu lebih kurang jadi cam dumping ground for everything and there's no proper dedicated storage. Among them are

  • kasut
  • racket badminton/ bola
  • hidroponik stuff
  • penyapu/mop

Dah pegi survey kat kedai orang buat kitchen cabinet. Price range starts from RM1,200 onwards. Drawback, tahan tak kalu kena hujan

Then ada juga survey, metal IVAR

Gafi dah pergi, semua dah pergi kecuali Puteh

 Aku pernah cerita pasal Gafi kat sini Since dia datang in 2019, dia dah beranak 4 kali and stay kat umah aku. Anak dia sikit-skit

  • 1st: Lolli Jun 2019
  • 2nd: Oreo and Popo Mar 2020
  • 3rd: Puteh Mar 2021
  • 4th: Zorro July 2021
Masa dia lahirkan Zorro, dia beranak dalam washing machine aku tapi dia experience pro lapse. Aku tak dapat antar dia ke klinik straight away sebab kena settle kan kerja. Esoknya baru aku pergi ke klinik, vet buat surgery buang rahim and dia warded for 3 days.

Balik from klinik, sepatutnya kena kurung dia for 2 weeks untuk jaga jahitan dia. Aku pulak kesian, kurung 1 minggu je pastu biarkan dia jalan-jalan dalam rumah. Ubat memang bagi, makan bagi juga tapi Gafi macam tak berselera. Sbb sakit rasanya...

Iskkk...sedih rasanya bila nak tulis ni...Gafi lama dah tak balik rumah, menghilangkan diri. Orang kata bila kucing tahu ajalnya nak sampai dia akan menghilangkan diri.

Zorro anak yang last tu pun survive seminggu saja. Kalo Gafi tak sakit, rasa Zorro akan hidup sebab Gafi sayang anak-anak dia, pandai jaga anak. Kami cuba feed Zorro, still tak survive. Mulanya Zorro kuat mengiau, tapi selepas beberapa hari suara dia makin lama makin lemah. The day yang aku notice suara Zorro dah lain, itu la hari terakhir dia. Kasyif cuba nak feed dia but then Zorro dah kaku....

Oreo
Sebelum tu, Oreo pun sakit kena virus. Perut jadi kembung sebab banyak cecair dalam badan, then susah bernafas. Virus tu memang typical kena kat kucing. Aku ada bawak pegi klinik, vet cuba keluarkan cecair berlebihan tu untuk legakan dia bernafas and bagi ubat. Tapi daripada nada vet tu, harapan 50-50. Hari terakhir dia ialah sehari selepas aku bawak pergi klinik. Dia duduk kat porch luar. Dia tak larat nak berjalan dah. Bila tengahari, dia terjemur kat panas. Kasyif angkat alihkan ke tempat redup...memang itu saat-saat terakhir dia. 1st time kucing mati sebab sakit di rumah kami. 

Oreo ni aktif, suka main. Dia pernah beranak juga. Kesian dia muda lagi dah mengandung. Sebab dia muda, dia tak pandai beranak. Selalu kucing cari tempat sembunyi kan, dia tak. Dia tak tahu, anak-anak aku witnessed proses beranak dia...berdarah-darah semua. And dia takda jilat-jilat anak dia. Siap ada sekor keluar 1 jam selepas yang 3 ekor yang lain. Isk, serious tak reti nak handle camne...tapi anak-anak dia semua mati. Mungkin Oreo pun tahu anak-anak dia memang takda harapan, sebab tu dia tak jilat.

Lolli baru dalam 2 bulan kot, sihat, comel tapi mati kena langgar.  

Popo hilang/sesat atau orang amik sebab dia memang comel. Suspect orang amik sebab dia tak balik-balik rumah whereas dia selalu berdua dengan Oreo.

Sekarang Puteh saja yang tinggal. Puteh ni manja tapi ada kurap sikit kat hidung dia. Puteh sekor yang jantan, adik beradik dia yang lain semua betina. So nak kena kasikan dia ni...

Aku anggap ini sebagai Allah SWT memberi ujian dan hikmah kepada kami sekeluarga supaya lebih prihatin dan treat animals fairly. Bukan saja-saja kucing ni datang rumah kita...

Wednesday, November 10, 2021

Allah SWT Yang Maha Mendengar dan Maha Penyayang

 Aku pernah rasa macam yg Teri Ijeoma rasa ni bila dia kata seperti tuhan membantu dia...

Pembahagian rumah pusaka

Masa tu mak aku bincang macam mana nak buat dengan rumah peninggalan pusaka ayah aku. Aku macam rasa bagi je kat adik bongsu aku sebab dia duduk Batu Pahat and belum ada rumah. Mak aku pulak suggest untuk aku amik and bayar harga rumah kepada adik-beradik aku yang lain ikut faraid. Mulanya aku macam hesitant sebab aku tak mau buat loan dah...tapi untuk sampaikan hajat mak aku, aku terima.

Mana nak cari RM88,000?

Dah aku kena pikir camna nak cekau RM88,000. Nak kumpul duit gaji, lama la lagi. Then aku teringat pasal LAD claim EVO Soho....Nak dijadikan cerita, kebetulan pada masa yang sama EVO residents tengah kecoh nak buat LAD claim pada developer. Awalnya aku tak amik port, sebab sibuk keje kot masa tu.

Then semacam Allah beri lorong dan ilhamkan kepada aku. Why not usahakan buat claim LAD, at least boleh bayar separuh dulu. Ini yang aku rasa bahawa Allah SWT dah bagi jalan untuk aku menyampaikan hajat mak aku. Tapi kalau aku tak buat apa-apa memang tak settle la pasal rumah tu. Boleh settle tapi mungkin kena bear monthly loan...So aku kena usahakan and belajar sebab memang aku tak tahu apa-apa pasal buat tuntutan LAD ni

Rezeki Allah bagi: Tuntutan LAD

Aku daripada tak tahu apa-apa langsung pasal LAD, kena belajar and usahakan untuk buat tuntutan aku. Alhamdulillah ada hamba-hamba Allah yang sukarela sharing kepada semua. I was amazed with their willingness to help others. Semoga Allah rahmati mereka dan luaskan rezeki mereka di atas pengorbanan masa mereka.

Alhamdulillah, tuntutan aku diluluskan dan dapat membayar separuh daripada RM88k tu. Bakinya aku bayar bulan-bulan kepada adik-adik aku untuk 1 1/2 tahun dari Jan 2020 hingga Jun 2021. Last payment was in July 2021 bayar baki masing-masing sekaligus. Urusan pindahmilik pun dah selesai Dec 2019.

Tiada 'kebetulan', bukan 'nak dijadikan cerita'

Aku memang tak sangka dapat juga aku selesaikan hal rumah pusaka tu. Aku rasa sama macam yang Teri rasa. Allah SWT yang beri jalan, Allah SWT yang bagi ilham. Tiada apa yang kebetulan sebenarnya, tiada 'nak dijadikan cerita'. Benda berlaku mesti ada sebabnya.

Sama lah bila kita diberi ujian....benda yang kita tak suka adalah ujian dari Allah SWT untuk test kesabaran dan ketakwaan kita kepadaNya. Tapi Allah SWT bagi ujian bukan suka-suka. Kalo kita sabar dan fikir positif, in sha Allah ada kebaikan disebaliknya. Allah Maha Penyayang....

Teringat juga ayat adik aku 'menda-menda camni Allah SWT dah tulis dah. Kita buat macam mana pun akan jadi macam tu juga. Kenapa kita nak pikir yang bukan-bukan, nak mengelak sedangkan memang Allah SWT dah tulis camtu...follow the flow je la' Yes, follow with tawakkal, usaha dan yakin semuanya adalah ujian daripada Allah SWT supaya kita sedar dan perbaiki diri dan lebih dekat kepadaNya.

Monday, November 8, 2021

2nd free class with VI College

Advert VI College asyik kuar je bila aku tgk Youtube... ended up aku sign again sebab kelas free. Before this, aku dah join in March, kali ni speaker yang berlainan. Content sama tapi sebab aku tak revise balik notes yang aku buat in March, aku macam rasa aku dengar pointers baru. Bila second time join, aku macam lebih faham. I take it as Allah SWT is giving me a nudge to take action...

1. Nak jadi investor atau trader?

Masa kelas March, trainer sebut ' investing tak sama dengan trading'. Masa tu aku angguk paham. Tapi bila dengar soklan 'nak jadi investor atau trader?'in 2nd class ni aku baru terperasan. Aku nak jadi apa sebenarnya? As a start aku nak jadi investor dulu kot i.e value investing. Sebab teringat masa dengar Asri Academy, dia kata beginner should start long term dulu. Masa aku consolidate and calculate my wealth status, aku rasa aku nak passive income from dividends.

# Tech companies tak bagi dividends


2. Matlamat Pelaburan

Calculation include 20% target return from investment. So terjawab soklan aku berapa nak benchmark return on investment? Husband aku skeptical if it's more than 10% ...haha! And this 2nd class remind me to include life expectancy in my calculation how much I need to make if I want to retire early (more like how much I will lose from retiring early)


3. Difference trading vs investing

Harga saham yang naik/turun adalah disebabkan sentimen trader. Takda kena mengena dengan management syarikat tersebut. Yang orang dok tengok saham tiap-tiap hari, tengok charts adalah TRADER. Candlesticks adalah ukuran harga pasaran (sentimen). Depa beli sebab nak jual cepat (daily/weekly/monthly)

INVESTOR macam Warrent Buffet, tengok intrinsic value. Kalo share price > business/ intrinsic value jangan beli lagi...harga saham tengah mahal. Masukkan dalam WATCH LIST and beli bila harga saham lebih rendah daripada intrinsic value (getting discounted price for the business value). Masa ni la aku patut apply apa yg aku dah belajar (tapi tak paham masa uni dulu...kuang3x)

4. Next Action

  • Beli saham HUP SENG
  • Cari calculation for intrinsic value
  • Study companies yang business dia adalah produk yang orang selalu pakai e.g makanan.


Last point, di mana anda berada sekarang adalah disebabkan oleh tindakan anda 5 tahun lalu

Wow! Terpikir aku sekejap...aku yang sekarang ni disebabkan oleh tindakan aku yang xxx? To elaborate in separate post...


Saturday, November 6, 2021

Tahniah! Syukur!

Tiada apa yang lebih membanggakan isteri bila penat lelah suami diiktiraf...walaupun cerita dah lama, nak simpan sini untuk kenangan... AOSTA


Friday, November 5, 2021

Al Quran: Peneman ketika di dalam kubur

This is my Al Quran. Nak tulis kat sini sebagai peringatan supaya istiqamah meminta hanya kepada Pencipta Yan Permurah Lagi Maha Berkuasa....



Al Quran

I think this is my 1st Al Quran that I bought to start reading Al Quran...many-many years ago. Dengan alasan kengkangan masa, aku tak baca hinggalah aku masuk kelas mengaji Al Baghdadi tahun 2019....benarlah kata Allah SWT....Dia tak akan ubah nasib kita kalo kita sendiri tak ubah sikap kita... tangguh-tangguh, setan yang untung. Ingat lagi, berbetah-betah nak masuk kelas...tapi aku ingatkan diri, Akhirat itu pasti, apa amalan yang aku dah buat...rasanya aku bayangkan dalam kubur nanti kita akan sorang-sorang dan kalo kita rajin baca Al Quran, dia lah yang akan menemani kita....Allahuakbar! Aku insaf..

Ria: Ampunkan lah dosa2 ku Ya Allah!

Aku tulis kat sini untuk ingatkan diri aku, bukan untuk bermegah sebab riak, walau sekelumit ada dalam diri kita...abis rosak amalan kita. Tapi manusia memang kalau lalai, selalu termakan hasutan syaitan. Kita kena selalu minta ampun daripada Allah SWT, supaya amalan kita diterima oleh Nya. Amalan ni sebagai investment kita di akhirat nanti..Aku takut kalo dicampak ke Neraka, takut nak melalui titian Siratulmustaqim. Benar, Al-Quran mengingatkan kita kepada semua benda-benda tu, slowly membina bayangan supaya kita tetap di jalan Allah SWT

Perasaan bila mula masuk kelas mengaji

Alhamdulillah, aku amat bersyukur kepada Allah SWT...masa awal-awal kelas memang blur bab tajwid...tengok orang lain tahu nama-nama hukum. 

Mula-mula dulu, bila ustaz panggil nama sorang-sorang baca (1 ayat  je pun), berpeluh-peluh ni....suara ketar-ketar...Ingat dulu, ustaz akan ikut turutan meja yang kita duduk. So kita boleh agak ayat mana yang kita kena baca. So bila orang tengah baca, kita dok sibuk dalam hati baca ayat kita sebab kita tak lancar kan...tak nak salah banyak bila turn kita nanti... mula la doubting why la pegi kelas, malunya....segannya... 

Ingatlah, kalau niat kita kerana nak dekatkan diri kepada Allah, in sha Allah Dia bantu. All the doubts are from syaitan. Teruskan 'perjuangan'! Lepas dah join kelas, aku beranikan diri join tadarus kat office pulak this year. Sbb online...berani la! Haha! Sebab tak nampak muka! Orang lain memang tiap-tiap tahun join, bacaan mereka pun lancar....aku dah la sangkut-sangkut asyik salah baca je...aku cekalkan hati, sebab target kita kan memang nak tahu bacaan kita OK ke tidak....baca sendiri memang la macam takda salah tapi cuba bila orang tolong check kan, baru la tahu.

Dan harini, Alhamdulilah perasaan semakin dekat dengan Al-Quran. Nak baca banyak-banyak. Nak dapatkan mukjizat Al-Quran yang sememangnya diturunkan sebagai panduan kepada manusia. Why tak ambil masa untuk baca?

Kelas mengaji yang masih online banyak membantu meningkatkan keyakinan aku untuk terus perbaiki diri...semoga Al Quran ini sanggup menjadi pendamping aku nanti..Aminnnnn

Tuesday, October 26, 2021

Target Passive Income

 As a start, target small...aku target nak cover my commitment through passive income i.e trading.

Aku nak buat passive income RM2,000 sebulan. Aku kena cari investment that gives monthly return. So berapa RM aku kena letak? Berapa % pulangan aku kena target?

1. Trading Orang Yang Nak Promote Course Dia

Semalam ada dengar dia make money camni....invest RM10,000 in 6-7 years dah dapat RM1,000,000. So kalo direct calculation RM1,000,000/7 tahun = RM143k sebulan. Kalo initial investment RM10k

RM143,000 / RM10,000 = 14.3 x 100 = 1,428%

Cam tak logik kan...tapi ni direct calculation. Sebenarnya kena amik kira compounding.

Rasa kalo aku nak dapat RM2,000 sebulan tu through deposits, deposit aku kena tinggi!

2. Tabung Haji/ASB

Kalo aku simpan RM50,000 setahun for 5% dividen

RM50k x 0.05 = RM2,500  untuk setahun. Kalo sebulan RM208...tak cukup ni cover RM2,000 commitment ni...

Kalo 50% pulangan: RM50k x 50% = RM25,000 baru cover yearly commitment. Tapi mana dapat 50% pulangan dividen


3. ASB Financing

Aku park sini nak bagi ingat saja. Biasa orang buat loan for RM200,000 for 10 years

So kalo dividen 5%: RM200,000 x 5% x 10 tahun = RM100,000 (tak kuar kan duit langsung)

But I don't have 10 years...

Trading: Teri Ijeoma

Aku kat Jelempok ni, balik kampung bila kerajaan dah bagi rentas negeri. Harini hari kedua aku cuti. Aku amik cuti sampai esok.

Aku terjumpa Teri Ijeoma Trade and Travel bila aku google pasal trading but in English. Selalu google 'main saham for beginner' tapi kali ni google full English. Aku macam boleh relate dengan Teri ni sebab dia perempuan and she looks average like me (but she's actually a millionaire from trading). The language she uses very layman, make sense and menjawab my basic questions.

In her 'How Teri Ijeoma started the Trade and Travel Course', dia cerita camna dia boleh beralih dari mengajar ke trading. Masa dia jadi cikgu, dia rasa tak happy sebenarnya. She believe she has the skills to realize her dreams but couldn't not be achieved if she is still within the school's four walls. She knew she need to have an exit strategy tapi tak buat apa-apa sebab bukan senang nak quit something yang secured.

Quote 'this is when I feel Lord has his biggest hand on me, because I was so afraid to take the leap'. Dia tahu apa yang dia nak pursue but still need to figure out how to make it happen. Dia bagi example dia nak sangat travel tapi doubt herself. Then she remembered 3 big things happened to her: rumah dia banjir so dia rasa dia takleh tinggalkan kerja dia sebab dia kena perbaiki rumah dia dan kena kerja sebab nak bayar loan rumah. Tapi pastu dia dapat duit insurans dah dia rasa Lord dia tolong dia. 2nd incident Teri kata dia tak tahu nak travel dengan siapa tapi rezeki dia ada 1 spot kat travel group yang dia contact which she didn't expect. Dia rasa macam Lord dia tolong dia and at that point dia positive yang dia nak ubah. She doesn't know how will it turn out but look at what has happened now (she's happy doing what she loves)

Aku kat stage of afraid in making the leap. Aku tahu aku nak buat lebih daripada apa yang aku buat sekarang, kerja makan gaji yang tak mengembirakan aku (kalo aku happy, mungkin aku stay sampai pencen). Aku nak trade because I nak gunakan ilmu yang aku dah belajar. Aku nak pandai baca market dan candlestick. Aku nak buat passive income and cover monthly commitment aku from trading.

Kalo kata what are the signs....

  1. aku sedar rezeki aku bukan ditempat kerja tapi kenapa aku tak buat apa-apa?
  2. aku belajar Accounting & Finance tapi kenapa aku takleh buat passive income?
  3. aku tak happy, aku tak rasa aku grow tapi kenapa aku tak buat apa-apa?
  4. tetiba ada VSS. Walaupun aku tak layak apply tapi ia buatkan aku berfikir whether aku akan amik tak peluang tu kalo offer kat aku? Kalo amik, apa yang aku nak buat nanti?

Aku rasa mcm Allah SWT beri peluang untuk aku reset dengan adanya pandemik COVID 19 ni. Macam Teri cakap, bukan senang nak make the leap. Tapi yakinlah dengan Allah SWT, mohonlah bantuan Allah SWT....aku mahu apa yang aku buat mendekatkan diriku dengan Allah SWT, ibubapa, suami, anak-anak dan keluarga..Ya Allah! Bantula aku Ya Allah!

Friday, October 22, 2021

Apa sebab aku tak berubah?

 Lepas solat subuh tadi aku sempat baca Al Quran 5 mukasurat. Before that aku ter menangis bila berdoa kepada Allah SWT. Pasal kerja dan masa depan la....kenapa aku dah tak mau kerja...pastu nak berhenti tapi tak tahu mampu ke tidak...aku buntu tak tahu apa yang nak kena buat....seyes nangis dan meluahkan perasaan.

Al-Quran itu mukjizat untuk manusia

Then aku baca Al-Quran pulak...baca baca pastu tetiba termenangis lagi. Ya Allah! Kenapa ni Ya Allah! Pastu aku tengok terjemahan ayat-ayat yang aku baca tadi, exactly within 2-3 sentences yang aku termenangis tadi. Sebelum tu memang ada niat baca Al Quran untuk tenangkan hati sebab bila berdoa tadi cam luahan perasaan kan.. so the 2-3 sentences tu pasal merubah keadaan...

Surah Ar-Ra'd mukasurat 250 ayat 10-11. Ar -Ra'd bermaksud 'guruh'. Tapi ayat 10-11 ada sebut pasal keadaan masyarakat. Intipati nya (bukan terjemahan) 'Allah tidak akan mengubah keadaan mereka (masyarakat) selama mereka tidak mengubah sebab-sebab kemunduran mereka'

Ya Allah! Aku tak seriau...tapi aku terdiam. Adakah ini pengsaksian Al-Quran itu mukjizat Allah? Aku telah  menangis kepada Allah, pastu bila baca Quran dapat ayat 11 ni? Allahuakhbar! Subhanallah! Aku nak ubah keadaan aku (quit my job to focus on personal goals) tapi so far apa yang aku dah buat sekarang untuk ubah keadaan tu? Ya Allah! Alhamdulillah! Thank you Allah!

Sebab-sebab aku mundur

Aku kena tahu sebab-sebab 'kemunduran' aku...sekarang memang aku rasa aku mundur. Belajar tinggi tapi in terms of career, aku average saja. Gaji pun tak besar mana...aku pernah beritahu boss aku dulu, aku redha dan mungkin rezeki aku bukan ditempat kerja.... See...then why am I still there?

Aku tak berani nak quit? Maybe...tapi bukan tak berani...tapi tak sempat plan atau fikir pasal masa depan...dah kerja sibuk sangat...sibuk untuk apa pun tak tahu...sibuk-sibuk gaji takuk tu juga...baik la fokus and invest masa untuk majukan anak-anak....

Pikir panjang sangat (tak abis-abis) pun ya juga...takkan kamikaze quit without thinking about financial matters? Tapi rezeki kan dari Allah SWT...yg penting usaha...part nak usahakan apa tu yang aku masih tercari-cari. 

Kalo dipikirkan kami hidup sederhana...thanks to my husband la...very down to earth. Banyak aku belajar dari dia (love you lots!) He makes me think and wonder... aku personally rasa kalo aku quit, terjejas sikit je pendapatan dia (husband)...Haha!... Cuma aku tak leh la nak bermewah-mewah lepas ni...beli barang premium bagai...no more facial/ massage. Takleh nak lavish sangat...macam la aku lavish sebelum ni...beg LV pun tak dapat nak beli...

Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri selama ni..tapi aku rasa dah sampai masa untuk aku melakukan perubahan demi Allah dan keluarga...supaya aku lebih dekat dengan Penciptaku, supaya aku berbudi kepada keluargaku....

So apa sebab-sebab yg buatkan aku takleh capai apa yang aku nak? Aku list/brainstorm je dulu:

  1. Ikut je, tak melawan. Kalo sesuatu itu benar, aku kena nyatakan pendapat aku. Kena improve communication how to counter 
  2. Tak confident bersuara sebab doubt diri sendiri. Betul ke apa yang aku cakap ni?
  3. takut sangat dengan boss..gemuruh bagai
  4. Plan je lebih...action tak buat. Untuk kerja opis siap TO DO LIST bagai...untuk masa depan/ saham akhirat?
  5. Tak tahu apa sebenarnya yang aku nak...that's why takda plan (selain dari alasan takda masa nak plan sebab sibuk sangat)
  6. sedekah tak banyak...tak jaga zakat
  7. tiada mentor/role model
  8. attitude go with the flow
tapi biasalah manusia..selalunya nampak yang buruk saja...kita jarang celebrate kelebihan kita. So aku nak celebrate kelebihan aku

  1. rajin. hard working. Selalu boleh buat apa-apa task pun
  2. tak marah-marah, tengking-tengking
  3. membantu selagi boleh
Tu la cam tak percaya aku tulis kelebihan tu...nape kekadang aku rasa aku ni pemalas bila compare ngan orang lain? Tu la...lain kali jangan compare...tu yang datang tak bersyukur dengan apa yang Allah dah kurniakan....

Panjang pulak post ni. Ingat nak tulis pasal my weaknesses saja...


Jumaat yg barakah II

2nd posting on a Friday...same day and same feeling as per previous post....Alhamdulillah. I could picture this as my routine if I were to be able to quit my job early. About that...if I don't think about my monthly commitment, memang nak sangat quit. Dah macam takda rasa bila buat kerja. Buat tu buat tapi deep inside, tak tahu kenapa masih lagi berada di situ.

Aritu ada sembang santai dengan husband. Sebelum ni macam dia tak berapa setuju untuk berhenti. Boleh berhenti tapi nak ganti dengan apa.....yg tu tak aku tak boleh nak jawab sebab aku budget aku berenti untuk bagi tumpuan pada keluarga dan anak-anak...tu yang aku masih tercari-cari apa yang aku patut buat untuk ganti income yang dah tak dapat tu. Belum lagi dapat...Kononnya

  1. nak belajar trading. Dulu ambitious, tapi sekarang dah tahu...start small. Masih belum berjaya beli lagi kuang3x
  2. nak understand unit trust. Alhamdulillah, ada attend session organized by my cousin last few weeks. Need some actions here (beli unit baru) tapi tak buat lagi
  3. start a company for hubby as consultant. Inspired by a friend who quit her job and opened her own company! Dulu pernah terpikir pasal ni...business yang tak perlu modal besar...air liur je. Belum realized lagi...kena kuar lunch ngan member tu to find out more

My monthly commitment in total RM1,800. Ada 2: instalment EVO (RM1,200) and JPA (RM600). Setahun RM2,000 la kata x 12 bulan = RM24,000. So boleh tak cover ni dulu from the alternative activities yg aku plan nak buat tu....

Pastu memang kena pakai kereta Myvi 2009 tu forever, tak leh tukar....haha

Kena pandai berjimat, takda dah nak beli itu ini yg premium ke apa...baju pakai apa yang ada. Skincare beli yang murah-murah sudah....

Yang penting, happy and ada masa untuk pikir pasal anak-anak, keluarga, bantu family, kumpul saham akhirat etc....sound like orang dah berumur kan...tapi sepatutnya bukan ini ke matlamat hidup? Aku pun dah 46 tahun, 4 tahun lagi dah masuk umur 50. Memang patut dah pikir....mak pun dah tua. Bilanya aku nak jaga dia sebelum terlambat?

Masa muda dulu memang belum terpikir hal-hal macam ni...Ni dah dapat rasa (inner feeling), I should take note or else I might regret....


Friday, September 24, 2021

Jumaat yang barakah

 Alhamdulillah, hari ni dapat mengaji 10 muka surat. Malangnya, tak dapat solat Tahajjud. Jap lagi nak cover solat Dhuha. Ni baru je selesai vacum and mop rumah. Start dalam 7.30 am, abis kul 10.00. Area bawah dulu. Nanti sambung pulak kat atas (tak tahu la dapat buat ke tidak arini)....Biasa kalo buat atas bawah sampai pukul 1.00 kot, dalam setengah hari or 6 jam. Daily cleaner buat dalam masa 4 jam...

Pagi ni nak study on trading...target nak guna RM500 untuk start. Bismillah.



Monday, September 20, 2021

Don't forget your life goals

Hari ni Isnin, 20hb Sept. Pagi tadi I was dragging to get out of bed sebab pikirkan routine yang boring akan berulang kembali. Then teringat semangat meluap-luap nak berenti kerja and start investing. Memang keinginan untuk melakukan perubahan ada pasang surut. Hari ni aku macam clueless lagi what to do for financial freedom....

Actually last week I contacted a friend who quit her job and start her own consultancy company. That's what I have been wanting to do but never get around to find out how. Masa tu memang meluap-luap nak berenti...Bila dengar cerita apa manager dia buat (multi tasking) seriau pulak nak berenti sebab payah juga...mana ada kerja yang senang, iya tak?!

The rough plan is to take up VSS (possibly next year) and start finding courses for my husband to teach?

I must be able to visualize the daily routine when I quit my job. Rasa dah boleh tapi kerja yang mendatangkan duit tu tak jumpa lagi....

Bila nak start invest ni! Adoiii!...

Tuesday, September 14, 2021

EVO dah jadi rumah sewa

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. My new role as a landlord begins....

Aku engage with an agent untuk cari tenant last year bila pikir plan aku nak jadikan homestay tak jalan-jalan. Baik kakak tu...dia pun ada unit kat EVO. Aku memang serah bulat2 kat dia. Ni agreement pun tak baca lagi. Semalam pegi kemas before tenant masuk. Amik gambar and make sure appliance work. Sebelum ni Ila ada tumpang so tak da la kotor sangat kecuali yg kat balcony berhabuk gila dengan tempat letak washing machine berlumut sebab air bertakung kot. Sib baik ada robot vacuum. So aku fokus kat mengelap, bersihkan balcony and toilet. Time taken was about 3.5 hours.

Dalam setahun jugak la menunggu untuk dapat tenant. Sebelum tu ada 2 yang berminat tapi tak jadi.Aku redha. Tenant yang ni student from Kuwait, buat PHD kat UKM. Google cari posts pasal tenant Arab, on average negative komen-komennya. Allahu! Ya Allah! Kau permudahkanlah urusanku. Semoga tenant ni tahu tanggungjawabnya sebagai penyewa.....

Aku punya personal stuff aku bawak balik. Buku, kettle, iron, periuk yg beli kat UK tak pernah pakai aku tinggalkan. Tenant ada request nak micowave, aku dah belikan costing RM250.

Aku akan cuba untuk jadi landlord yang OK. Aku kena bersedia untuk layan any complaints from the tenat. Aku kena buat spot check sekali sekala.

Officially esok my 1st rental tenant masuk my unit, so officially it ends my plan to make it as a homestay. 

Bismillah!

Thursday, September 9, 2021

Cousin aku meninggal kerana COVID 19

Aku baru sahaja baca whatsapp selepas mengaji dan menerima berita sedih ini. Syana telah ditidurkan selama 20 hari and last night she lost the battle. Innalillahiwainnalillahirojioun....Ya Allah! Kau ampunkan lah dosa-dosanya, rahmati la dia dan tempatkan dia di kalangan orang-orang yg beriman....The last time we saw her is during Yasin Get Together ahli keluarga KTG on 6 Aug 2021, roughly a month ago. 

Hampir setiap malam masa dia di-intubate, KTG basa yasin untuk arwah, memohon semoga Allah beri kesembuhan dan kekuatan untuk Syana. Tapi Allah Lebih Maha Mengetahui.....This is the 1st case family KTG meninggal kerana COVID...

Sebelum baca whatsapp, aku macam pikir-pikir perlu tak nak amik VSS....macam tak sure pulak....then bila lepas terima berita sedih ni, aku menangis!....bayangkan kalo aku masih bekerja 9-5 dan tiada masa untuk bertanya khabar mak aku, keluargaku sebab kerja....aku pasti menyesal! Jadi another reason why aku nak berenti is to care more about my loved ones....my mum, my kids...

Aku kena konsisten call mak, call belah mertua...luahkan apa yang boleh luah...Aku kena amik tahu pelajaran anak-anak aku.....

I need to prepare and start to earn something else from the lost income....

Bantu aku Ya Allah! Permudahkan and lorongkan aku Ya Allah!

Monday, September 6, 2021

Surah Al Baqarah ayat 247-248

 Alhamdulillah, pagi tadi dapat baca 10 mukasurat. Hari ni muka surat ke 40, surah Al Baqarah. Ayat yg menarik perhatian harini ialah berkenaan kepimpinan....

Ni HIKMAH ayat 2472-48:

Kepimpinan tidak didasari dengan keturunan dan kekayaan tetapi dengan

  1. kemampuan
  2. pengetahuan
  3. kecakapan
  4. kekuatan jiwa
  5. kerasnya kemahuan
Aku sedang menambah ilmu untuk no 3-5. Aku kelihatan lembut di mata orang, tapi aku tak mahu tunduk pada perkara yang aku tak setuju...aku nak belajar tentang 'kekuatan jiwa' dan 'keras kemahuan'

Aku nak menyatakan pendapat aku tetapi tidak offend orang lain. Aku mahu supaya apa yang aku cakap adalah bernas, bukan hanya cakap kosong...

Ya Allah! Dorongkan aku Ya Allah!

Thursday, September 2, 2021

Melabur

My first exposure pasal main saham is when I attended a webinar on 30 Mar 2021, masa tu waktu malam. My 1st post about pelaburan here. Lepas tu terhenti sekejap sebab kerja menimbun, nak puasa/raya and later colleague nak cuti bersalin....

Then aku macam terlupa pasal ni until kejadian ni berlaku....aku pikir mungkin Allah SWT was giving me a nudge...'kata nak berenti, apsal tak buat apa-apa' ....aku macam tersedar, terus cari webinar untuk terus belajar...

Masa tu pukul 3-4 pagi, hari Khamis 19 Ogos....google baca pasal trading, tengok Youtube...then nampak webinar under Ahmad Asri Academy. Kali ni willing untuk fork out below RM200 sbb dah attend free training under VI in March aritu. Terus book, bayar and wait for the class on 21 Ogos. Sepantas kilat..so not me...Alhamdulillah! Jika ni jalan untukku, Kau permudahkan lah Ya Allah!

I also managed to buy NPO (Non Public Offering) of Quantum Metal on 28 Aug...Alhamdulillah!

Akhir kata bak kata Ahmad Asri Academy: Rugi Itu Pasti, Untung Itu Rezeki!...

Bismillah!



Wednesday, September 1, 2021

Keadaan berubah lagi

Hari ni 1 Sept...my boss officially retires. Don't know what to expect for the coming months. Harap baik-baik saja.

Ayuh! Lunaskan kerja yang tertunggak! Obstables/challenges/expectation/Tell off.....come on! Bring it on!

Keep your goal in mind! To start investing and quit my job by 50!

Thursday, August 26, 2021

Barakah hari Jumaat

Sekejap je dah nak penghujung Ogos. It's going to be challenge for the next 2 months sbb big boss dah bersara. Aku berdoa kepadaMu Ya Allah....permudahkan urusan ku, cekalkan hatiku, tunjukkan aku jalan untuk keluar dari masalah, semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar....sesungguhnya Engkau la sebaik-baik perancang dan kepada Engkau lah aku berserah Ya Allah!

Wednesday, August 18, 2021

Learning to accept_Redha

My boss already announced who will be replacing her temporarily for 2 months and it's not me...I should feel relieved but I was not. Astghafirullah! Isn't that what you asked from Allah? You didn't want the post right...

Why I didn't feel relieved? Maybe I still seek recognition from people, maybe it's the competitive side of me....Astaghafirullah! Bersyukur la....mungkin ini adalah jalan yang Allah bagi untuk aku lebih fokus pada personal goals. More time for myself, tak perlu layan unnecessary stuff. Boleh start plan....

Allah nak beri petunjuk dan jalan. Everything is like  2 side of a coin....Selalu tengok the positive side of things. I should start my road to personal freedom..Start learning TRADING. Attend classes.

Supaya nanti bila ada VSS, tak payah pikir nak amik atau tidak....

All the best to my colleague! 

Ya Allah! Engkau la sebaik-baik perancang...sesungguhnya akan ku gunakan peluang ini untuk ubah hidupku dan lebih berbuat kebajikan dan sujud kepadaMu....Amin Aminnnnnnnn

Saturday, July 31, 2021

Mengharungi the 'perfect storm'

Hari ni 31 Julai. Alhamdulillah hari ni diberi kesempatan update blog. Subordinate dah kembali bertugas. Lapang sikit kepala...Lepas ni boss pulak retire, kena jalan sendiri selama 2 bulan sbb boss baru masuk Nov. Umur boss baru sama ada sama dengan aku atau tua setahun saja. Dulu aku mungkin berkata 'aduss, camna sebaya boleh jadi boss aku ni' tapi sekarang aku dah matured....dunia ini hanya sementara, tidak perlu dikejar...Allah SWT dah ada plan untuk kita...rezeki masing-masing. Aku perlu jaga sama ada rezeki aku berkat ke tidak, kerja aku jadi ibadah ke tidak, buat baik dengan orang, nyatakan yang hak dan benar.

Aritu ada training on VUCA leadership. My take on the training, be bold. It's a devil's world...

Bila boss baru masuk, I want to make clear what I will do and won't do. I will be bold with my boss. Previously sbb jarak umur 9 tahun dengan boss lama....aku ikut sbb aku respect dia sebagai yang tua...tak lebih dari itu...quite a few things disagree dengan dia, tapi aku ikut je cakap dia (due to generation gap). She's good at giving orders, but she's not a leader. She has lots of ideas, but she's not an executer...Hopefully aku boleh get along dengan boss baru....aku harap dia ada pemikiran baru sbb umur lebih kurang je.

Sepatutnya aku dah start plan nak buat apa if ada VSS. Be prepared when the opportunity comes....

Tuesday, April 20, 2021

Ramadan ke 8

 Hari ni ntah kenapa cam boleh tarik nafas sikit. Sama ada aku buat dunno dengan kerja yang ada atau mmg kerja ada kurang sikit.

Boss aku nak retire....dunno nak react camna...aku harap bukan 'keluar mulut rimau, masuk mulut buaya'. I didn't take the opportunity to replace her because I know I'm not ready yet....tapi selagi tak cuba mana nak tahu kan....takpala, I have my own goal, to learn and start investing. Tak nak layan karenah orang lain (dengan harapan ada masa terluang)....Ya Allah! Aku berdoa kepadaMU Ya Allah! Semoga perubahan ini adalah untuk yang lebih baik...

Walaupun sekarang rasa lega sikit, lepas ni in May my subordinate pulak cuti maternity leave...back to chaos again for 2 months. Ya Allah! Aku mohon kepadaMu, permudahkan urusanku Ya Allah! Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa ke atas sesuatu...

Since the last post, mmg tak da buat apa-apa on investing/ typing. Rasa nak berenti tu mmg sentiasa ada, what's stopping me is my commitment. Nak business tak reti, buat Herbalife separuh jalan. Network aku tak luas, kecik kemetot saja. Nak kerja tapi tak mau yang susah-susah, yg memeningkan kepala. Masalah nature kerja tu mmg camtu...tahan tak tahan jer....Ntah la Ya Allah! Aku mengambil berkat bulan Ramadan ini untuk memohon kepadaMU Ya Allah! Ilhamkan aku Ya Allah, bagaimana cara untuk aku keluar dari kerja yang aku tak tahan nak buat ini Ya Allah!

Monday, April 5, 2021

Baby steps: Pelaburan saham

Orang lain sume dah lama main saham. Aku yang belajar Accounting & Finance baru nak join bila dah umur 46 tahun. Ish! Ketinggalan sungguh....ni yang dikatakan tak memanfaatkan ilmu yang dah belajar. Siapa yang rugi? Aku jugak....

Kalo baca langkah-langkah nak melabur:

  1. Belajar perkara asas berkenaan pelaburan saham
  2. Buka akaun CDS & trading
  3. Sediakan modal pelaburan sanggup hangus
  4. Beli beberapa kaunter saham
  5. Pantau prestasi kaunter, buat penilaian
  6. Belajar dan terus belajar

Kira step 2 dan 3 aku dah ada. Baru 30% kiranya ready untuk main saham. Tapi ilmu tu tak cukup lagi, takkan nak rely pada nasib.

Walaupun aku dah ada akaun CDS, gila tak reti guna. Aku nak masuk tengok trading board pun masih tak boleh ni, sbb cookies ke ntah apa ntah....Isk...sedih betul aku ni...

Next step, kena pilih nak beli kaunter/company mana....

Typing speed 2

Hari ni dapat > 50 word dalam 4 kali...improvement daripada sebelum ini which majority dalam 45 perkataan on average. Kalo 50 tu, sekali dalam many-many attempt....Alhamdulilah! Yes! I can!

Siapa sangka

 Got to know someone (not from my department) is sick and bedridden. Totally unexpected! He helped us during the J1FK programme back in 2015. He was fit, a part time gym instructor....tapi siapa sangka! 

Ya Allah! Besar sungguh kekuasaanMu! Subhanallah! Aku amat-amat insaf, aku menangis sekarang ni....tak tahu apa yang aku nangiskan. Aku rasa aku hamba yang tak tahu diuntung, mengeluh pada menda2 kecil, tidak menghargai apa yang aku ada....aku juga amat sedih buat hamba Allah itu kerana dia seorang insan yang baik. Ya Allah! Engkau sembuhkan kan la dia....Ampunkan dosa-dosanya Ya Allah... sesungguhnya dia masih muda Ya Allah! Berikan dia peluang Ya Allah! Ringakan bebannya dan sembuhkan dia Ya Allah!....

Ia seperti menguatkan lagi keinginan ku untuk berhenti kerja sebab bila dah sakit, apa pun tak boleh nak buat. Kalau dah sakit, company tak amik kisah pun...dan semalam, bila baca balik nota kuliah Ustazah Norhafizah Musa 'kalau kejar akhirat, dunia akan ikut'....kalo aku berhenti, aku nak kejar akhirat (harap dikota apa yang dikata) 46 tahun aku alpa dengan hal dunia....


Thursday, April 1, 2021

Road to Freedom 2021: Take Action!

Take action! My current motto ni..nak kena produce/gain RM within these 3 months to prove to my husband I can make some income from freelance and beli saham

  1. My 1st class ni is actually a free online class. Lebih kepada long term trading. Bukan daily trading. Rasa seronok sbb apply my accounting and finance knowledge. Baru rasa berguna ilmu yang belajar selama ni...
  2. Aku pun dah register masuk Freelancer.com. Belum properly isi my profile tapi tak tgk-tgk jenis job yang ada.....seram pulak tgk...boleh ke dapat job ni.
  3. Currently aku nak try keje paling senang...data entry...aku tengah practise typing. My target is about 60 word per minute. Currently I'm at 45.
  4. Nak register masuk GLOW, program MDEC tapi dah penuh. GLOW stands for Global Online Workforce. Dengar cerita2 mereka macam best. Tapi aku tahu, mana ada kerja yang senang.....
Next action are:
  1. to properly isi my profile and study jenis-jenis kerja yang ada dalam Freelancer.com tu
  2. register kat platform lain
  3. keep on practising your typing




Should I quit?

I'm really considering to quit. Apparently my company may be offering VSS. At first thought, memang rasa nak ambik. Banyak kali dah cakap kat hubby, he response is always the question, 'kalo berenti nak buat apa?' Memang belum boleh jawab soklan tu sebab dalam kepala nak buat menda yang selama ni tak dapat buat....consistent yoga, mengaji, put my leg up, join Mak Long, kemas rumah etc. Tapi soklan hubby tu ialah pasal aktiviti yang mendatangkan RM...erkkk...

Last week, aku termenangis lepas berdoa kepada Allah SWT. VSS ni semacam peluang atau jalan Allah SWT beri and menjawab doa aku selama ini. Aku minta nak berenti kerja awal supaya aku boleh mengumpul harta akhirat. I was emotionally crying that I myself was surprised....

Yes, on 1st thought mmg nak ambik VSS tu but I still have my commitment. EVO RM1,200 and JPA RM800. Kalo aku tak keje, sapa pulak la nak bayo..

Husband bagi idea main saham and freelance. Great! Yes! I've been wanting to do that and I didn't get to because of work. Aku macam boleh bayang aku buat kerja tu...

Why nak quit

Largely because I'm done with what I'm doing...boleh tak. Dah tak tahan la buat keje macam-macam, request tak tentu masa. Aku pun bukan jenis menolak, tak reti nak cakap NO. Change is the new constant as they say and aku tak tahan....rasa habis masa buat keje, sampai masak pun tak sempat walaupun duduk rumah. I think I'm done with receiving orders.

Aku pun takda rasa confident untuk teruskan kerja aku. Aku mmg low confidence dari dulu. Nama je ada ACCA tapi aku takda pengalaman buat akaun pun. Tu yang aku termenangis tu...lama dah rasa macam tu.

The only thing that makes me hesitant is my RM commitment or else I would just go and take the VSS. Ya Allah, beri la aku jalan dalam masa beberapa bulan ni supaya aku dapat income lain supaya aku boleh quit kerja aku sekarang

 I have to start reading on investment and freelancing.....have to make something within these 3 months....Ya Allah! Permudahkan lah

Friday, March 12, 2021

Lelah

 Lelah rasanya....tak mahu kerja dah....nak duduk rumah buat kerja rumah... letih melayan kerja dan boss. Rasa nak berhenti....

However, believe in Allah SWT...He always there when you need Him...talk to Him...seek His guidance....

  • Own you title
  • Do it for the company, do it for yourself as self-development. To develop my communication, network and handling issues/obstacles. It's for your own benefit....
  • Take Monique as your role model
  • Rise and step up
  • Nothing is easy. Face it with tawakkal to Allah SWT
  • Yes, people will not agree. It's normal...

Ya Allah! Berikan ku kekuatan!

Saturday, February 13, 2021

Langsir oh Langsir

When I was in primary school, I remember seeing my mum with her sewing machine, sewing curtains for all the windows of our house. The house has many windows because my mum's house is a corner house. It was a common sight as we got close to the month of Ramadan and Syawal.

Now I know buying a curtain is money consuming because I've been spending about RM1,000++ just for 4 pieces of curtains! Imagine if my mum didn't make and sew the curtains herself. She definitely saved a lot by making her own. I do have this wish to make my own but I have misplaced the pedal for the sewing machine and now I don't know where it is. I would like to start a small project such as sewing a cushion cover.

To me, buying a curtain is a daunting task! How much fabric is needed? How do you measure? There are so many choices of fabric with various range of prices! Do you really spend this much on curtains? When buying a custom made, you definitely don't want to be scammed by the shop.

My curtain collection from UK

Aku ada beli ready made curtain untuk bawak balik Msia bila aku nak balik for good in 2004. Ada yang aku tak pakai pun sampai sekarang! Tape langsir UK lain dari kat Malaysia. Tape dia ada tali. Sekarang aku let go dah langsir-langsir tu. Lesson learnt, tak yah la beli langsir dari sana. Simpan duit bawak balik Msia lagi bagus! Haha! Masa tu memang aku tak tau apa-apa pasal langsir tapi tak nak menyesal bila tak beli. Aku nampak cantik and murah (sana kan femes Christmas Sale), aku beli je la. Naive giler!

Aku guna ada beberapa pieces kat rumah sewa Seksyen 7. Pastu bila dah pindah ke rumah sendiri, mesti nak buat baru kan....heh

My 1st set of curtains according to my taste

My first custom made curtains buat dengan Luqkissa Furnishing sbb kedai ni dekat dengan rumah. Dia ada langsir Elyza yang mirip English designs.



Activity CNY 2021

 Tahun ni dapat cuti Khamis and Jumaat for CNY. Sebelum tu mmg pulun abis kerja-kerja opis sebab nak ketenangan sepanjang 4 hari cuti CNY tu.

Hari ni dah hari Sabtu, sekejap je rasa. So what did I do up to today?

Khamis 11 Feb 2021

Aku dah booking siap-siap pukul 11.00 nak gunting rambut kat Honey Spa, Bangi Sentral. Aku dah start rimas sebab rambut dah start gugur. Pastu sekali dengan kutu, jangkit daripada anak-anak agaknya. Tak boleh bayang operasi nyah kut kalo berambut panjang....so aku decide nak potong pendek terus ala-ala Anne Hathaway dalam Le Miserable. 

Pagi sebelum pegi aku goreng keropok dulu dan buat cekodok bilis untuk pairkan dengan kuah kari daging beli kat Mat Kimbon minggu lepas (!!)... Lepas gunting rambut, pegi visit Azizah Hias nak buat curtain baru untuk living room (this one deserve a separate post)

Jumaat 12 Feb 2021

Hari Jumaat dalam kul 930 aku pegi beli breakfast, bahan dapur sket and lastly beli frozen dim sum/wantan kat kedai suami K Fai. Sambil tu nak tanya K Fai pasal posting dia on emas. Aku rasa dah sampai masa aku guna duit aku untuk melabur.

Sampai rumah pukul 11.00 terus masak Nasi Arab, guna set ni. Sebenarnya adik ipar aku yang duduk rumah aku beli dulu. Sekarang dia dah dapat pindah balik Perlis so tak nak membazir, aku guna la. Paket dia siap bagi arang nak bagi bau asap kat nasi, beras dia pun sedap. Cuma cara masak dia guna carrot, bukan tomato ygn pada aku agak leceh sikit sebab nak kena buat air carrot pulak untuk campur dengan nasi. Part tu aku tak ikut, degil ikut cara sendiri! Erk.... 

Alhamdulillah, nasi masak elok atas dapur. Aku tak guna rice cooker sebab nak ikut instruction paket tu. Sekarang aku paham, sukat air macam masak nasi putih. Masak nasi pun macam masak nasi putih. Aku nak tulis sini supaya boleh refer...

  1. Beras rendam dulu sekejap pastu toskan.
  2. Sukat air boleh guna jari kot (sbb yang masak Nasi Arab tu guna instruction dalam paket tu, lupa pulak nak sukat beras dia banyak mana. Nanti aku test lagi sekali) macam masak nasi putih biasa.
  3. Tumis bahan-bahan dulu. Masukkan air and biar hingga mendidih.
  4. Pastu baru masukkan nasi. Bila nampak kering, kecilkan api dan tutup periuk supaya nasi masak melalui wap.

Petang aku binge Netflix

Sabtu 13 Feb 2021

Hari ni nak kena cat rod langsir yang dah hitam (asal kaler putih). Sebelum tu nak kena pegi Jaya Grocer, teringin nak masak Ramen/ Chinese style noodles sempena CNY...kuang3x. Semalam dah beli dim sum/wantan. Pastu aku nak guna chili oil, sesame seed yang dah ada kat rumah, tak mau membazir.

Then pukul 3.00 nanti ada booking spa pakej kat Honey Spa juga...syok nya!

Other things to do:

  • Sort out Lutfi registration_KAFA
  • Register OroDesign and Quantummetal

Tuesday, January 5, 2021

Room makeover: Kids bedroom

Adik ipar aku dah dapat transfer balik Perlis. So dapatla the boys bilik tidur untuk depa. Aku pun excited nak buat makeover. Dah alang-alang tu nak rearrange and match the furnitures, white goes with white, black goes with black. 

The challenge is we have double bed and 2 single beds. Each room is 12 x 10 kaki. Bunyi cam OK tapi rasa 10 kaki tu tak sampai rasanya. Rasa fo that size kalo single bed OK. So jenuh memikir layout yang sesuai...maybe single bed satu nak let go, ganti dengan pullout (kat Shoppe dalam RM200 or less)

Actually bilik tu boleh extend to another 8 kaki lagi (jadi 20 x 10 kaki) tapi tak tahu la bila nak extend.

Biasala, bila nak buat budget, buat la survey harga online. Melalut sampai nak ganti lantai, tingkap and pintu...tak salah kalo nak berangan kan...

Done lot's of surveying on stuff. Kinda tired of  it. So now, just need to start doing!

Monday, January 4, 2021

1st week of Jan 2021

Dah start masuk keje i.e. start tengok email, folders. Sebelum ni tak mau tengok sbb cuti kan... Don't know what to expect with work. Yang I tau, kena cover subordinate May-July nanti sebab dia akan on maternity leave. I'm just looking forward months after that sbb tahu sekarang mmg akan start busy.

Nonetheless, at least sekarang boleh duduk rumah buat kerja. Tapi after a while, I felt like I still need to go to the office...to get the work mood back or else rasa cam malasnya nak buat keje!

Tengok the kids pun sedapppp dok umah tapi sampai bila kan....takkan tak belajar. I wonder how 20th Jan would be like. Mesti liat abis, macam mak dioghang jugak!

Semalam 1st day period so hari ni tak rasa sedap badan sangat. Dahlah semalam hujan dari pagi ke malam..sejukkkk....rasa ala-ala winter Christmas..keh keh...tapi berjaya jugak la vacum rumah semalam.

Actuall hari Rabu 6hb nak pegi buat health screening tapi ni dah period, terpaksa tangguhkan. Jumaat nak pegi Perak sebab ada sepupu nak bernikah...Yeay! Pegi jalan!....

Sunday, January 3, 2021

Welcome 2021

 Let's go straight to my 2021 goals....

Yoga wise, I aim to be able to achieve these poses with ease apart from improving my flexibility and hip mobility:

  • Crow pose
  • Camel
  • Pigeon

Spend 30 min on yoga every morning which I've started doing since October 2020

Health wise, reduce my fat % to xx now that I can see the fat contribution to my body shape (thigh and butt). Eat mindfully. Less carbo more veggies and protein. Consume more nutritious food such as eggs, nuts, Omega 3s, celery etc

Maybe I should target to achieve 60kg by end of 2021? (That's around 11kg/12 mths = 1 kg per month)

Work-wise, be more accountable and speak more. Be prepared to cover my subordinate when she's on maternity leave.

Mengaji wise, target khatam Al-Quran 1 kali

Investment/ Money wise? Plan to rent EVO. I've let an agent to handle it since Sept 2020 but notake up yet

Home wise, new curtains and sofa

Relationship wise? Appreciate my mother, kids, extended family more